Mengapa ratusan kapal dan pesawat hilang di Segi Tiga Bermuda?
Sudah 500 tahun kapal terbang dan kapal laut hilang di Segi Tiga
Bermuda, namun belum siapapun dapat membongkar rahsia kehilangan pesawat
dan kapal-kapal yang hilang. Saintis Barat memberi macam-macam hujah di
atas gejala itu yang semuanya didasarkan kepada kajian dan andaian
sains. Bagaimanapun seorang penulis Mesir yang bernama Muhammad Isa
Dawud berkata Segi Tiga Bermuda adalah tempat kediaman jin dan iblis
yang mana sesiapa yang tiada benteng agama yang kuat akan hilang tanpa
diketahui jejaknya.
Sudah 500 tahun kapal terbang dan kapal laut hilang di Segi Tiga Bermuda, namun belum siapapun dapat membongkar rahsia kehilangan pesawat dan kapal-kapal yang hilang. Saintis Barat memberi macam-macam hujah di atas gejala itu yang semuanya didasarkan kepada kajian dan andaian sains. Bagaimanapun seorang penulis Mesir yang bernama Muhammad Isa Dawud berkata Segi Tiga Bermuda adalah tempat kediaman jin dan iblis yang mana sesiapa yang tiada benteng agama yang kuat akan hilang tanpa diketahui jejaknya.
Sila baca rentetan peristiwa kehilangan kapal terbang dan kapal laut yang berlaku di Segi Tiga Bermuda.
SEGI Tiga Bermuda dipergunakan untuk menunjukkan suatu kawasan yang terletak di Lautan Atlantik.
Segi Tiga Bermuda memiliki keluasan sekitar 770,000 kilometer dan terdiri dari gugusan pulau-pulau yang jumlahnya mencapai 350 buah, yang terletak dalam susunan mirip untaian manik-manik.
Puncak Segi Tiga Bermuda, di bahagian utara, terletak di Pulau Bermuda. Sudut tenggaranya terletak di Puerto Rico yang merupakan pusat tentera Amerika Syarikat. Penduduknya berbahasa Sepanyol, di samping bahasa Inggeris yang merupakan bahasa rasmi. Ibu kotanya San Juan. Sudut barat lautnya terletak di Miami, Florida.
Mereka yang menjadi mangsa terhadap hilangnya pesawat-pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki wilayah Segi Tiga Bermuda adalah terdiri daripada pilot dan nakhoda bukan Islam yang tidak mempunyai "benteng" dalam menghadapi serangan syaitan? Kalaupun mereka selamat, itu sangat jarang dan hanya merupakan pengecualian.
Puluhan pesawat dan kapal laut dilaporkan hilang di Segi Tiga Bermuda tidak diketahui ke mana perginya. Sebahagian besar pesawat yang hilang adalah pesawat-pesawat kecil jenis tertentu.
Walaupun pesawat-pesawat tersebut hilang dalam suatu kemalangan, tetapi ia tidak hilang jejak. Punca kehilangan yang dilaporkan adalah kerana kecuaian manusia 'human error', kerosakan enjin, cuaca buruk, pilot dan nakhoda yang kurang mahir.
Sementara itu, hilangnya pesawat-pesawat kecil di suatu kawasan yang demikian luas adalah merupakan satu perkara luar biasa. Dari rakaman percakapan yang terhasil terdapat hal-hal penting yang masih misterius, yang kemudian diteliti tetapi dengan hasil yang tidak jelas.
Pesawat Star Tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim isyarat-isyarat apa pun, tiba-tiba lenyap, pada 30 Januari 1948, dalam perjalanannya ke Bermuda dengan 31 orang penumpang. Kapten pesawat (pilot) telah memberitahu bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju.
