Seram Bidan Penanggal Mencari Mangsa!
Bau tengit kemenyan menusuk-nusuk lubang hidung,Sejuk angin malam bagai
mencucuk-cucuk tulang sum-sum,Kamal ralit memerhatlkan Bidan Jah
melenggang perut isterinya, Mawar,Beberapa hari sebelumnya Mawar yang
sarat mengandung mengadu senak perut,Peliknya bila dibawa ke hospital
doktor mengesahkan tiada apa-apa yang harus dibimbangkan,Cuma mungkin
Mawar tidak biasa dengan keadaan perut memboyot begitu, maklumlah,
mengandung anak sulung.
Susah juga hidup di kampung orang. Kedua-dua orang tua jauh dari mata. Kalau tidak kerana tugasnya sebagai guru, memang Kamal tak sudi untuk tinggal di kampung tersebut. Orang tua mereka menelefon menasihatkan Kamal membawa Mawar berjumpa dengan bidan kampung.
Senak perut berpanjangan yang dialami Mawar, membuatkan Kamal membawa isterinya itu bertemu Bidan Jah yang tinggal di hujung kampung. Sebenamya sudah lama orang kampung tidak menggunakan khidmat Bidan Jah sejak terbinanya hospital di pekan berhampiran. Sudah ramai orang kampung beralih arah ke perubatan moden terutamanya untuk bersalin. Bagi mereka bersalin di hospital lebih selamat dan terjamin berbanding menggunakan khidmat Bidan Jah.
"Itulah... engkau orang muda selalu perlekehkan bidan kampung macam aku ni. Tengok, sudahnya datang jugak kat aku... hehehe... apalah doktor kerajaan tu tau... hehehe..." ngomel Bidan Jah, sesekali tersengih menampakkan barisan giginya yang kehitaman akibat selalu mengunyah sireh.
Tangannya yang kurus berurat kasar masih tidak lepas daripada mengolek-ngolek perut Mawar. Sesekali Mawar mengerang menahan rasa sakit. Kamal pula hanya terangguk-angguk kepala mendengarnya. Tak reti dia hendak menyampuk. Juga tak berani hendak mengangkat wajahnya menentang pandang dengan Bidan Jah. Muka Bidan Jah yang kurus nampak agak menakutkan. Matanya cengkung hingga terperosok ke dalam. Lebih-lebih lagi Bidan Jah banyak mengomel sampai kadang-kadang sukar untuk Kamal memahami biji butir percakapannya.
"Sikit aje sakitnya ni. Budak ni ha, dah tak betul duduknya. Nasib baiklah datang cepat. Kalau tidak tak tahulah aku..."Akhirya Bidan Jah berhenti melenggang perut Mawar. Terkial-kial Mawar cuba untuk bangun hingga terpaksa Kamal bingkas bangun membantu isterinya. Bidan Jah hanya tersengih melihat gelagat mereka suami isteri.
"Ha, kalau dalam masa dua tiga hari ni ada nampak keluar darah sikit-sikit tu, jangan engkau kelam kabut pulak. Biasalah tu darah turun masa dekat-dekat nak bersalin ni." Pesan Bidan Jah sambil tersengih-sengih melihat Kamal bersusah-payah memimpin Mawar untuk turun dari tangga. Kamal sekadar mengangguk tanda faham.
Setelah membawa Mawar masuk ke dalam kereta, Kamal kembali mendapatkan Bidan Jah yang sedang menanti diatas anak tangga.
"Berapa pengerasnya mak bidan?" tanya Kamal sambil terkocoh-kocoh mahu mengeluarkan wang dari poket seluarnya.
"Hehehe... tak payahlah... aku ikhlas tolong engkau. Bukan selalu orang datang jumpa aku. Kalau kau nak bagi jugak, tunggulah sampai budak tu keluar. Nak bersalin nanti, bagitahu aku. Tak payah susah-susah pergi hospital kat pekan nun!"
"lyelah, terima kasih ye mak bidan." Ucap Kamal dengan gembira. Bidan Jah tersengih panjang memerhatikan kereta Kamal bergerak meninggalkan rumah usangnya.
Sebaik sahaja kereta Kamal hilang dari pandangan, Bidan Jah segera masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu rapat. Sejak Kamal dan Mawar meninggalkan rumahnya, Bidan Jah tidak henti-henti ketawa. Ada sesuatu yang menggembirakan hatinya.
Sejak berlenggang perut dengan Bidan Jah, sakit perut Mawar semakin menjadi-menjadi. Tapi ditahannya atas nasihat Bidan Jah. Tambahan pula bila Kamal membawanya ke hospital kerana menyangkanya hendak bersalin, doktor mengarahkan Mawar pulang kerana masih belum sampai waktunya untuk bersalin.
