Suka Berjanji?Nak Tahu Maksud Janji? Untuk Apa Berjanji Jika Sekadar Memungkiri.
Janji Oh Janji,Suka Berjanji?Nak Tahu Maksud Janji?Untuk Apa Berjanji Jika Sekadar Memungkiri ,Janji adalah sebuah ikrar antara dua pihak atau lebih yang mengikat serta wajar diikuti. Selain melalui perkataan, janji juga boleh dibuat dalam bentuk bertulis di hadapan saksi,Janji boleh hadir dalam bentuk sumpah serta ikrar yang tertakluk di sisi undang-undang.Perjanjian antara dua pihak yang melibatkan sesuatu kepentingan berasaskan keuntungan yang dihasilkan melalui perjanjian itu samada dalam bentuk tulisan atau percakapan adalah ikrar.
Manakala sumpah biasanya diucapkan oleh seseorang kepada seseorang atau sekelompok orang dengan tujuan untuk meyakinkannya tentang sesuatu perkara yang akan dilakukan olehnya apabila tiba masanya. Setiap individu yang bersumpah atau terikat kepada sumpah mestilah jujur dan akur dengan sumpahnya atau penyata atau tujuannya dan komited untuk memenuhi kenyataan sumpahnya itu
satu perkara yang perlu kita ketahui, apabila Nabi SAW sebutkan tentang “Ciri-ciri orang munafiq itu ada tiga.” Itu adalah ciri-ciri, Nabi tidak menghukum orang itu munafiq, sebab itu kita jangan mudah menghukum orang munafiq. Sebab apabila kita menjatuhkan hukum munafiq ke atas seseorang, itu bererti kita menjatuhkan hukum kafir ke atasnya, kerana munafiq di dalam Islam hakikatnya adalah kafir. Munafiq adalah orang yang menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan keimanan.
Namun kita boleh mengatakan seseorang itu ada ciri-ciri munafiq. Kerana Nabi mengatakan bahawa di antara ciri-ciri munafiq adalah “Apabila dia berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat.”
Agama Islam amat tegas dalam perkara penunaian janji. Dalam ayat 34, Surah al-Isra’ misalnya, umat Islam diwajibkan menyempurnakan janji mereka terhadap Allah dan manusia kerana sesungguhnya setiap perjanjian itu akan ditanya di akhirat kelak. Ketegasan agama Islam dalam perkara ini dikuatkan lagi dengan larangan keras terhadap perbuatan memungkiri janji di mana mengikut sepotong hadis, orang yang memungkiri janji ditakrifkan sebagai munafiq.
Menunaikan janji amat diutamakan oleh agama Islam termasuklah janji seorang ibu atau bapa kepada anak mereka. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, yang antara lain membawa maksud, sekiranya seorang ibu (atau bapa) berjanji untuk memberi sesuatu kepada anaknya tetapi kemudian tidak menunaikan janji tersebut, maka si ibu atau si bapa tadi dianggap telah memungkiri janjinya.
Sekiranya perjanjian dengan kanak-kanak pun wajib ditunaikan, inikan pula perjanjian dengan orang dewasa, apalagi rakyat jelata.
Sebenarnya, semua ahli masyarakat faham bahawa setiap penjanjian itu wajib ditunaikan. Namun, sama ada ianya ditunaikan atau tidak, bergantung kepada kesungguhan ketaqwaan mereka. Namun, ada satu lagi perkara berkenaan janji yang kadangkala diambil mudah. Perkara tersebut ialah isi perjanjian. Bolehkah kita menjanjikan semua perkara di muka bumi ini? Apakah agama Islam membenarkan kita berbuat demikian?
Sebagai contoh, pengeluar makanan kesihatan yang menjanjikan bahawa pelanggan akan kekal muda selamanya jika mengambil makanan kesihatan tersebut pada setiap hari. Wajarkah janji seperti ini dibuat?
Janji sememangnya wajib dan perlu dilaksanakan kerana ia adalah sebuah ikatan yang termetri atau aqad yang wajib dilaksanakan atau ditinggalkan. Jika seseorang itu tidak pasti ianya dapat melaksanakan janjinya maka hendaklah ia bersandarkan kepada Allah swt sebagai Tuhan yang berkuasa dan membantu dirinya untuk melaksanakan janjinya. Sebab itulah kita sering mendengar perkataan "Insya Allah" sebagai sandaran kudrat kita yang lemah ini kepada Allah swt sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ingatlah, janji yang dibina yang membawa kebaikkan atau bermatlamat untuk mencapai redha Allah swt, maka wajiblah ia tunaikan sekadar kemampuannya.
Ada pun janji yang wajib untuk tidak ditunaikan ialah janji yang membawa kepada dosa, maksiat dan kemurkaan Allah swt. Janji seperti ini bukan sahaja tidak wajib ditunaikan, malah ia wajib ditinggalkan. Atas sebab larangan Allah swt yang wajib dipatuhi, maka ia menghalang janji yang membawa kepada maksiat. Sebagai contoh, sepasangan couple berjanji yang untuk senantiasa mengambil berat antara satu sama lain kerana mereka ingin untuk hidup bersama dan membina keluarga dengan ikatan perkahwinan.
Maka janji itu adalah harus dan baik kerana mereka ingin membina sebuah keluarga bersama. Ada pun akibat percaya dengan janji manis si lelaki, maka si perempuan menyerahkan segalanya hatta menyerahkan apa yang tidak sepatutnya, maka janji seperti ini tidak wajib untuk ditunaikan. Iaitu si perempuan tidak boleh menyerahkan segalanya kepada lelaki tersebut akibat daripada janji untuk hidup bersama. Walau janji itu baik, tetapi ia mengarahkan kepada maksiat kepada Allah swt, maka janji itu sudah menjadi wajib untuk TIDAK dilaksanakan.
Kita sudah jelas bukan maksud Janji ?,Jadi sebelum kita berjanji fikirkan terlebih dahulu sebelum memberi janji kepada insan lain.
sumber rujukan : Oh Pilihanku
Maka janji itu adalah harus dan baik kerana mereka ingin membina sebuah keluarga bersama. Ada pun akibat percaya dengan janji manis si lelaki, maka si perempuan menyerahkan segalanya hatta menyerahkan apa yang tidak sepatutnya, maka janji seperti ini tidak wajib untuk ditunaikan. Iaitu si perempuan tidak boleh menyerahkan segalanya kepada lelaki tersebut akibat daripada janji untuk hidup bersama. Walau janji itu baik, tetapi ia mengarahkan kepada maksiat kepada Allah swt, maka janji itu sudah menjadi wajib untuk TIDAK dilaksanakan.
Kita sudah jelas bukan maksud Janji ?,Jadi sebelum kita berjanji fikirkan terlebih dahulu sebelum memberi janji kepada insan lain.
sumber rujukan : Oh Pilihanku
Post a Comment