Sementara itu, pada tanggal 28 Disember 1948, sebuah pesawat jenis DC-3 dengan 35 orang penumpang terbang dari Puerto Rico, dan memberitahu bahawa ia sedang berada pada jarak 80 km. selatan Miami, dan sesudah itu ia lenyap tidak tentu di mana perginya. Pada tanggal 17 Januari 1949 pesawat Star Areal yang serupa dengan pesawat Star Tiger sedang menuju tempat berlepasnya semula di Bermuda. Star Areal juga hilang.
Kapten pesawat memberitahu bahawa cuaca sangat bagus, dan ia akan sampai di Jamaica sebentar lagi. Malangnya tujuan tersebut tidak tercapai, dan ia pun ghaib begitu sahaja.
Barangkali yang lebih menarik daripada ghaibnya pesawat-pesawat tersebut adalah justeru selamatnya sebuah kapal laut, tetapi sangat jauh menyimpang dari tujuannya semula. Mary Silhouet, nama kapal laut tersebut, ditemukan pada bulan Disember, 1972 sedang mengapung dalam keadaan kosong, tanpa muatan. Penumpangnya terdiri dari seorang pendeta dengan isteri dan seorang anaknya, bersama lapan anak kapal. Semuanya hilang tanpa diketahui di mana perginya. Kes ini dipandang sebagai kes yang paling banyak menarik perhatian, terutama kerana kapal tersebut ditemui tanpa pelengkapan alat-alat perhubungan dan penyelamat.
Kes lain yang sempat dicatat adalah peristiwa yang dialami oleh kapal Carol Darling. Kapal ini mendekati pantai Carolina Utara bulan Januari 1921, tanpa penumpang seorang pun kecuali dua ekor kucing. Sedangkan anak kapalnya yang berjumlah 12 orang lenyap tanpa diketahui.
Demikian pula seluruh peralatan penyelamatnya. Tidak ada seorang pun yang boleh menjelaskan dengan baik mengapa anak kapal tersebut meninggalkan kapalnya begitu saja.
Seluruh enjin kapal masih berfungsi dengan baik, dan barang-barang lainnya pun berada pada tempat asalnya.
Yang sangat menarik dalam peristiwa ini adalah bahawa, di dalam kapal itu terdapat meja makan dengan sisa-sisa makanan yang belum diangkat. Nampaknya, sesuatu telah terjadi begitu tiba-tiba.
Yang lebih aneh daripada itu adalah lenyapnya kapal Houwitz pada waktu dan tempat yang sama. Pemerintah Amerika yakin selama beberapa bulan bahawa kedua-dua kapal tersebut diserang para lanun. Sebab, diperoleh tanda-tanda tentang adanya orang-orang tak dikenal yang masuk ke dalam kapal tersebut.
Pemerintah menyandarkan anggapannya pada maklumat yang diberikan oleh kapal lain yang sempat melihat Carol Darling dan melihat adanya seseorang dengan kepala merah melambai-lambaikan tangan kepada mereka.
Tidak diketahui dengan pasti apakah orang itu merupakan salah seorang anak kapal, ataukah bukan. Para penumpang di kapal asing tersebut juga memberitahu telah melihat kapal lain berdekatan Carol Darling. Tetapi mereka tidak pasti apakah kapal tersebut Houwitz ataupun bukan.
Peristiwa Segi Tiga Bermuda lainnya yang sangat menarik adalah hilangnya Syklob pada bulan Mac 1917, dalam keadaan yang betul-betui misterius. Surat-surat khabar memaklumkan bahawa ahli-ahli pelayaran tidak percaya bahawa kapal terbesar dalam jajaran armada Amerika ini boleh ghaib begitu saja.
Dari fenomena misteri Segi Tiga Bermuda, muncul berbagai-bagai cerita khayalan. Sebagaimana halnya dengan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh kapal-kapal yang telah diceritakan sebelum ini, maka gambaran-gambaran yang diberikan orang tentang Segi Tiga Bermuda pun betul-betul misteri.
Contohnya adalah peristiwa yang terjadi kemudian.
