Kisah Menyeramkan 5 Kapal Berhantu Di Dunia
Kisah
Kapal Berhantu Paling Seram Di Dunia-Bagi mereka yang gemarkan aktiviti
dan bertugas di laut, pelbagai cerita aneh dan misteri yang pernah
berlaku di laut lepas mungkin pernah diceritakan dan diturunkan dari
satu generasi ke satu generasi..Tapi tahukah anda, terdapat 5 cerita
mengenai kapal berhantu yang paling terkenal di dunia,Jom Baca Lebih Lanjut.
1. The Octavius
Cerita
ini bermula apabila sebuah kapal penangkap ikan paus bernama ‘Herald’
ketika tahun 1775 di lautan Artik secara tidak sengaja menemui sebuah
kapal besar terapung-apung di lautan. Ketika di dekati, baru mereka
ketahui bahawa kapal tersebut mempunyai nama pendaftaran iaitu The
Octavius. The Octavius juga merupakan sebuah kapal penangkap ikan paus
namun tidak ada sebarang tanda-tanda kehidupan di atas kapal tersebut
hinggakan seorang krew kapal Herald memberanikan diri untuk menaiki
kapal tersebut.
Tambah
mengejutkan krew tersebut menemui puluhan mayat krew kapal The Octavius
yang sejuk membeku, dikatakan krew-krew tersebut mati kesejukan setelah
lama tersesat di lautan Artik dan kehabisan bekalan makanan. Yang
paling menyeramkan ialah apabila mereka mengetahui yang kapal The
Octavius telah dilaporkan hilang selama 13 tahun yang lalu dan selama
tempoh waktu tersebut, kapal itu hanya terumbang-ambing di lautan tanpa
sebarang hala tujuam. Semenjak penemuan kapal tersebut disiarkan secara
meluas di dada-dada akhbar, banyak kapal-kapal penangkap ikan melihat
lembaga kapal The Octavius di Lautan Artik dan ketika cuba di dekati,
kapal tersebut dengan pantas hilang di dalam kabus.
2. The Joyita
Pada
tahun 1955, sebuah kapal telah disewa oleh sekumpulan nelayan seramai
25 orang untuk digunakan bagi menangkap ikan di perairan Pasifik
Selatan. Dalam persetujuan antara pihak penyewa dan pemilik kapal,
penyewa harus memberi laporan semasa setiap satu jam sekali, namun pada
jam ke-7 kapal tersebut tidak melaporkan diri. Demi keselamatan anak
kapal, maka pasukan mencari dan menyelamat telah ditugaskan untuk
mencari kapal tersebut.
Hasil
pencarian pasukan mencari dan menyelamat itu, kapal The Joyita telah
ditemui 5 minggu kemudiannya terapung-apung sejauh 600 batu, atau 1000km
dari tempat ia dilaporkan hilang.
Ketika
kapal itu dijumpai, tiada seorang pun dari 25 anak kapal tersebut di
temui. Pasukan mencari dan menyelamat turut menemui kerosakan yang
dikatakan berpunca daripada perbuatan sekumpulan lanun yang telah
menyerang kapal ini. Dari hasil siasatan pula, mereka turut menemui
beberapa kesan darah di dek kapal, di mana kumpulan lanun dikatakan
telah membunuh semua krew kapal tersebut dan mayat mereka dilemparkan
ke laut.
3. The Lady Lovibond
Lady
Lovibond merupakan sebuah kapal yang digunakan sepasang pengantin baru
untuk percutian bulan madu mereka. Pada waktu yang sama, bebeberapa
orang krew juga turut serta dalam kapal tersebut. Salah seorangnya
adalah bekas kekasih si isteri yang tidak diketahui oleh si suami yang
bernama Simon Peel. Kerana dendam kesumat, bekas kekasih si isteri tadi
telah membunuh pasangan pengantin baru itu dan kesemua krew yang ada
dengan belati. Setelah melakukan pembunuhan kejam tersebut, dia
mengemudi kapal tersebut ke kawasan batu karang bagi menenggelamkannya
pada 13 Februari 1748.
Cerita
seram laut itu masih ada hingga sekarang. Laporan terakhir dari para
nelayan, mereka pernah melihat kapal tersebut pada tahun 1998 ketika
melintasi kawasan batu karang iaitu tempat sama kapal tersebut
tenggelam.
