Pakcik tiba-tiba saja rasa nak beri duit pada awak
Pada tahun 2000,saya mendapat tawaran belajar di Universiti Ulum Wal
Teknologi, Yemen. Ketika itu saya berumur 25 tahun. lbu dan ayah
menggalakkan saya pergi ke sana memandangkan saya tidak mendapat tempat
di mana-mana pusat pengajian di Malaysia.
Memang saya teringin belajar di Yemen, cumanya, bagaimana hendak ke sana sedangkan saya bukanlah daripada golongan berada?. Bukan sedikit wang yang diperlukan. Ia sudah tentu memakan ribuan ringgit.
Setelah lama berfikir, saya mengambil keputusan untuk meminta tajaan dari kerajaan negeri Terengganu.
Alhamdulillah, diluluskan. Berbekalkan duit simpanan sebanyak RM5,000 dan juga biasiswa sebanyak RM2,400, saya bertolak ke Yemen.
Malangnya, setelah lebih tiga tahun berada di negara itu, biasiswa saya telah disekat. Kemungkinan hal ini berlaku kerana pertukaran pucuk pimpinan di Terengganu. Saya mulai risau. Duit dalam simpanan juga sudah kurang.
Lama-kelamaan saya terpaksa meminjam wang dengan kawan kawan. Semakin hari, semakin sengkek.
Pelajaran mula terganggu. Hendak beli kitab pun tidak ada duit.
Hampir setahun saya hidup berhutang sampai muka dah naik malu. Kawan-kawan asyik tanya hutang. Nak bayar duit tidak ada. Hendak balik Malaysia, poket pula kosong. Hendak minta daripada ibu bapa di kampung, kasihan.
Setelah berbincang dengan seorang kawan yang senasib dengan saya, kami ambil keputusan untuk bekerja.
Bukan di Yemen, tapi di Mekah. Tiada apa kerja yang kami boleh buat di Yemen kerana Yemen sebuah negeri yang agak kampung. Bandarnya tidak begitu maju, berbanding Mekah yang tidak putus dengan pengunjungnya. Mungkin kami akan mendapat kerja di sana.
Saya cakap dengan kawan-kawan, insya-Allah, saya akan bayar hutang mereka sekembalinya dari Mekah nanti. Cuma doakan rezeki saya murah. Kalau tidak... matilah saya!
Untuk ke Mekah, saya terpaksa berhenti belajar. Saya juga, buat terakhir kalinya, terpaksa berhutang lagi dengan seorang kawan untuk tambang ke Mekah. Perjalanan Yemen ke Mekah kira-kira dalam 1,000 kilometer. Tambang perjalanan menaiki kereta sewa sebanyak 1,500 riyal Yemeni.
Semasa dalam perjalanan ke Mekah,kepala saya terus berserabut memikirkan soal hutang saya yang sudah mencecah 128,000 riyal Yemeni (RM2560). Bolehkah saya bayar hutang sebanyak itu?
Sampai di Jizan, iaitu sempadan Mekah-Yemen, kami menaiki bas pula. Tambang perjalanannya sebanyak 120 riyal Saudi. Bila seluk poket, aduh... duit hanya tinggal 30 riyal Saudi lagi!
Saya rasa macam hendak pitam!
Malam itu kami sampai di Mekah, tetapi disebabkan fikiran masih memikirkan tentang hutang, saya terus pergi ke pusat agensi pelancongan untuk mencari kerja di sana.Saya mundar mandir di situ, kalau-kalau ada jemaah yang memerlukan bantuan.
Tanpa saya duga,dari saat itulah saya mula melihat kebenaran kata-kata orang bahawa Mekah adalah Tanah Suci yang penuh keajaiban. Keajaiban itu pula berlaku dalam sekelip mata dan tanpa kita jangka.
Setelah sejam berada di tempat tersebut, tiba-tiba saya ternampak seorang mak cik berkerusi roda melambai lambai tangan ke arah saya.
"Ada apa mak cik?" saya bertanya.
"Tolong hantar mak cik ke hotel. Tadi datang kawan tolong tolak, sekarang tak tahu dia ke mana."
Saya terpinga-pinga. Bila masa pula kawan saya tolong tolakkan mak cik ini? Kedua, mak cik ini pula macam tahu tahu saya sedang mencari kerja.
Tanpa berbicara panjang, saya terus hantar mak cik itu ke hotelnya. Mak cik itu hulurkan saya 200 riyal Saudi.
Syukur alhamdulillah. Saya cium wang tersebut.
