Kisah Benar Balasan untuk anak derhaka - Seman diberi makan cacing
LIMA tahun yang lalu, heboh satu cerita di sebuah kampung tentang
seorang pemuda yang memakan cacing. Kampung itu terletak di utara tanah
air. Pemuda ini pula dikenali sebagai Seman dan berusia 35 tahun.
Rambut
Seman panjang tidak terurus. Sudah dua tahun dia hidup seorang diri.
Setiap petang, Seman akan duduk di atas tangga dan apabila ada orang
lalu di hadapan rumahnya, dia akan menjerit-jerit memanggil orang
tersebut.
Cacing -Sekadar Foto Hiasan |
Pada
waktu malam pula, orang kampung akan mendengar Seman berbual seorang
diri kerana khabarnya ada "orang' yang menemani pemuda itu pada waktu
malam.
Kisah
aneh tentang Seman ini menjadi perbualan ramai. Ada yang percaya dengan
cerita tersebut dan ada yang tidak. Namun tidak ada yang berani untuk
menjenguk Seman di rumahnya bagi memastikan kesahihan cerita tersebut.
Suatu
malam, tiga anak muda memberanikan diri untuk mengintai Seman. Anak
muda ini bernama Shamsudin, Sufian dan Aziz. Mereka berusia 20 tahun da
merupakan tiga sahabat karib. Mereka tinggal sekampung dengan Seman.
Pukul
10.00 malam itu, mereka bertemu di pekarangan masjid. Setelah membuat
persiapan, mereka berjalan kaki menuju ke rumah Seman yang terletak
berhampiran kebun pisang. Di pertengahan jalan, mereka mencapai beberapa
batang kayu untuk dijadikan senjata sekiranya keadaan berbahaya.
Lebih
kurana 56 meter sebelum sampai ke rumah Seman, tiba-tiba angin bertiup
kencang. Pokok-pokok pisang di sekitar rumah Seman tiba-tiba bergoyang.
Daun-daun kering jatuh berguguran ke tanah. Dan tiba-tiba Juga, mereka
lihat seorang wanita tua vang entah dari mana datangnva muncul di
hadapan rumah Seman.
Tiga anak muda ini menghentikan langkah mereka.
"Din. kita duduk dulu. Aku takutlah." kata Sufian.
Mereka
bertiga duduk bersembunyi di belakang sebatang pokok sambil membacakan
avat ayat suci al-Quran. Sambil itu, Aziz memberanikan diri untuk
melihat perempuan tua di hadapan rumah Seman tadi.
Dengan
bantuan cahaya lampu jalan tidak jauh dari situ, mereka melihat
perempuan tersebut membawa sedulang makanan di tangannya. Rambutnya
putih menggerbang, dia mengetuk-ngetuk pintu rumah Seman.
Tidak
lama kemudian mereka lihat Seman membuka pintu dan keluar. Dia
mengambil dulang daripada wanita tersebut, lalu masuk semula ke dalam
rumah. Wanita tua tadi berjalan meninggalkan rumah Seman, kemudian
hilang dalam kegelapan malam.
Sejurus
wanita tua itu menghilangkan diri, Shamsudin, Sufian dan Aziz keluar
dari tempat persembunyian mereka dan menuju ke rumah Seman. Sampai di
rumah Seman, mereka terdengar suara lelaki itu sedang bercakap dengan
seseorang. Dia seperti berbual, namun tidak ada sahutan. Melalui tingkap
yang sedikit terbuka, mereka mengintai Seman.
Mereka
lihat Seman hanya duduk seorang diri dalam rumah tersebut dengan
bertemankan sebuah pelita. Seman bercakap-cakap dalam bahasa yang tidak
difahami. Dalam masa yang sama dia menyuap makanan yang terhidang di
dalam dulang di hadapannya.
Shamsudin,
Aziz dan Sufian memerhatikan makanan di dalam dulang itu. Mereka
terkejut, dulang itu bukannya berisi mi goreng, tetapi cacing yang masih
hidup. Ia bergerak-gerak dan melengkar ke sana ke mari!
Seman
memakan cacing-cacing itu dengan lahapnya. Mereka lihat beberapa ekor
cacing menguit-nguit semasa dikunyah oleh Seman. Shamsudin, Sufian dan
Aziz rasa bagai hendak termuntah melihat bibir dan tangan Seman dipenuhi
lendir cacing tadi.
Tiba-tiba Seman ketawa tanpa henti. HAHAHAHA!!! HAII HAHAHAHA!
Selepas
ketawa terbahak-bahak, mereka lihat Seman bangun dan menuju ke tingkap
tempat mereka mengintai. Apabila Shamsudin, Aziz dan Sufian bangun,
Seman sudah ada di depan mereka. Seman merenung mereka dan
menjerit-jerit!
Apa
lagi, lintang-pukanglah mereka melarikan diri. Mala itu mereka
menumpang tidur di rumah datuk Shamsudin yang terletak setengah
kilometer dari rumah Shamsudin yang terletak setengah kilometer dari
rumah Seman.
JAM
menunjukkan pukul 8.00 pagi. Selesai sarapan, Shamsudin, Sufian dan
Aziz berjalan menuju ke rumah Seman untuk memastikan lagi apa yang
dilihat malam tadi.
Rumah
Seman sunyi sepi. Shamsudin, Sufian dan Aziz menuju ke tingkap tempat
mereka mengintai Seman. Di bawah tingkap itu mereka lihat ada sebiji
dulang yang kotor. Di atas dulang itu pula terdapat sisa-sisa cacing,
ada yang sudah mati, dan ada juga yang maSih hidup. Di dalam dulang itu
juga ada kesan muntahan manusia!
