Kerana Mulut Cabul Di Mekah,Apakah Yang berlaku Kepada Seorang Jemaah Ini?
Padah mulut cabul,inilah yang berlaku kepada seorang jemaah yang mengerjakan haji,kita ikuti kisah ini,semoga ia memberi pedoman buat kita semua,seorang jemaah berusia 82 tahun. Namun, tenaganya sepanjang mengunjungi Tanah Suci Makkah dan Madinah, baru-baru ini cukup menakjubkan,Malah, sepanjang di Makkah, Abdullah Nordin mampu melakukan empat kali
ibadah umrah. Pergerakan pantas ketika tawaf mengelilingi kaabah dan
sae'i.
Malah, anggota rombongan lain panik selepas dia hilang dalam 'lautan
manusia' ketika tawaf menyebabkan mereka berusaha mencarinya,Bagaimanapun beberapa jam kemudian, Abdullah ditemui anak perempuannya sedang berehat berseorangan dalam Masjidil Haram.
Abdullah ketika itu sudah selesai bertawaf dan melakukan sae'i tetapi
tidak dapat mencari jalan keluar daripada Masjidil Haram ke hotel,Mengikut mutawif yang menjaga rombongan HPA Ilham Holidays, ustaz
Khairul Anuar Ahmad, bukannya semua orang ditakdirkan menjadi tetamu
Allah di Makkah.
"Kadang kala kita melihat orang kaya dan berwang tetapi tidak sempat menjadi tetamu Allah.
"Begitu juga ada yang sehingga penerbangan ditetapkan pada sekian hari
tetapi terpaksa dibatalkan berikutan masalah visa," katanya.
Mereka yang menjadi tetamu Allah di Masjidil Haram amat bertuah kerana
ibadat yang dilakukan menyamai 100,000 pahala berbanding di tempat lain.
Malah, pahalanya jauh lebih besar daripada beribadat di Masjid Nabawi
atau Masjid Nabi di Madinah yang bersamaan 10,000 pahala berbanding di
tempat lain.
"Di Tanah Suci ini banyak tempat mustajab doa. Justeru, berhati-hati
apabila melakukan sesuatu atau berbual-bual kosong di Tanah Suci.
"Saya pernah membawa satu rombongan dan salah seorang jemaah bersungguh-sungguh untuk meninggal dunia di Makkah.
"Dengan kuasa Allah, lelaki itu meninggal dunia di dalam bas ketika rombongan berangkat dari Makkah ke Madinah," katanya.
Malah, ada jemaah yang menjadi baik dan sebaliknya apabila tiba di Makkah.
"Pernah seorang lelaki yang bertongkat dan berkerusi roda tetapi apabila
tiba di Makkah, dia boleh tawaf dan sae'i tanpa tongkat atau kerusi
roda.
"Bagaimanapun, sebaik tiba di lapangan terbang untuk pulang, dia tidak dapat berjalan semula.
"Ada juga jemaah yang tiba di Makkah berubah niat daripada beribadat
kepada melancong atau membeli-belah, semuanya kuasa Allah," katanya.
Di Makkah, penulis melawat tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Thur
yang menjadi tempat Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi
daripada dibunuh orang Quraisy.
Kami turut melawat Padang Arafah dan Jabal Rahmah yang menjadi tempat
pertemuan Adam dan Hawa selepas terpisah sebaik diusir dari syurga.
Lawatan ke Masjid Hudaibiah mengingatkan sejarah tempat mesyuarat pendamaian antara Rasulullah dan pemimpin Quraisy.
Tempat terakhir dilawati di Makkah ialah di Muzium Dua Masjid Suci yang
menyimpan pelbagai kisah dan perkembangan Masjidil Haram di Makkah dan
Masjid Nabawi di Madinah.
Di Madinah pula, tarikan utama pastinya Masjid Nabawi yang tersergam
indah kerana selain makan Rasulullah, Abu Bakar dan Umar al-Khatab di
bawah kubah hijau yang juga kubah asal, pelbagai aspek lain berkaitan
Rasulullah juga terdapat di situ.