Di Mekah, bermacam-macam kerja saya lakukan untuk mencari duit buat membayar hutang. Saya tolong jemaah Malaysia, jual kopiah dan minyak wangi, tetapi ia sekadar cukup makan sahaja. Untuk menyimpan, jauh sekali.
Kehidupan saya ketika itu ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.'Saya rasa semakin takut sekiranya tidak dapat mengumpul duit. Ketika itulah saya teringat sepotong ayat Quran dari surah Ibrahim ayat 37 yang bermaksud:
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang
(dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai-bagai jenis buah buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur."
Saya yakinkan diri, Mekah adalah pintu rezeki. Saya tak boleh mengalah.
Seminggu kemudian, tibalah bulan puasa. Semakin hari, makin ramai jemaah yang tiba di Tanah Suci. Saya ambil kesempatan itu untuk menambahkan pendapatan dengan membantu jemaah mengangkat barang-barang dan menjadi penunjuk arah.
Suatu malam, selepas berbuka puasa, saya bergegas ke Masjidilharam untuk menunaikan solat tarawih.
Sedang saya berjalan, tiba-tiba seorang mak cik dari Malaysia memanggil saya. Mak cik itu meminta saya menghantarnya balik ke hotel. Dia ingin memberi upah sebanyak 200 riyal Saudi.
Memanglah saya perlukan duit, tetapi saya terfikir sejenak, 'kalau aku hantar mak cik ni balik hotel, aku akan tinggalkan solat tarawih. Kalau aku tolak permintaan mak cik ini pulak, aku akan hilang 200 riyal Saudi.'
Saya jadi serba salah. Ketika berfikir fikir itulah saya teringat kepada hadis Nabi yang bermaksud;
'Sesiapa yang meninggalkan sesuatu pekerjaan kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikan lebih lagi kepadanya.'
Saya tolak permintaan mak cik itu dengan baik dan terus melangkah ke Masjidilharam untuk memakmumkan solat tarawih.
Memang betul, Mekah ini tanah penuh rahmat. Keesokan harinya, Allah telah menggantikan 200 riyal Saudi yang saya tolak semalam kerana mahu menunaikan solat tarawih, dengan menggandakannya kepada 400 riyal.
Rezeki itu Allah berikan apabila pagi itu dua orang mak cik meminta saya menghantarnya pergi Masjidilharam dengan upah 200 riyal setiap seorang. Saya termenung apabila menerima wang itu.
Janji Allah dan Rasulnya memang benar!
Selepas dua bulan, tiba pula musim haji. Rezeki semakin murah, namun masih belum cukup untuk membayar hutang saya kepada kawan-kawan di Yemen. Ketika itu saya sentiasa berdoa agar Allah terus mempermudahkan rezeki saya. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan berhutang.
Pada suatu petang, sekali lagi Allah tunjukkan keagungannya dengan memberi rezeki yang tidak saya duga.
Semasa saya sedang sibuk menjual kopiah, entah kenapa saya terasa ingin sekali hendak makan nasi kambing. Orang di Mekah gelar, nasi mandi.
Saya cakap dengan kawan saya yang bernama Hakim, "Eh Hakim, aku rasa nak makan nasi kambinglah, tapi duit tak ada."
Kawan saya itu terus tergelak. "Hahaha... tak usah mimpilah nak makan kalau duit tak ada. Nasi kambing bukannya murah," Hakim terus mentertawakan saya.
Habis saja kawan saya itu ketawa, tiba-tiba seorang pak cik menghampiri saya. Dia bertanya, adakah saya boleh berbahasa Arab? Saya anggukkan kepala.
"Haa... kalau macam tu, tolong bawa pak cik pergi restoran. Pak cik teringin sangat nak makan nasi kambing. Mari... pak cik belanja!" kata pak cik itu.
Masya-Allah... saya dan Hakim berpandangan sesama sendiri!
Memang benar, di Mekah ini sesuatu perkataan yang keluar dari mulut kita adalah seperti doa. Hari itu dapatlah saya makan nasi kambing.
Peristiwa besar yang saya tidak dapat lupakan berlaku pada 9 Zulhijah iaitu hari wukuf di Padang Arafah.
Kata Nabi, hari itu adalah hari paling mustajab untuk berdoa. Lalu, saya duduk di tengah tengah Padang Arafah dan berdoa sambil menangis.
