Kisah Sedih Seorang Isteri
Murni baru sahaja tiga bulan berkahwin dengan zarul pilihan hatinya dan mendapat restu dari keluarga masing masing.
Di suatu pagi yang hening ketika murni sedang menyiapkan sarapan pagi zarul muncul di hadapannya di dapur riak wajah zarul tidak seceria selalu pagi itu.
"Selamat pagi abang,.mari duduk kita sarapan ya.." tutur murni lembut.
"Takpe aku tak selera!!hari ni aku tidur luar tak payah tunggu.." Ujar zarul dengan nada sedikit keras.
"Abang!! Kenapa ni??saya ada buat silap ke dengan abang sampai nak marah marah macam ni!" Soal murni.
"Ya!memang...memang aku marah!aku rasa aku dah tak cinta kan kau lagi..lebih baik kita berpisah!" Jawapan keras dari zarul memecah kesunyian di pagi itu betapa hancurnya hati seorang isteri.
"Sampai hati abang......." murni berasa seakan dunia terhenti dengan apa yang di luahkan oleh zarul sebentar tadi.
Tidak lama kemudian..
"Murni bte hammied..aku ceraikan engkau dengan talak 1" ..lafaz cerai dari zarul benar benar merobek hati murni,Kemudian zarul keluar dari rumah itu.
Murni mencapai telefon bimbitnya kemudian dia mendail nombor telefon ibunya.
"He..hello...mak...." tutur murni setelah panggilan nya di angkat.
"Iya murni..ada apa anak mak call ni?" Tanya mak bedah ibu murni.
"Mak..murni nak balik jumpa mak ada hal murni nak cakap pada mak,mak tunggu ya murni sampai.." ujar murni dan mematikan perbualan di telefon dan dia segera memandu keretanya pulang ke kampung halaman.
Tiga jam kemudian....
"Mak.....abang zarul mak!!! Abang zarul!!..." ujar murni sambil menangis teresak esak.
"Ya Allah kenapa dengan kau ni murni??" Soal mak bedah.
"Abang zarul dah ceraikan saya mak..baru je tiga bulan murni dah dapat status Janda....." jawab murni teresak esak.
PANGGGGGGG!!! satu tamparan hinggap di pipi murni.
"Mak!! kenapa tampar murni??mak nak salahkan murni sebab abang zarul ceraikan murni?ni semua bukan salah ....PANGGGGG!!!
Belum pun sempat murni menghabiskan kata katanya satu lagi tamparan hinggap di pipinya buat kali kedua.
"Apa ni mak!??" Soal murni.
"Sekejap ya murni mak nak ambilkan air.."mak bedah tidak memberi jawapan sebaliknya meminta murni menunggu sebentar kerana mak bedah mahu buat air.
Fikir murni mungkin ibunya salah sangka padanya,mungkin ibunya menyangka murni yang menjadi punca perpisahan ini.
Tidak berapa lama kemudian mak bedah muncul kembali dengan air yang di bawa.
"Terima kasih mak..tadi pun murni tak sempat sarapan".. ucap murni lembut.
BOACHHHHH!!~
"Mak!!! Kenapa siram air ni???" Murni terkejut dengan tindakan mak bedah yang menyiramnya dengan air.
"Oiii anak bertuah!!!! Bila masa kau kahwin ni?setahu aku la kau tu baru je 14 tahun..dah bangun!! Tu lah tidur lagi senja senja tak pasal pasal dah kena dua biji penampar dengan air kolam..bangun!!"..arah mak bedah..
"Err......aku mimpi rupanya...malu nya aku............." ujar murni di dalam hati.
Moral of the story:Jangan tidur petang petang yea nanti terfeeling ada laki pulak..haha...
Sumber : Oh Pilihanku
Post a Comment