Antaranya ialah satu ruang antara makam Rasulullah dan mimbar asal
Masjid Nabawi dinamakan Raudah atau Taman Syurga. Mengikut sejarah,
Raudah adalah halaman rumah Rasulullah.
Selain itu, terdapat juga tiang wangi yang menjadi kegemaran Rasulullah untuk bersandar.
Di luar masjid ini pula, terdapat satu perkuburan cukup luas dikenali
Perkuburan Baqi' yang menempatkan sembilan daripada isteri Rasulullah
termasuk Saidinatina Aishah.
Kami turut dibawa ke Bukit Uhud yang terletak Makam Saidina Hamzah, antara 70 syuhada Peperangan Uhud.
Lawatan diteruskan ke Masjid Qiblatain yang terdapat dua Mihrab dengan
menghala ke Kaabah satu lagi menghala ke Masjid al-Aqsa, sebelum ke
Masjid Khandak yang terkenal kerana Rasulullah berdoa selama tiga hari
di masjid ini ketika Peperangan Khandak.
Kunjungan kemudian menghala ke sebuah ladang kurma. Pastinya, Tamar
Ajwah atau kurma Nabi paling istimewa kerana asal usulnya ditanam oleh
Rasulullah.
Lawatan terakhir ialah ke kilang pencetakan al-Quran di Madinah yang
juga mengeluarkan kira-kira 30 juta al-Quran setahun dalam 30 bahasa,
termasuk Bahasa Melayu.
PERSIAPAN untuk berangkat menunaikan ibadat haji bukan sekadar
menghadiri kursus-kursus haji saja, tetapi ia juga menuntut pemantapan
ilmu dan perlu dilakukan berterusan, sehingga tiba masa untuk menunaikan
rukun Islam kelima itu.
Ilmu yang dipelajari sewaktu berkursus saja tidak mencukupi untuk
seseorang itu berhadapan dengan situasi sebenar apabila berada di Makkah
dan perkara sebegini banyak berlaku kerana ramai yang pergi haji
sekadar untuk mencukupi rukun Islam bukan untuk memperoleh haji mabrur.
Johan Abdullah adalah seorang jemaah haji yang dikurniakan kemewahan
hidup hasil daripada perniagaan berasaskan import dan eksport yang
diusahakan bersama isterinya. Walaupun sibuk menguruskan perniagaan,
Johan tidak melupakan nikmat yang diberikan Tuhan.
Suatu petang sewaktu sedang bersantai pasangan itu berbincang mengenai hasrat mereka menunaikan haji.
"Perniagaan kita semakin maju. Duit simpanan kita pun lebih daripada
mencukupi, jiran kiri kanan dah bergelar haji, kita pula bila lagi?,"
tanya si suami.
"Saya bila-bila saja. Tunggu lampu hijau dari awak je," jawab isterinya spontan.
"Kalau nak pergi melalui Tabung Haji memang dah tak sempat. Apa kata
kita cari pakej haji yang menawarkan perkhidmatan dan dijamin boleh
pergi dengan segera. Saya ada dengar macam-macam mengenai pakej
sebegini, ada juga yang bila sampai di Makkah macam-macam masalah
timbul. Itulah, inilah, bilik tidak selesa. Kalau boleh saya tidak mahu
jadi begitu. Nak buat ibadat ini mesti dalam keadaan selesa, baru boleh
beri tumpuan," kata si suami.
Selepas mencapai kata sepakat, pasangan itu mengambil keputusan untuk
memilih mengerjakan haji melalui pakej haji. Oleh kerana kewangan mereka
yang kukuh, pasangan itu mengambil keputusan memilih pakej yang mahal
kerana inginkan keselesaan dan 'privacy'.
Memandangkan musim haji hanya beberapa bulan lagi ditambah pula dengan
kesibukan mereka menguruskan perniagaan, Johan tidak ada masa untuk
menghadiri kursus haji.
Johan hanya mengambil tempoh kursus singkat iaitu selama dua hari
sebagai persiapan berangkat ke Tanah Suci. Daripada 32 jam yang
sepatutnya diperuntukkan untuk kursus haji, Johan cuma berkursus lapan
jam saja.