Akhirnya Mawar terus menderita menanggung sakit yang menyerangnya tidak tentu masa. Dan apa yang mengejutkan Mawar bila mendapati ada sedikit darah mulai keluar terutamanya selepas Mawar bangun dari tidur.
"Kan Bidan Jah kata itu biasa... kalau Mawar rasa sakit sangat, abang panggilkan Bidan Jah sekarang ye?" Kamal memeluk bahu isterinya.
Kamal mengangguk sahaja. Selepas mencium dahi Mawar, Kamal keluar dari rumah untuk mengajar kelas tambahan malam di sekolah. Sepeninggalan Kamal, Mawar me-ngunci semua tingkap dan pintu dan berbaring di atas katil dalam biliknya.
Mawar agak bimbang bila melihat darah keluar agak banyak. Namun dia terus berbaring dan bersabar untuk menantikan kepulangan Kamal. Baru sahaja dia mahu melelapkan mata, terdengar bunyi benda bergeser di bawah rumahnya. Tidak lama kemudian terdengar pula suara memanggil namanya. Bunyinya macam suara Bidan Jah.
Tetapi bila Mawar bangun untuk membuka pintu, tiada sesiapa di luar sana. Hanya angin malam yang berhembus sejuk. Mawar terkaku seketika di muka pintu, tercari-cari orang yang memanggilnya. Hinggalah bunyi benda berdentum dan bergolek-golek di lantai mengejutkan Mawar. Cepat-cepat dia menutup pintu lalu masuk ke dalam bilik.
Tiba-tiba Mawar terhenti di tengah bilik bila menyedari sesuatu. Pantas Mawar tunduk memandang lantai. Kelihatan lantai biliknya basah dan nampak melekit, seakan ada sesuatu terseret di muka pintu hingga ke bawah katil. Bau hanyir menyengat hidungnya. Mawar tergamam. Dengan rasa teragak-agak, Mawar melangkah perlahan menghampiri katil biarpun debar di dada makin kencang. Mawar membongkok dan dengan tangan ter-ketar-ketar, Mawar menyelak kain cadar yang menutupi bawah katil.
Di bawah katil kelihatan satu kepala menyerupai Bidan Jah sedang menyeringai ke arahnya. Segala usus dan urat perutnya berjuraian dan meleret di atas lantai. Tanpa diduga, kepala itu menerkam ke arah Mawar. Terus melekap pada muka Mawar. Kemudian kepala itu melurut ke pangkal peha Mawar. Usus dan urat perutnya yang berjuraian, membelit paha Mawar yang sudah rebah ke lantai. Saat itu, Mawar rasakan lidah Bidan Jah yang panjang berjela itu menusuk ke celah kangkangnya terus ke dalam rahimnya...
Kamal berdiri di depan rumah Bidan Jah. Sudah puas dia melaung nama Bidan Jah, namun tiada jawapan. Sekitar rumah usang itu gelap gelita.
"Ah, dia tak ada kot... pergi membidan orang agaknya..." Akhirnya Kamal beredar dari situ.
Sampai di perkarangan rumah, hati Kamal tiba-tiba sahaja berdebar kencang. Melihatkan suasana rumahnya yang sunyi sepi, hati Kamal diburu rasa resah. Biasanya Mawar akan menanti kepulangannya di beranda.
Kamal cepat-cepat naik ke rumahnya. Dan waktu itu, tiba-tiba juga hidung terhidu bau hanyir seakan darah pekat. Debarnya makin menggila bila telinganya menangkap bunyi berdecap-decap diiringi erangan kesakitan dari bilik tidur.
Tanpa membuang masa, Kamal menerjah masuk ke dalam biliknya. Namun apa yang disaksikannya amat mengejutkan. Lututnya terasa lemah dan longlai. Kamal lihat Mawar terbaring di lantai berlumuran darah dengan kain terselak ke atas. Di celah kangkangnya, kelihatan satu kepala menyerupai Bidan Jah sedang melapah janin dan menjilat darah-darah yang tumpah di sekeliling. Mawar sudah nyawa-nyawa ikan. Kepala Bidan Jah tanpa badan itu menyeringai ke arah Kamal.
"Setan kau iblis!!!" raung Kamal sekuat hati sambil cuba menerkam ke arah kepala.Bidan Jah. Tetapi sudah terlambat, kepala itu terbang melalui tingkap yang terbuka bersama cebisan janin di mulutnya...
Di Petik : OhPilihanku

Hmm... takpelah bang. Sikit aje ni kot,Abang pergilah dulu Balik dari mengajar nanti, abang singgahlah rumah Bidan Jah ye...

"Arghhhhh!!!" Jeritan Mawar bergema. Dia berundur ke belakang.

Post a Comment