Header Ads

PUAK SAMI KANIBAL INI AMAT DI GERUNI DI

Sami Kanibal

Benarkah KANIBAL MASIH WUJUD ?seperti di artikel yang lepas OhPilihanku telah membongkar tentang Manusia zaman moden yang memakan bayi,dan untuk kali ini Ohpilihanku ingin berkongsi kepada anda tentang Puak Sami Kanibal Di .... Yang Di Geruni.

Puak Sami Kanibal Di India Yang Di Geruni -Foto : Ostinelli


Di katakan Sami ini Memakan daging manusia, minum menggunakan tengkorak dan tinggal bersama mayat, menyebabkan satu puak sami ini sangat digeruni penduduk di ....

Malah,Sami ..... yang tinggal di bandar suci ..... yang terletak di negeri ....... ini mengamalkan gaya hidup pelik, kononnya untuk lebih dekat dengan Tuhan.

Paling menggerunkan apabila Puak ini tinggal di kawasan pembakaran mayat dan memakan daging manusia serta minum menggunakan tengkorak sebagai satu ritual keagamaan.

Mereka juga menggigit kepala haiwan hidup hingga putus,meditasi di atas mayat dan mendakwa boleh meramal masa depan.

Maka, tidak hairanlah mengapa puak sami ini sangat digeruni penduduk di ..... sehingga mereka dianggap golongan terbuang.

Namun baru-baru ini seorang jurugambar Itali, Cristiano Ostinelli, puak berkenaan sangat unik dan dia sanggup tinggal bersama untuk merakamkan kehidupan mereka.

Ostinelli berkata, gambar berkenaan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelami kehidupan sami misteri itu.

Kata Ostinelli“Mereka diselubungi misteri yang hebat. Mereka juga digeruni penduduk di sini kerana didakwa boleh meramal masa depan, berjalan di atas air dan mempunyai kuasa sihir,” katanya.

Sami itu menggunakan ganja, alkohol dan meditasi untuk membantu mereka mencapai tahap tidak kesedaran tertinggi dan membawa mereka lebih dekat dengan dewa.

Mereka percaya dengan mendekati mayat walaupun dianggap tabu atau mengganggu oleh orang ramai mereka semakin hampir ke tahap kesucian,Sami ini percaya dewa juga tinggal di kawasan pembakaran mayat serta makan apa sahaja yang dibuang oleh manusia.

Mayat biasanya dibakar dan abunya dibuang ke dalam Sungai yang mengalir di ..... tetapi ada mayat yang dibuang tanpa dibakar.

Sami dipercayai mengutip mayat ini untuk upacara keagamaan mereka,Ada bahagian mayat digunakan sebagai perhiasan atau alat pemujaan manakala dagingnya dimakan mentah-mentah.

Mereka percaya darah dan daging hanya sementara dan tubuh badan manusia pula adalah bentuk yang tidak penting,Kepercayaan itu menyebabkan mereka suka tinggal di kawasan pembakaran mayat dan dikelilingi kematian serta mayat yang mereput.

Puak sami ini mudah dikenali kerana berjalan dengan pakaian yang sedikit atau tidak berpakaian langsung,Mereka percaya dengan tidak berpakaian boleh menghalang mereka daripada godaan dunia dan menunjukkan badan manusia dalam bentuk yang paling suci.

Puak ..... percaya amalan mereka berasal dari sami .....yang dipercayai hidup pada kurun ke-17. - Agensi

Amat menggerikan bukan ? Apabila di zaman yang bertamadun ini,masih ada yang melakukan hal yang pelik-pelik,dan jika kita lihat artikel di atas mereka ada menggunakan Dadah dan Alkohol untuk mencapai tahap ketidak sedaran,jadi apa kata anda?bagi ohpilihanku jika sudah mengambil bahan-bahan terlarang begitu tidak mustahil boleh jadi Tingtong!

"JAUHI DADAH,JAUHI ALKOHOL "

Sumber : Oh Pilihanku

No comments

Powered by Blogger.