Ini kerana beliau mengharapkan bimbingan 100 peratus oleh pengendali
pakej. Bagaimanapun, dalam masa yang terhad, guru pembimbing hanya boleh
mengajar secara dasar atau pokok saja, sedangkan permasalahan haji
tidak disentuh.
Jika disentuh pun hanya sepintas lalu saja. Yang lain adalah mengenai peraturan pakej dan perjalanan haji.
Sewaktu kursus haji yang singkat itu, timbul satu soalan dari seorang
peserta: "Bagaimana keadaannya jika kami bersentuh lelaki dan perempuan
ketika tawaf. Adakah ia akan membatalkan wuduk sehingga boleh
menjejaskan ibadat haji?"
Guru agama menjelaskan, mengikut pendapat dalam mazhab Syafie, perkara
itu tidak membatalkan wuduk kerana dianggap berada dalam keadaan
darurat. Kenyataan itu memberikan keyakinan kepada semua jemaah yang
hadir waktu itu.
"Tuan dan puan jangan bimbang, sampai di sana nanti ikut saja apa yang saya lakukan," kata pembimbing itu meyakinkan bakal haji.
Apabila tiba masanya mereka pun berangkat dan mereka menunaikan haji
Tamattuk iaitu menunaikan umrah terlebih dulu dalam bulan haji. Apabila
melakukan tawaf, Johan dan isterinya saling berpegangan tangan kerana
bimbang terpisah.
Bagi Johan dan isterinya, walaupun tidak banyak pengetahuan yang
dipelajari mengenai haji, mereka tarik nafas lega kerana yakin sudah
menyelesaikan semua rukun umrah dengan sempurna.
Selepas menghabiskan masa dengan ibadat iaitu bergunting dan
bertahallul, pasangan itu kembali ke tempat penginapan yang bertaraf
lima bintang. Berbaloi dengan bayaran mahal, perkhidmatan yang diberikan
sudah tentu memuaskan hatinya dan kerana terlalu gembira pasangan itu
mengadakan hubungan seks.
Menjelang musim haji iaitu tiga hari sebelum wukuf, satu muzakarah yang
dihadiri panel majlis penasihat haji diadakan. Ketika itu, timbul
beberapa persoalan berkaitan apa yang pernah dinyatakan oleh guru agama
sebelum ini.
"Kami datang mengikut mazhab Syafie, adakah batal wuduk apabila
bersentuhan lelaki dan wanita semasa mengerjakan tawaf?" tanya seorang
jemaah.
"Kalau kita duduk di rumah, ambil wuduk, kita pegang tangan isteri dan pergi sembahyang bersama, batal tak?" soal guru agama.
"Batal," jawab jemaah secara spontan.
"Jadi kalau kita datang ke Makkah dengan cara berwuduk yang sama kenapa tak batal?" tanya guru agama.
"Guru agama kami beritahu tidak batal kerana dalam keadaan darurat," jawab jemaah tadi.
"Kecuali kalau kita tukar mazhab, ambil wuduk yang tak batal," ujar seorang jemaah.
Selain wuduk, Johan turut mencelah :"Saya sudah menunaikan umrah
menggunakan wuduk Syafie dan sudah bersama dengan isteri, bagaimana
pula?" Johan mahukan kepastian.
Mendengar pertanyaan itu dengan nada terkejut guru agama bertanya :"Bagaimana boleh jadi begitu?".
"Sudah diajar begitu, saya ikutlah," katanya.
Barisan panel yang terdiri daripada tiga orang pun bermuzakarah sesama
sendiri. Dua daripadanya berpendapat pasangan itu wajib membayar seekor
unta kerana bersetubuh dalam ihram, seorang lagi pula berpendapat tidak
mengapa kerana mereka sudah diberi fatwa oleh guru agamanya.
Menyedari kesalahan yang dilakukan, Johan dan isterinya mengambil
keputusan untuk membayar dam seekor unta sambil menyalahkan pengendali
pakej.