Sah,
malam tadi Seman memakan cacing. Mereka hergegas meninggalkan rumah
Seman kerana bimbang lelaki itu akan mengamuk apabila mendapat tahu
mereka mengintainya.
Siapakah Seman? Kenapa dia memakan cacing? Siapa pula wanita yang menghantar dulang kepadanya malam tadi?
Sebenarnya,
sebelum ini Seman tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai penoreh
getah. Namun, dia menjadi tidak siuman setelah ibunya meninggal dunia.
Sejak itu Seman hidup seorang diri di rumah itu.
Pada
siang hari, Seman hanya bertenggek di atas tangga dan menjerit-jerit
memanggil sesiapa sahaja yang lalu di hadapan rumahnya. Pada malam hari
pula, dia duduk di dalam rumah seorang diri menunggu wanita tua datang
membawa sedulang makanan untuknya.
Kehadiran
wanita itu menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk kampung itu
kerana ia menyerupai arwah ibu Seman. Wanita itu pula muncul dan
menghilang dalam sekelip mata sahaja.
Seman
bukanlah anak yang baik. Sewaktu ibunya masih hidup, Seman sentiasa
meminta wang daripada ibunya itu. Seman juga kerap menipu ibunya
semata-mata inginkan duit kerana dia tidak bekerja.
Pernah
beberapa kali ketika sedang sakit, ibunya telah meminta Seman membeli
nasi di kedai kerana dia tidak terdaya untuk memasak. Memang Seman pergi
ke kedai makan, tapi bukan untuk membeli nasi dan lauk-pauk, sebaliknya
dia mengutip sisa-sisa makanan di dalam pinggan orang.
Setelah itu Seman membungkusnya dan membawa balik. Dengan cara itu, Seman dapat mengambil sepenuhnya duit yang diberikan ibunya.
Kasihan...
ibunya menjamah sahaja sisa-sisa makanan yang dibawa pulang oleh Seman
kerana tidak berupaya lagi hendak bangun. Keadaan ini berlaku beberapa
kali. Setiap kali makan, ibunya akan kesakitan. Namun Seman tidak
menghiraukannya.
Suatu
hari, ketika pulang dari kedai, Seman terkejut apabila mendapati ibunya
sudah tidak bernyawa lagi. Wanita tua itu meninggal dunia kerana uzur
dan Seman mengabaikan makan minum serta kesihatannya. Seman menangis,
dia meraung meminta maaf daripada ibunya.
Bermula
dari saat itulah Seman menjadi tidak siuman. Dia melolong-lolong
memanggil orang dan pada malam hari, dia dijamu cacing oleh seorang
wanita tua berambut putih yang menyerupai arwah ibunya.
Kehidupan
Seman tidak terurus. Keadaan dirinya amat mengerikan orang yang
melihat. Kepada penduduk kampung, inilah balasan terhadap anak derhaka
yang menipu ibunya semasa hidup!
Pasti
para pembaca tertanya-tanya bagaimanakah Mastika mengetahui cerita ini?
Untuk pengetahuan anda, kisah menakutkan ini diceritakan sendiri kepada
kami oleh Shamsudin dan Aziz, dua daripada tiga orang anak muda yang
menyaksikan sendiri Seman memakan cacing.
Cerita
ini mahu mereka kongsikan dengan pembaca majalah ini selepas tersiarnya
kisah anak-anak derhaka dan biadab yang dipaparkan dalam Mastika
November.
"Bagi
kami yang sudah lama mengenali Seman dan ibunya, dia layak menerima
balasan sebegitu. Ibu Seman memang baik, tapi Semannya..." kata
Shamsudin tanpa menyudahkan kata kata itu. Dia menggeleng-gelengkan
kepala sambil mempamerkan wajah kecewa.
"Bila mak dah meninggal, baru nak menyesal. Dah terlambat. Akhirnya, gila!" sambung Shamsudin lagi.
Shamsudin
dan Aziz gembira Mastika menyiarkan cerita anak-anak yang semakin
biadab kerana ia adalah realiti. Kalau didiamkan, keadaan akan menjadi
semakin teruk.
"Siarkan
lagi, buat pengajaran kepada kita semua sebab memang budak budak
sekarang sudah teruk perangainya," ucap Shamsudin sewaktu kami temui
mereka di Alor Star, Kedah, baru baru ini.
Mastika bertanya, siapakah wanita tua yang menghantar sedulang cacing kepada Seman pada waktu malam?
"Kami tak tau. Mungkin syaitan yang menyerupai arwah ibunya yang telah dianiaya Seman," Aziz mencelah.
Untuk
melengkapkan cerita ini, Mastika mengajak Shamsudin dan Aziz ke kampung
mereka untuk melihat sendiri Pemuda yang bernama Seman ini. Jika boleh,
Mastika ingin berbual dengan Seman dan para penduduk kampung yang
maklUm dengan kisah hidupnya.
Namun
mereka keberatan kerana tidak mahu melukakan hati keluarga Seman yang
masih hidup. Tambahan pula menurut Shamsudin dan Aziz, Seman baru
meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.
Shamsudin dan Aziz juga tidak membenarkan gambar mereka dirakam kerana khuatir akan mengguris hati keluarga Seman.
"Tak
payah gambarlah, mereka mesti kenal kami. Yang penting bukan gambar
kami, tapi pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah Seman ini,"
sambung Shamsudin selepas meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi
permintaan Mastika tadi.
Ya, pengajaran buat anak anak kita yang semakin....
Sumber: Mastika Disember 2007
Post a Comment