Saya berserah bulat-bulat tentang nasib saya kepada Allah. Saya mengadu, meminta dan memohon segala-galanya. Antara yang paling saya adukan ialah tentang rezeki saya serta hutang saya kepada kawan-kawan. Saya risau kalau saya tak dapat membayarnya.
Saya mohon kepada Allah dengan linangan air mata, limpahkanlah rezeki supaya saya dapat membayar hutang-hutang itu. Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa di kampung kerana mereka bukannya orang kaya.
Maha Suci Allah, semasa sedang berjalan balik ke rumah saya di Bukit Jiyad, tiba-tiba saya disapa oleh seorang pak cik yang saya kenali tetapi tidak pernah bercakap dengannya. Saya hanya pernah nampak pak cik itu kerana dia juga berasal dari Malaysia dan sudah lama berniaga di Mekah.
Pak cik itu memanggil saya dan berkata; "Pak cik rasa nak bagi duit kat awak. Tak tahu kenapa."
Kemudian pak cik itu mengeluarkan wang sebanyak 1,500 riyal Saudi dan menghulurkannya kepada saya.
Saya terkejut. Kenapa pula pak cik ini hendak berikan saya wang? Saya bukan minta darinya.
"Tak tau, pak cik tiba-tiba saja rasa nak beri duit ni pada awak. Nah, ambillah," kata pak cik itu apabila saya tanyakan sebab dia beria-ia hendak berikan wang tersebut kepada saya.Saya tolak pemberian tersebut.
Saya beritahu pak cik itu, saya tak suka ambil wang tanpa lakukan sebarang kerja. Tetapi pak cik itu bersungguh-sungguh mahu saya ambil wang pemberiannya.
Akhirnya, saya ambil juga duit itu. Saya katakan pada pak cik itu, "Saya ambil duit ini, tapi pak cik jangan mengharap apa-apa daripada saya."
Pak cik itu tersenyum. Malah pak cik itu pula yang beria-ia berterima kasih kepada saya. Pelik betul, padahal dia yang bagi duit itu kepada saya.
Selepas itu barulah saya terfikir, mungkin inilah yang dikatakan keberkatan Tanah Suci. Mungkin pak cik itu adalah orang perantaraan untuk menyampaikan rezeki Allah kepada saya selepas saya adukan masalah kepada-Nya.
Berakhirnya musim haji, para jemaah mula meninggalkan Mekah. Saya turut menghantar mereka ke lapangan terbang untuk menambah lagi rezeki dengan membantu apa yang patut.
Ketika sibuk di lapangan terbang itulah, tiba-tiba saya dipanggil oleh seorang ustaz. Ustaz itu berasal dari Malaysia tetapi sudah lama bekerja di Mekah.
"Ada apa, ustaz," tanya saya.
"Hang nak kahwin tak? Kalau nak, aku nak tolong jalankan," kata ustaz itu.
Kahwin, siapa yang tak mau! Ketika itu saya sudah berumur 29 tahun, memang saya hendak sangat kahwin.
Masalahnya, duit. Duit yang ada pun hanya cukup-cukup hendak bayar hutang, inikan pula hendak berkahwin.
Mahu tak mahu, saya gelengkan kepala. Macam mana nak tanggung anak orang kalau mulut sendiri pun kunyah angin!
Ustaz tersebut ketawa dengar jawapan saya tadi.
Pada tahun 2005, saya kembali ke Malaysia tanpa menamatkan pengajian saya. Alhamdulillah, sebelum saya pulang, saya telah langsaikan semua, hutang saya pada kawan-kawan.
Umur saya ketika itu mencecah 30 tahun dan mula rasa ingin berkahwin. Suatu hari, saya berkenalan dengan seorang gadis dan gadis itu sekarang telah menjadi isteri saya.
Setelah beberapa bulan berumah tangga, suatu hari isteri saya bercerita, pernah seorang saudaranya,
iaitu seorang ustaz di Mekah hendak mencarikan jodoh untuknya. Tapi, tidak ada rezeki.
Saya terkejut mendengar ceritanya. Saya terus bertanya, adakah ustaz tersebut badannya begini, rambutnya begini, mukanya begini, berniaga di Mekah, dan sebagainya. isteri saya kata, "Ya."
Masya-Allah, rupa-rupanya isteri saya itulah yang pernah ditawarkan oleh ustaz di Mekah,
untuk dijadikan pasangan hidup saya!
Seperti yang diceritakan oleh Noriskandar Hashim kepada Mohd Ikhwan Abd Ghani.
Sumber : Mastika Jun 2008
Sekadar Foto Hiasan |

Post a Comment