Seram!Makhluk Botak Menganggu Kanak Kanak Berusia 13 Tahun
Pernahkah anda berhadapan dengan peristiwa yang menyeramkan?kisah ini di ceritakan oleh seorang ibu yang menghadapi gangguan makhluk botak yang menganggu anak beliau.
Anak perempuan saya berusia 13 tahun. Baru mula tinggal di asrama. Dari hari mula alhamdulillah tiada masalah sehinggalah pada hujung Feb 2013 terjadi kes histeria di asramanya.
Anak perempuan saya berusia 13 tahun. Baru mula tinggal di asrama. Dari hari mula alhamdulillah tiada masalah sehinggalah pada hujung Feb 2013 terjadi kes histeria di asramanya.
Anak
saya terlibat sama. Jatuh pengsan dan ketakutan beberapa hari. Saya
berusaha pulihkan dangan ayat2 suci dan minta bantuan seorang Ustaz yang
selalu mengendalikan kes histeria. Alhamdulillah anak saya semakin
pulih dan tiada masalah untuk kembali ke asrama.
sekadar foto hiasan |
Setelah
berbual dan berbincang dgn warden asrama, barulah saya dapat tahu yang
asrama sekolah anak saya tu memang agak ‘keras’ kerana diihuni oleh
‘sekeluarga’ makhluk halus yang memang sejak dari dulu mendiami kawasan
asrama tersebut. Kelibat ‘mereka’ selalu dilihat oleh pengawal dan
penghuni asrama tersebut sehingga menjadi suatu kebiasaan pula bagi
mereka.
Masalah
saya sekarang, anak saya selalu mengadu yang dia didatangi makhluk
berkepala botak mengganggu nya tidur. kadang2 setiap malam atau 2 3
malam sekali. Selalu kejutkan dia tidur, bila buka mata tersengih
dihadapan dia. Anak saya tidak menjerit tetapi memandang dan terlihat
makhluk tersebut kegelisahan direnung oleh anak saya.
Kata
anak saya, benda itu masuk melalui pintu, keluar juga melalui pindu.
Macam manusia pun ada, tapi kenapa mencangkung dan tersengih2 melompat
di tepi katil pelajar. Trade mark nya ialah bermain batu batu kecil
seperti anak2 manusia bermain batu seremban.
Ada
dua lagi pelajar yang sama dorm yang nampak benda yang sama. Mereka
menjerit ketakutan kerana nampak makhluk mendekati anak saya. Mujur
tidak diapa apakan anak saya. Ada juga pelajar yang dipegang..maklumlah
anak2 gadis, kekadang tidur dalam keadaan agak seksi. Saya nasihatkan
anak saya berpakaian elok ketika tidur sebagai seorang Islam.
Saya
sebenarnya khuatir dan tertanya adakah anak saya telah dibukakan hijab
kerana ada yang tidak dapat melihat kelibat makhluk tersebut tetapi dlm
masa yg sama, anak saya dpt pula melihat. Saya risau pelajarannya
terjejas kerana sering tidak cukup tidur kerana selalunya benda tersebut
muncul lebih kurang setiap jam 3 pagi.
Dalam Kes Sebegini elok lah Ibu ini meminta nasihat dan pandangan dari Ustaz-ustaz yang mahir tentang perkara sebegini.
Sumber: OhPilihanku
Dalam Kes Sebegini elok lah Ibu ini meminta nasihat dan pandangan dari Ustaz-ustaz yang mahir tentang perkara sebegini.
Sumber: OhPilihanku
Post a Comment