Header Ads

Kita Sering Menghina Kain Orang Koyak,Tetapi Hati-Hati Bimbang Kain Sendiri Koyak Tidak Sedar

Artikel ini tiada kena mengena dengan Dress atau pakaian Yang Anda Pakai.


Betapa mudahnya manusia melihat serta menilai diri insan lain tanpa sedar bahawa dirinya lebih teruk dari apa yang di perkatakan terhadap insan lain.
Perbuatan Mengata dan mengeji insan lain sedangkan diri sendiri menyimpan terlalu banyak keburukan,seumpama kita nampak dengan jelas koyak pada kain orang lalu bercerita sana sini.
Sedangkan kain yang koyak di belakang kita tidak dapat kita kesan atau cuba menyorokkannya agar tidak terlihat di pandangan insan lain.
Hakikatnya bila manusia fikir bahawa dialah yang paling sempurna maka dia berhak menegur terus orang lain sehingga membuatkan orang yang di caci itu berasa TerAib dan malu serta terluka hati dek perangai yang suka melihat keburukan orang lain.
http://ohpilihanku.blogspot.com
Cermin diri sendiri sebelum mahu menilai diri insan lain
Kadang kala kita dok mengata insan di sekeliling kita "eh!tengok tu si A dating dengan balak dia bukan main lagi,entah-entah dah berapa kali buat maksiat!!"
Sedangkan orang yang berkata dan mengata begitupun 2×5 juga mungkin lebih teruk dari itu.
Kita memang tidak akan pernah nampak diri kita bersalah atau banyak keburukan kerana apa??kerana kita berasa kita ni BAJET BAGUS sehingga walau sebesar kuman pun kita boleh nampak jelas keburukan orang lain.
Sudahlah hanya nampak keburukan orang malah,dok canang buruk orang itu merata tempat.
http://ohpilihanku.blogspot.com
Jangan mudah menghukum keburukan orang tapi nilaikan dahulu keburukan diri kita sendiri
Kadang kala kita perlu meneliti jauh ke dalam cermin,apakah kita ini cukup sempurna Hati??
Sebaik-baiknya jika kita melihat keburukan orang maka jadikanlah ia sebagai pengajaran buat diri kita.
Dan jika kita berasa ingin menegur perbuatannya maka tegurlah dengan cara baik jangan sampai cara memalukan,mengaibkan serta melukakan hati insan lain.publish by eyfawriter

Kita tidak selamanya cantik,kita juga tidak tahu selama mana kita berbahagia,kita juga tidak tahu bila ajal kita.

mana tahu lepas dok mengumpat,mencaci,menfitnah orang tup..tup...kita yang terkena apa mahu cakap??

Itu tak mengapa lagi,bayangkan tengah-tengah dok mengaibkan serta mengata orang tiba-tiba terbungkang masuk longkang kalau tak koma di icu,mungkin bersemadi di tanah perkuburan.
Jadi,jaga mata,jaga lidah dan mulut dan yang paling penting sekali jaga Hati kerana segalanya bermula dari hati,kita yang mencorak hati kita sendiri.
Semoga ada kebaikan dari entry ini buat semua,bertemu lagi untuk Hot Topik akan datang.



No comments

Powered by Blogger.