"Kenapa ambil guru agama yang tidak mantap dan ikut mudah saja. Kita
sudah keluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan khidmat dan guru
pembimbing yang baik?" Johan merungut-rungut.
Isterinya diam seribu bahasa sambil hatinya berkata-kata:"Nak salahkan
siapa lagi, pergi haji di saat-saat akhir, ilmu masih tidak mantap,
asyik nak kejar gelaran haji, inilah padahnya".
Namun atas rasa insaf, ditaatilah apa yang difikirkan sesuai
memandangkan waktu wukuf sudah tiba. Persoalan tetap bermain di kepala.
Tidak wajar menganggap duit yang banyak boleh membeli syurga ciptaan
Allah. Syurga Allah hanya boleh 'dibeli' dengan ilmu pengetahuan yang
tinggi dan jangan menganggap ibadah haji perkara mudah walaupun dari
segi dasar haji nampak mudah tetapi dari segi pelaksanaan begitu sukar
kerana setiap orang mempunyai masalah tersendiri.
Mengerjakan haji tidak perlu dalam keadaan gopoh, sebaliknya dilakukan
dengan penuh ketenangan di samping mendengar banyak pandangan dan penuh
keyakinan. Akhir sekali bertawakal kepada Allah.
LIMA tahun yang lalu, heboh satu cerita di sebuah kampung tentang
seorang pemuda yang memakan cacing. Kampung itu terletak di utara tanah
air. Pemuda ini pula dikenali sebagai Seman dan berusia 35 tahun.
Rambut
Seman panjang tidak terurus. Sudah dua tahun dia hidup seorang diri.
Setiap petang, Seman akan duduk di atas tangga dan apabila ada orang
lalu di hadapan rumahnya, dia akan menjerit-jerit memanggil orang
tersebut.
Pada
waktu malam pula, orang kampung akan mendengar Seman berbual seorang
diri kerana khabarnya ada "orang' yang menemani pemuda itu pada waktu
malam.
Kisah
aneh tentang Seman ini menjadi perbualan ramai. Ada yang percaya dengan
cerita tersebut dan ada yang tidak. Namun tidak ada yang berani untuk
menjenguk Seman di rumahnya bagi memastikan kesahihan cerita tersebut.
Suatu
malam, tiga anak muda memberanikan diri untuk mengintai Seman. Anak
muda ini bernama Shamsudin, Sufian dan Aziz. Mereka berusia 20 tahun da
merupakan tiga sahabat karib. Mereka tinggal sekampung dengan Seman.
Pukul
10.00 malam itu, mereka bertemu di pekarangan masjid. Setelah membuat
persiapan, mereka berjalan kaki menuju ke rumah Seman yang terletak
berhampiran kebun pisang. Di pertengahan jalan, mereka mencapai beberapa
batang kayu untuk dijadikan senjata sekiranya keadaan berbahaya.
Lebih
kurana 56 meter sebelum sampai ke rumah Seman, tiba-tiba angin bertiup
kencang. Pokok-pokok pisang di sekitar rumah Seman tiba-tiba bergoyang.
Daun-daun kering jatuh berguguran ke tanah. Dan tiba-tiba Juga, mereka
lihat seorang wanita tua vang entah dari mana datangnva muncul di
hadapan rumah Seman.
Tiga anak muda ini menghentikan langkah mereka.
"Din. kita duduk dulu. Aku takutlah." kata Sufian.
Mereka
bertiga duduk bersembunyi di belakang sebatang pokok sambil membacakan
avat ayat suci al-Quran. Sambil itu, Aziz memberanikan diri untuk
melihat perempuan tua di hadapan rumah Seman tadi.
Dengan
bantuan cahaya lampu jalan tidak jauh dari situ, mereka melihat
perempuan tersebut membawa sedulang makanan di tangannya. Rambutnya
putih menggerbang, dia mengetuk-ngetuk pintu rumah Seman.
Tidak
lama kemudian mereka lihat Seman membuka pintu dan keluar. Dia
mengambil dulang daripada wanita tersebut, lalu masuk semula ke dalam
rumah. Wanita tua tadi berjalan meninggalkan rumah Seman, kemudian
hilang dalam kegelapan malam.