4. The Mary Celeste
The
Mary Celeste, merupakan sebuah kapal dagang yang ditemui hanyut tanpa
tujuan dan terapung-apung di Lautan Atlantik pada tahun 1872. Apa yang
paling menyeramkan adalah ketika ia ditemui, kapal ini terapung di
lautan tanpa seorang anak kapal, sedangkan semasa ia bertolak, kapal ini
membawa puluhan anak kapal.
Penemuan
lain menyatakan kapal ini berada pada keadaan yang sangat baik dan
tidak ada sebarang kerosakan di dalam kapal bahkan layar kapal pun masih
dalam keadaan elok tanpa sebarang kesan koyak. Cerita seram lain dari
kapal The Mary Celeste adalah mengenai posisi barang-barang di dalam
kapal tersebut yang masih elok pada tempatnya tanpa berubah sedikit pun.
Jika
kapal ini dirompak, kemungkinan barang-barang berharga pasti ada yang
hilang dan paling kurang pasti akan berlaku pergelutan yang boleh
menimbulkan kerosakan, namun semua itu tidak ditemui pada kapal ini.
Krew kapal ini bagaikan telah ghaib begitu saja secara misteri. Beberapa
teori gila tentang kapal ini mula berkeliaran dari secara tidak sengaja
memasuki perairan Segitiga Bermuda hinggalah diculik oleh makhluk
asing, namun The Mary Celeste akan tetap menjadi sebuah misteri yang
tidak dapat diselesaikan hingga kini.
5. The Flying Dutchman
Ini
merupakan kisah kapal berhantu yang paling terkenal di dunia iaitu The
Flying Dutchman. Ia merupakan sebuah kapal dagang yang berasal dari
Belanda pada tahun 1700-an untuk mengharungi lautan bagi melakukan
perjalanan ke negara-negara jajahan kolonial pada ketika itu.
Tahukah
kamu, pada tahun 1700-an, Terusan Suez masih belum dibina. Sekiranya
kapal-kapal dagang dari benua Eropah ingin melakukan perjalanan ke benua
Asia, mereka harus belayar mengelilingi benua Afrika, iaitu kawasan
perairan paling sukar dilalui ketika dan dikenali sebagai Tanjung
Harapan kerana disana merupakan perairan bagi pertemuan arus antara
Lautan India yang panas dan Lautan Atlantik yang dingin. Hal ini telah
menimbulkan fenomena arus laut yang paling ganas di dunia. Perairan ini
dinamakan Tanjung Harapan kerana untuk melepasi tanjung ini,
satu-satunya yang perlu dilakukan adalah berharap dan berdoa agar kapal
tidak ditelan arus ganas tersebut.
Arus
ganas itu akhirnya telah mendapat korbannya iaitu sebuah kapal yang
diketuai oleh Van der Decken, seorang warganegara Belanda telah
terperangkap ditanjung tersebut kerana ditelan arus laut yang kuat.
Akibat kecewa kerana tidak mampu keluar dari arus tersebut, Kapten Van
der Decken akhirnya menjadi gila sehingga tergamak membunuh isterinya
yang kebetulan ada bersamanya sepanjang tempoh pelayaran. Tak berhenti
di situ, ketika sudah kehilangan akalnya, Kapten Van der Decken
bersumpah yang dia akan keluar dari pusaran arus raksasa yang lebarnya
300km akibat pertemuan 2 arus lautan itu, “walau sampai kiamat pun aku
akan menemui jalan keluar dari laut ini”.
Tetapi,
hal yang tidak dia ketahui tentang arus itu ialah kapal semasa zaman
sekarang yang menggunakan kuasa mesin dan enjin pasti dengan mudah dapat
keluar dari arus itu, lain halnya jika kapal yang berada di dalam arus
itu adalah sebuah kapal layar tahun 1700-an, sudah pasti dia tidak akan
mampu melakukannya.
Akhirnya,
kapal tersebut hilang di lautan dan hingga sekarang tak pernah ditemui.
Ada cerita mengatakan bahawa Kapten Van der Decken telah dikutuk kerana
sumpahnya. Sehingga kini, dia dikutuk untuk terus berada di lautan dan
banyak cerita mengatakan melihat kemunculan kapal tersebut sehingga kini
Sumber: OhPilihanku
Queen Mary Ships one of the most haunted place....#Watch at Youtube -> https://www.youtube.com/watch?v=u1CfyynFot4
ReplyDelete