Header Ads

Wanita Tikam Wanita Perbuatan Yang Amat Kejam

Manusia Tidak Sempurna,Tetapi Cari Kesempurnaan Itu Agar Manusia Lain Akan Sentiasa Mengenang Kesempurnaan Kita Sepanjang Hidup.


Apakah yang di maksudkan dengan " Wanita Tikam Wanita Usah Jadi Pihak Ketiga " ?? Tajuk ini lebih menjurus kepada rumahtangga Dan Penceraian serta maksud wanita bunuh wanita bererti,perlakuan wanita lain yang merosakkan rumahtangga wanita lain atau dalam erti kata lain Menjadi Orang Ketiga Untuk Memusnahkan Rumahtangga Orang Lain.



Apa Hukum Bercinta dengan Suami Orang ? bagaimana jika ada wanita yang telah jatuh hati pada suami orang?tidak salah ke bercinta dengan suami orang?bagaimana pula  dengan wanita yang merobohkan perkahwinan insan lain sehingga bercerai semata-mata ingin merampas suami orang itu ?? PENYAKIT BERBAHAYA DALAM RUMAHTANGGA



Pertama sekali,Apakah keperluan cinta?Cinta tanpa kawalan akan membawa kepada kebinasaan,di tambah lagi cinta terlarang iaitu apabila menjalinkan hubungan dengan suami orang sehingga boleh memporak perandakan perhubungan sepasang suami isteri sehingga merobohkan masjid yang di bina mereka.

Tidak menjadi Dosa jika sekiranya Lelaki yang benar-benar berkemampuan serta mendapat restu isteri pertama,jika dia benar-benar ikhlas berpoligami,Berpoligami pula di biolehkan dalam syarak  jika si suami benar-benar berkemampuan bukan sahaja dari segi kewangan  tetapi juga Layanan,perasaan,kasih sayang dan adil ,Dek kerana Orang Ketiga juga menjadi PUNCA TERBESAR PASANGAN BERGADUH .

Sekarang ini,ada saja kes-kes penceraian akibat orang ke tiga,Berdosanya apabila menjalin hubungan dengan individu yang sudah berumahtangga,apatah lagi jika akibatnya rumahtangga insan lain berakhir dengan penceraian akibat orang ketiga itu.

"Individu yang berniat untuk meruntuhkan rumahtangga orang lain adalah melakukan dosa,malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang  juga haram hukumnya " -Wan Akashah Wan Abdul Hamid -Pakar Motivasi .

Jika wanita mengetahui lelaki yang di dampinginya itu adalah suami orang ,tetapi tetap meneruskan perhubungan  berkenaan,ia membuktikan wanita terbabit memiliki Iman yang lemah serta hati yang keras,Suami yang curang sebenarnya juga sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah  yang di beri kepada mereka untuk di jaga sebaiknya,Malah jika hati Isteri di sakiti,di kecewakan,di aniaya,di zalimi,itu adalah satu bentuk penganiayaan yang di lakukan oleh suami yang juga termasuk dalam pengabaian nafkah batin.

Dalam akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Perseketuan ) 1997 (akta 559) di bawah kesalahan pelbagai,terdapat tiga seksyen  yang memperuntukkan  hukuman terhadap orang ketiga yang memujuk lari ,perempuan bersuami orang,melarang suami isteri hidup bersama dan menghasut suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Seksyen 36 Akta Memperuntukkan -mana-mana orang yang memujuk lari  seorang perempuan lari seorang perempuan  bersuami atau membawanya keluar dari atau  dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang di tentukan  oleh suaminya  adalah melakukan  suatu keslahan  dan apabila di sabitkan boleh di denda  tidak melebihi 5 ribu ringgit atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi  tiga tahun atau kedua-duanya ,dan mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut kembali kepada suaminya.

Seksyen 37 Akta memperuntukkan ,mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh di denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,Dan mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah .

Seksyen 38 Akta sama memperuntukkan,mana-mana orang yang mengasut ,memaksa,atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan  supaya bercerai  atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh di denda tidak melebihi lima ribu ringgit  atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dn berdasarkan peruntukan di atas , ia bukanlah bermaksud seseorang boleh menyaman pihak ke tiga yang memujuk lari isteri,menghalang suami isteri hidup bersama dan menghasut suami isteri untuk bercerai  atau mengabaikan kewajipannya.

Tiada peruntukkan yang membenarkan pihak ketiga di saman bawah tindakan Mal (sivil) di mahkamah syariah.

Tetapi apa yang boleh di lakukan pihak-pihak yang merasa teraniaya di sebabkan pihak ketiga ini boleh membuat aduan ke bahagian Penguatkuasa  Jabatan Agama Islam,supaya orang ketiga  ini di siasat dan seterusnya di dakwa oleh pendakwa syarie mengikut kesalahan jenayah syariah.

Dan untuk pengetahuan anda,kesalahan mengikut seksyen 36,37 dan 38 dia atas adalah tergolong dalam kesalahan Boleh Tangkap!Yakni pada lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA)Boleh menangkap TANPA WARAN.

PIHAK KETIGA TANGGUNG DOSA BESAR
Memutuskan Silaturrahim antara suami isteri bukan sahaja boleh di hukum di dunia,malah di kira melakukan maksiat besar sehingga  mendapat laknat Dari Allah SWT .Rasulullah SAW Juga memberi amaran kepada orang ketiga  yang memutuskan silaturrahim sebagaimana dalam sabda Baginda yang bermaksud

"Tidak masuk Syurga Orang Yang Memutuskan Hubungan Kekeluargaan ."(HR Muslim )

Perbuatan memecah belah  atau menjadi dalang punca berlakunya penceraian sebenarnya adalah perbuatan Dosa dan Mkasiat serta boleh di kenakan Tindakan mengikut undang-undang Jenayah Syariah.

Perbuatan Memutuskan Silaturrahim sesama Muslim adalah Amalan Masyarakat  Arab Jahiliah,Dan apabila Islam Muncul,Baginda Nabi Muhammad SAW membawa perspektif baru,menyeru manusia supaya menjaga Silaturrahim.


 Wanita Tikam Wanita Usah Jadi Pihak Ketiga,Carilah Kesempurnaan untuk melengkapi hidup masing-masing dengan cara yang benar,Usah menzalimi hati insan lain semata-mata EGO,NAFSU diri sendiri,

Sumber : OhPilihanku

No comments

Powered by Blogger.