Sejurus
wanita tua itu menghilangkan diri, Shamsudin, Sufian dan Aziz keluar
dari tempat persembunyian mereka dan menuju ke rumah Seman. Sampai di
rumah Seman, mereka terdengar suara lelaki itu sedang bercakap dengan
seseorang. Dia seperti berbual, namun tidak ada sahutan. Melalui tingkap
yang sedikit terbuka, mereka mengintai Seman.
Mereka
lihat Seman hanya duduk seorang diri dalam rumah tersebut dengan
bertemankan sebuah pelita. Seman bercakap-cakap dalam bahasa yang tidak
difahami. Dalam masa yang sama dia menyuap makanan yang terhidang di
dalam dulang di hadapannya.
Shamsudin,
Aziz dan Sufian memerhatikan makanan di dalam dulang itu. Mereka
terkejut, dulang itu bukannya berisi mi goreng, tetapi cacing yang masih
hidup. Ia bergerak-gerak dan melengkar ke sana ke mari!
Seman
memakan cacing-cacing itu dengan lahapnya. Mereka lihat beberapa ekor
cacing menguit-nguit semasa dikunyah oleh Seman. Shamsudin, Sufian dan
Aziz rasa bagai hendak termuntah melihat bibir dan tangan Seman dipenuhi
lendir cacing tadi.
Tiba-tiba Seman ketawa tanpa henti. HAHAHAHA!!! HAII HAHAHAHA!
Selepas
ketawa terbahak-bahak, mereka lihat Seman bangun dan menuju ke tingkap
tempat mereka mengintai. Apabila Shamsudin, Aziz dan Sufian bangun,
Seman sudah ada di depan mereka. Seman merenung mereka dan
menjerit-jerit!
Apa
lagi, lintang-pukanglah mereka melarikan diri. Mala itu mereka
menumpang tidur di rumah datuk Shamsudin yang terletak setengah
kilometer dari rumah Shamsudin yang terletak setengah kilometer dari
rumah Seman.
JAM
menunjukkan pukul 8.00 pagi. Selesai sarapan, Shamsudin, Sufian dan
Aziz berjalan menuju ke rumah Seman untuk memastikan lagi apa yang
dilihat malam tadi.
Rumah
Seman sunyi sepi. Shamsudin, Sufian dan Aziz menuju ke tingkap tempat
mereka mengintai Seman. Di bawah tingkap itu mereka lihat ada sebiji
dulang yang kotor. Di atas dulang itu pula terdapat sisa-sisa cacing,
ada yang sudah mati, dan ada juga yang maSih hidup. Di dalam dulang itu
juga ada kesan muntahan manusia!
Sah,
malam tadi Seman memakan cacing. Mereka hergegas meninggalkan rumah
Seman kerana bimbang lelaki itu akan mengamuk apabila mendapat tahu
mereka mengintainya.
Siapakah Seman? Kenapa dia memakan cacing? Siapa pula wanita yang menghantar dulang kepadanya malam tadi?
Sebenarnya,
sebelum ini Seman tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai penoreh
getah. Namun, dia menjadi tidak siuman setelah ibunya meninggal dunia.
Sejak itu Seman hidup seorang diri di rumah itu.
Pada
siang hari, Seman hanya bertenggek di atas tangga dan menjerit-jerit
memanggil sesiapa sahaja yang lalu di hadapan rumahnya. Pada malam hari
pula, dia duduk di dalam rumah seorang diri menunggu wanita tua datang
membawa sedulang makanan untuknya.
Kehadiran
wanita itu menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk kampung itu
kerana ia menyerupai arwah ibu Seman. Wanita itu pula muncul dan
menghilang dalam sekelip mata sahaja.
Seman
bukanlah anak yang baik. Sewaktu ibunya masih hidup, Seman sentiasa
meminta wang daripada ibunya itu. Seman juga kerap menipu ibunya
semata-mata inginkan duit kerana dia tidak bekerja.