Yakni, peristiwa yang terjadi pada petang tanggal 27 Februari 1935,
ketika penghuni hotel di Pantai Dytona dan orang-orang yang sedang
berjemur di pantai itu dikejutkan oleh sebuah pesawat yang terbang
rendah di atas mereka, dan tiba-tiba menjunam ke laut.
Para penyelam segera dikerahkan, tetapi mereka tidak menemukan apa pun. Akan tetapi orang-orang yang berada di situ menegaskan bahawa mereka betul-betul menyaksikan pesawat itu jatuh ke laut tersebut. Akan tetapi penyiasatan tetap tidak menunjukkan tanda-tanda adanya pesawat yang jatuh.
Para penyelam segera dikerahkan, tetapi mereka tidak menemukan apa pun. Akan tetapi orang-orang yang berada di situ menegaskan bahawa mereka betul-betul menyaksikan pesawat itu jatuh ke laut tersebut. Akan tetapi penyiasatan tetap tidak menunjukkan tanda-tanda adanya pesawat yang jatuh.
Pada musim gugur tahun 1967, tatkala kapal persiaran Queen Elizabeth 1 belayar menuju Nassau, dua orang petugas yang berada di anjung menyaksikan sebuah pesawat kecil yang secara diam-diam dan tiba-tiba meluru ke arah mereka, dan kemudian jatuh ke laut.
Queen Elizabeth 1 mencuba mencari pesawat yang jatuh itu, tetapi tidak menemukan tanda-tanda apa pun. Yang lebih menakjubkan lagi adalah usaha yang dilakukan oleh cerdik pandai dalam memecahkan misteri tersebut dengan mengemukakan berbagai hujah khayalan, sehingga sebahagian di antara mereka ada yang mengatakan bahawa Segi Tiga Bermuda adalah daerah elektromagnet (mempunyai daya tarik magnet).
Pandangan seperti itu menggambarkan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai ulangan dari penampilan kembali peristiwa-peristiwa yang dulu pernah terjadi di wilayah tersebut kerana adanya lorong waktu (time tunnel). Ertinya, di wilayah itu terdapat satu radius yang boleh mengulang peristiwa-peristiwa yang terjadi pada masa lalu. Atau, di Bermuda terdapat satu tempat yang bila dilalui akan terjadi peralihan tempat dan waktu.
Pesawat-pesawat dan kapal-kapal laut, bersama penumpang-penumpangnya, masih tetap hidup, tetapi berada di tempat dan waktu yang lain. Pandangan seperti ini juga dikemukakan oleh para sarjana, dan yang paling terkenal adalah Ivan Sanderson.
Pernah wilayah yang disebut dengan Segi Tiga Bermuda ini dipanggil sebagai "Kuburan Atlantik" kerana berlaku kisah ganjil yang sangat mengerikan, yang merupakan mala petaka yang menimpa ekspedisi yang dilakukan oleh skuadron ke-19 Amerika, yang kalau tidak kerana peristiwa tersebut Segi Tiga Bermuda pasti tidak akan terkenal di seluruh dunia.
Pada hari Khamis bulan Januari 1945 lima pesawat tempur jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Port Louderdile di wilayah Florida, Amerika Syarikat. Kelima-lima pesawat tersebut terbang dalam misi rutin penyelamatan kapal-kapal yang mengharungi lautan.
Skuadron yang terdiri dari lima pesawat tempur dengan empat belas anak kapalnya, lenyap begitu saja, disusuli oleh pasukan penyelamat yang terdiri dari tiga belas orang yang sangat berpengalaman dalam tugas-tugas penyelamatan seperti itu, sebelum mereka melaksanakan tugasnya.
Pesawat penyiasat yang dikeluarkan untuk menyiasat ekspedisi 19 yang dilengkapi dengan peralatan radar laut. Yang tidak dapat ditangkap oleh setiap orang yang melakukan analisis atas misteri peristiwa-peristiwa tersebut dan yang berusaha mengetahui sebab-sebabnya adalah bahawa, di Segi Tiga Bermuda itu terdapat pusat pemerintahan dari penguasa ganas dan kejahatan yang Nabi Muhammad s.a.w. memperingatkan kita dari kejahatannya.
