Header Ads

BETUL KE SUAMI ZAMAN SEKARANG MATA DUITAN??IKUTI SEBUAH KISAH BENAR INI!!

Tiada Wang?Kau Bukan Bini Aku !!

Mungkin Para pembaca agak pelik dengan Artikel kali ini,Namun percayalah bahawa artikel ini mahu membawa anda untuk menghayati sebuah kisah benar yang berlaku,adakah anda ingat lirik lagu di bawah ini?mungkin ia sesuai untuk di hayati bersama kisah benar kali ini.
"Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk
Impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti

Demi masa hadapan
tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua kuundur diri
Terpaksa jua kuundur diri"-lirik :putus terpaksa by ziana zain

Kisah Kali ini berkisarkan tentang kehidupan berumahtangga yang punah di tengah jalan dek sikap seorang suami yang menzalimi isterinya sendiri,mari kita selami kedukaan yang melanda hati seorang isteri,mari kita selami kedukaan yang melanda Puan X yang namanya terpaksa di rahsiakan.


"Usia perkahwinan kami masih mentah lagi,.kami berkahwin atas dasar cinta bersama,dan kami berdua di satukan sebagai lambang cinta,namun kini ia bertukar mimpi ngeri yang akan ku kenang sampai bila-bila,.

 Di awal perkenalan dan perkahwinan kami,suamiku tidak menunjukkan sikap kurang elok terhadapku,namun setelah beberapa bulan kami bersama,Dia mula berubah secara Drastik hingga ia menjadi detik yang telah membawa perkahwinan kami ke penceraian.



Sebagai isterinya aku sehabis daya telah memberikan yang terbaik buat suamiku,aku sendiri tidak tahu mengapa di tia-tiba berubah,.

keadaan kami seakan Dekat Tapi Jauh,.jika dia pulang bekerja,dia tidak bersamaku,tetapi dia akan bersama HANDPHONE nya setiap masa,aku hanya mampu melihat segala perlakuannya terhadapku dengan sikap yang semakin hari semakin dingin.

Sehinggalah pada suatu hari, aku terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesihatan yang ku alami,di waktu itu aku tahu sikap sebenarnya selama ini..

Kata-Kata inilah yang akan ku kenang sampai bila-bila,...
"KAU DAH TIADA DUIT!KAU TAK BOLEH BAGI AKU DUIT MACAM DULU LAGI!!"

Dan kemuncak pergaduhan kami aku telah di ceraikannya tanpa belas kasihan,..
aku bingung memikirkan,apakah selama ini dia tidak punya hati terhadap ku??lantas mengapa dia melamarku?mengahwiniku?

Sungguh tak ku sangka bahawa wang menjadi begitu penting untuk dirinya melebihi diriku,memang selama ini aku tidak sedar yang aku hanya di pergunakan,.tetapi,mengapa dia tergamak menzalimiku sebegini rupa??

Hancur luluh hatiku dengan perbuatan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu,namun hidup harus ku teruskan jua,walau tanpa lelaki bergelar suami yang hanya pada lafaz di hadapan tok kadi dan saksi.

Tak ku sangka juga ada lelaki dayus di dunia ini yang tidak bertanggungjawab selepas mengahwini insan lemah bergelar wanita,.

Aku harus kuat dan tabah dengan ujian ini kerana aku pasti di suatu saat dan ketika aku pastikan mendapat kebahagiaan yang sejati,.

cuma aku tertanya-tanya sehingga ke hari ini BETUL KE SUAMI ZAMAN SEKARANG MATA DUITAN??Kerana aku sendiri telah mengalaminya sendiri,adakah cuma aku saja yang mengalaminya?atau mungkin ada beribu ribu wanita di luar sana yang senasib denganku ?Wallahhualam,.."

Begitulah kisah seorang isteri yang di ceraikan gara-gara sudah tidak berwang ringgit,lihatlah para pembaca yang budiman,.kisah benar ini satu antara kes yang berlaku dalam rumahtangga semasa di alam perkahwinan.

Berkahwin semua orang boleh,namun untuk bertanggungjawab dan memberi tanggungjawab?ia akan mudah jika hati benar-benar ikhlas,sebelum mengakhiri artikel ini Admin Mendoakan agar Puan X tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan,kita mungkin sudah tahu apa yang ada di belakang kita kerana kita telah melaluinya,tetapi kita belum tahu apa yang akan datang di hadapan kita,siapa tahu bahawa kegembiraan dan kebahagiaan sebenar sedang menanti di hadapan kita,hanya masa dan takdir yang tertulis akan menentukan segalanya,.

Sumber : OhPilihanku


No comments

Powered by Blogger.