Pernah
beberapa kali ketika sedang sakit, ibunya telah meminta Seman membeli
nasi di kedai kerana dia tidak terdaya untuk memasak. Memang Seman pergi
ke kedai makan, tapi bukan untuk membeli nasi dan lauk-pauk, sebaliknya
dia mengutip sisa-sisa makanan di dalam pinggan orang.
Setelah itu Seman membungkusnya dan membawa balik. Dengan cara itu, Seman dapat mengambil sepenuhnya duit yang diberikan ibunya.
Kasihan...
ibunya menjamah sahaja sisa-sisa makanan yang dibawa pulang oleh Seman
kerana tidak berupaya lagi hendak bangun. Keadaan ini berlaku beberapa
kali. Setiap kali makan, ibunya akan kesakitan. Namun Seman tidak
menghiraukannya.
Suatu
hari, ketika pulang dari kedai, Seman terkejut apabila mendapati ibunya
sudah tidak bernyawa lagi. Wanita tua itu meninggal dunia kerana uzur
dan Seman mengabaikan makan minum serta kesihatannya. Seman menangis,
dia meraung meminta maaf daripada ibunya.
Bermula
dari saat itulah Seman menjadi tidak siuman. Dia melolong-lolong
memanggil orang dan pada malam hari, dia dijamu cacing oleh seorang
wanita tua berambut putih yang menyerupai arwah ibunya.
Kehidupan
Seman tidak terurus. Keadaan dirinya amat mengerikan orang yang
melihat. Kepada penduduk kampung, inilah balasan terhadap anak derhaka
yang menipu ibunya semasa hidup!
Pasti
para pembaca tertanya-tanya bagaimanakah Mastika mengetahui cerita ini?
Untuk pengetahuan anda, kisah menakutkan ini diceritakan sendiri kepada
kami oleh Shamsudin dan Aziz, dua daripada tiga orang anak muda yang
menyaksikan sendiri Seman memakan cacing.
Cerita
ini mahu mereka kongsikan dengan pembaca majalah ini selepas tersiarnya
kisah anak-anak derhaka dan biadab yang dipaparkan dalam Mastika
November.
"Bagi
kami yang sudah lama mengenali Seman dan ibunya, dia layak menerima
balasan sebegitu. Ibu Seman memang baik, tapi Semannya..." kata
Shamsudin tanpa menyudahkan kata kata itu. Dia menggeleng-gelengkan
kepala sambil mempamerkan wajah kecewa.
"Bila mak dah meninggal, baru nak menyesal. Dah terlambat. Akhirnya, gila!" sambung Shamsudin lagi.
Shamsudin
dan Aziz gembira Mastika menyiarkan cerita anak-anak yang semakin
biadab kerana ia adalah realiti. Kalau didiamkan, keadaan akan menjadi
semakin teruk.
"Siarkan
lagi, buat pengajaran kepada kita semua sebab memang budak budak
sekarang sudah teruk perangainya," ucap Shamsudin sewaktu kami temui
mereka di Alor Star, Kedah, baru baru ini.
Mastika bertanya, siapakah wanita tua yang menghantar sedulang cacing kepada Seman pada waktu malam?
"Kami tak tau. Mungkin syaitan yang menyerupai arwah ibunya yang telah dianiaya Seman," Aziz mencelah.
Untuk
melengkapkan cerita ini, Mastika mengajak Shamsudin dan Aziz ke kampung
mereka untuk melihat sendiri Pemuda yang bernama Seman ini. Jika boleh,
Mastika ingin berbual dengan Seman dan para penduduk kampung yang
maklUm dengan kisah hidupnya.
Namun
mereka keberatan kerana tidak mahu melukakan hati keluarga Seman yang
masih hidup. Tambahan pula menurut Shamsudin dan Aziz, Seman baru
meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.
Shamsudin dan Aziz juga tidak membenarkan gambar mereka dirakam kerana khuatir akan mengguris hati keluarga Seman.
"Tak
payah gambarlah, mereka mesti kenal kami. Yang penting bukan gambar
kami, tapi pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah Seman ini,"
sambung Shamsudin selepas meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi
permintaan Mastika tadi.
.
Post a Comment