Di tempat itu pula terdapat singgahsana pusat kerajaan iblis yang dikutuk Allah s.w.t. dan bahawasanya jin, termasuk di dalamnya ibiis dan pengikut-pengikutnya, adalah masyarakat yang sangat maju pada tingkat yang sudah jauh meninggalkan masyarakat manusia, khususnya dalam memahami kerektoristik benda-benda dan unsur-unsur pertambangan (logam/besi).
Vincent Cadys, seorang pakar peristiwa-peristiwa misterius kelautan, dan sekali gus orang pertama yang menggunakan sebutan Segi Tiga Bermuda, mengatakan bahawa daerah ini (Segi Tiga Bermuda) adalah daerah yang sangat berbahaya bagi pelayaran dan penerbangan.
Daerah inilah yang bertanggungjawab atas kehilangan tidak kurang dari 100 pesawat dan kapal laut, yang korbannya mencapai lebih dari 1,000 orang. Sebahagian besar peristiwa misterius tersebut teriadi pada tahun 1945. Dalam semua peristiwa itu baik pesawat mahupun kapal laut betul-betul hilang tanpa jejak, dan tidak meninggalkan korban sebagaimana yang terjadi, misalnya, pada kapal
yang dihentam ombak atau pesawat jatuh, yang kemudian memperlihatkan mayat-mayat yang mengapung.
Sebelum itu, yakni pada tahun 1972 hilang pula di wilayah tersebut seorang nelayan bernama Hary Silatszcky. Nasib yang sama dialami pula oleh sebuah kapal Belanda, Herminea, yang ditemukan oleh seorang pengawal pantai yang sedang belayar di dekat kapal tersebut. Herminea belayar seakan tanpa tujuan di dekat pantai selatan Inggeris pada tahun 1949.
Kapal ini ditemukan tanpa layar, yang membuktikan bahawa ia bekas dihentam ribut. Akan tetapi ketika pengawal pantai tersebut naik ke kapal itu, ternyata dia tidak menemukan seorang penumpang pun. Nampaknya seluruh penumpang telah meninggalkan kapal layar itu.
Yang aneh adalah bahawa kapal tersebut mempunyai pelampung yang masih tersimpan rapi dalam sebuah peti, sebagaimana halnya dengan barang-barang lainnya yang tersimpan baik. Akan tetapi di situ tidak ada tanda-tanda bahawa kapal layar ini pernah mengalami gangguan. Semua barang tersusun rapi di tempatnya, tetapi tanpa penumpang dan anak kapal.
Terdapat pula peristiwa yang jauh lebih misterius yang berkaitan dengan kapal Inggeris Ilian Austin pada musim bunga tahun 1881. Kapal ini mengharungi samudera dalam perjalanannya menuju pelabuhan San Juans di New Finland. Ketika sedang mengharungi Lautan Atlantik, para anak kapalnya melihat sebuah kapal layar dalam perjalanan yang berlawanan. Ketika mereka mendekat, tahulah mereka bahawa kapal layar tersebut dalam keadaan kosong dan terumbang-ambing tidak menentu.
Kejadian yang dialami oleh kapal Amerika Goethe, yang ditinggalkan begitu saja berhampiran Pulau Samoa pada tahun 1955, juga menimbulkan kehairanan. Kapal ini diperlengkapkan dengan peralatan canggih yang mencatat kejadian sehari-hari. Akan tetapi secara tiba-tiba alat pencatat dan pengirim beritanya berhenti bekerja, yang menunjukkan bahawa kapal tersebut sedang berada dalam bahaya.
Sumber- Zainol Fakir.
Sumber: Mastika Julai 1997
Post a Comment