Header Ads

Misteri : Pengalaman Pemandu Van Jenazah

Mungkin ada segelintir daripada kita, apabila melihat van jenazah ini sudah pasti dianggap menyeramkan. Apatah lagi jika seseorang itu bekerja sebagai pemandu van jenazah.Dari mata kasar, kerjaya sebagai seorang pemandu van jenazah tidaklah membebankan. Memang benar. kerana mereka hanya perlu menghantar dan membawa jenazah sahaja. Bagaimanapun, tiada siapa tahu perkara yang tersirat serta dugaan yang perlu di tempuh. Cabaran dari segi mental dan fizikal juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi, sesetengah perkara yang berlaku semasa menjalankan tugas, tidak boleh diterima akal. Jom kita ikuti kisah seorang pemandu van jenazah yang mempunyai banyak pengalaman.
 

Kerjaya sebagai seorang pemandu van jenazah, memerlukan keberanian dan kecekalan hati yang tinggi.
Ini diakui sendiri Ismail Hashim, 49, dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang mengalami pelbagai suka duka sebagai pemandu van jenazah sepanjang 25 tahun berkhidmat di bahagian itu sejak 1991 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Waris lari
Peristiwa pertama yang masih terpahat dalam ingatannya apabila, beliau menerima arahan untuk menghantar jenazah seorang lelaki berumur 90 tahun ke Padang Sanai, Padang Terap diiringi dua waris jenazah pada jam 3 pagi.
Kedua waris tersebut, duduk di bahagian belakang van sambil membaca ayat suci Al-Quran, sehinggalah satu kejadian di mana van itu berhenti secara tiba-tiba. Beberapa kali Ismail cuba untuk menghidupkan kembali enjin tersebut, namun percubaannya itu gagal. Kemudian, beliau turun dan pergi ke belakang van dan mendapati bahawa kedua-dua waris tersebut telah menghilangkan diri.
“Pada masa itu, suasana begitu sunyi dan tidak ada kenderaan yang melalui jalan itu. Saya masuk semula ke dalam van dan beberapa minit kemudian hadapan cermin van dipenuhi dengan belalang serta beberapa ekor kala jengking.
Oleh kerana bimbang dengan keselamatan, saya menutup pintu dan hanya membaca ayat Kursi sahaja sehinggalah kedengaran azan barulah haiwan itu hilang secara tiba-tiba. Kemudian barulah waris jenazah itu turut datang melihat jenazah itu” katanya
Menurut waris lelaki tersebut, arwah ayah mereka mempunyai saka sehingga mereka juga tidak sanggup untuk menunggu di belakang van, kerana takut akan diganggu.
Wanita misteri
Peristiwa kedua pula berlaku apabila, beliau diarahkan untuk menghantar jenazah seorang perempuan tua di kawasan perladangan Felda pada jam 2 pagi.
Dia berhenti sebentar  di tepi jalan untuk membuang air. Sekembalinya ia ke van, beliau mendapati seorang perempuan berambut panjang duduk di sebelahnya sambil muka menghadap ke luar.
“Saya cuba tegur dan bertanya wanita itu hendak ke mana, tetapi dia hanya mendiamkan diri sehingga saya mula merasa seram dan membaca pelbagai ayat al-Quran, tetapi wanita itu masih tidak hilang.
” Kenderaan juga tidak dapat bergerak laju sehinggalah sampai di pekan Pendang dekat tanah perkuburan Cina, barulah wanita misteri itu hilang. Selepas hilang, barulah saya lega,”
Bau wangi, menyenangkan
Tidak semua hari berlalu dengan perkara menakutkan. Ismail juga pernah mengalami peristiwa manis, ketika membawa seorang jenazah lelaki tua ke Baling, Kedah pada jam 4 pagi.
Ketika mengangkat jenazah tersebut, terasa ia ringan sedangkan mengikut laporan jenazah itu beratnya 60kg dan senang dibawa masuk ke dalam van.
Selepas beberapa minit perjalanan, bau harum dan wangi dapat dihidu sepanjang perjalanan ke rumah si mati. Ramai yang sudah menunggu kehadiran jenazah tersebut.
Menurut cerita orang kampung, si mati adalah seorang yang kuat melakukan ibadat dan disenangi masyarakat sekitarnya.
Ismail berkata, segala peristiwa yang berlaku kepadanya banyak memberi iktibar dan dia percaya semuanya itu adalah kehendak ALLAH yang Maha Berkuasa.
sumber : http://kisahbest.my/

No comments

Powered by Blogger.