Header Ads

Tips Dan Panduan Merawat Demam

Demam dan Rawatan Traditional


Lemah badan saat menghidapi demam,sekejap badan terasa sejuk sekejap berasa panas namun hakikatnya sewaktu demam badan kita akan mengalami suhu panas pada badan.

Demam didefinisikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi aras suhu normal badan iaitu 37°C.Perkatan demam berasal daripada bahasa Greek,pyretos yang membawa maksud "api" atau "tindak balas febril".Daripada bahasa Latin,



demam merujuk kepada perkataan febris,Demam merupakan tanda awal yang menunjukkan peningkatan suhu dalam badan mengatasi aras normal,Demam paling tepat didefinisikan sebagai peningkatan sementara titik termoregulasi antara 1-2°C.Demam berbeza daripada hipertermia kerana hipertermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi aras titik termoregulasi yang disebabkan penghasilan haba yang berlebihan atau kekurangan tindak balas termoregulasi badan. Demam juga merupakan salah satu mekanisme tindak balas badan menentang benda asing sama ada bakteria ataupun virus.

Cara ikhtiar mengubati demam:

Secara peribadinya kalau dahulu saya seringkali menghidap demam dan setiap kali itu lah demam berpanjangan walaupun sudah ke klinik dan memakan ubat demam namun masih susah untuk pulih.
Selama beberapa tahun saya cuba amalkan tips ini apabila sedang atau mahu demam iaitu dengan:

1.membakar 2-3 biji bawang putih sehingga masak layu dan di makan kemudian minum air suam dan berbaringlah sambil selimutkan badan anda(kebiasaannya peluh akan keluar).bawang putih sebagai antibodi.

2.minum air 100 plus dan air kosong sebanyak mungkin(ini kerana sewaktu badan demam suhu badan adalah tinggi dan badan memerlukan air yang banyak sewaktu demam melanda.

3.meletakkan tuala basah di belakang tengkuk dan dahi,lakukan berulang kali,fungsinya menyerap haba badan.

4.gunakan putih telur dan sapu di sekeliling perut@pusat dan apabila ia kering sapukan berulangkali dan fungsinya adalah untuk menarik haba panas dalam badan(sama seperti yang ke 3 tadi).

5.ramas daun bunga raya+daun lidah buaya didalam semangkuk air dan sapukan pada kepala dan badan.

Dengan ada nya tips merawat demam ini kita dapat menghindari ubat ubatan lain,namun jika demam berlarutan lama sila mendapatkan rawatan segera.

Ini adalah salah satu ikhtiar dalam merawat demam yang telah saya amalkan beberapa tahun sudah hingga sekarang,di harap ia memberi manfaat buat anda dari perkongsian ini.

Sumber : Oh Pilihanku

No comments

Powered by Blogger.