Header Ads

Setia Di Balas Dengan Kecurangan?Mengapa Harus Di Tunggu Lagi?Sila Angkat Kaki.

Bila Bercinta ,Sehabis daya kita setia pada kekasih,sanggup berkorban,sanggup berubah demi si dia tetapi di balas dengan kecurangan! " Setia Di Balas Dengan Kecurangan?Mengapa Harus Di Tunggu Lagi?Sila Angkat Kaki "Mengapa harus di tunggu lagi Jika Orang Sudah Tidak setia dengan kita?

Kecurangan Adalah masalah terbesar Di Alam Percinta,Inilah ujian dan dugaan yang terpaksa di terima serta di hadapi oleh pasangan yang sedang bercinta.




Memang amat menyakitkan apabila kekasih yang pada mulanya berjanji untuk sanggup sehidup semati,sanggup meredah lautan api,sanggup terjun dalam kawah gunung berapi,sanggup di belah dada bagi membuktikan betapa kasih dan cintanya kekasih terhadap kita.

Namun apabila di pertengahan jalan,kekasih mula berubah apabila Kerap menolak pelawaan untuk bertemu,menjadi panas baran,sudah tidak boleh bergurau,dan bermacam lagi perubahan yang di tunjukkan,kerana apa?kerana sudah ada insan lain di hatinya.

Setia Di Balas Dengan Kecurangan?Mengapa Harus Di Tunggu Lagi?Sila Angkat Kaki..Tidak perlu di tunggu lagi insan yang telah mengkhianati janji dan cinta yang di bina,tidak perlu bersedih jika kehilangan kekasih yang tidak menghargai diri kita,Sia sia untuk kita mengalirkan airmata hanya kerana untuk bersedih si dia sudah ada insan lain,

Kita tidak akan dapat apa apa apabila terpaksa bersedih di khianati,sedangkan si dia sudah bahagia dengan orang baru dalam hidupnya.

Apabila Lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding dengan kebahagiaan,tidak salah rasanya untuk kita melepaskan si dia,untuk apa .bercinta jika hanya sekadar menyeksakan hati,Untuk apa hidup,jika hanya untuk bersama dengan insan yang salah dalam hidup kita.

Memang susah untuk kita melepaskan seseorang yang benar-benar kita sayang,Namun percayalah,Seseorang yang pernah berjanji tidak akan pernah Pergi dari hidup kita walau apapun yang berlaku,malah akan menjauhi kecurangan.

Jika Kekasih sudah ada insan lain,jika si dia sudah tidak semesra dulu,maka Biarkan si dia pergi dengan rela hati,Buka mata,Buka hati,insan yang benar-benar akan sayangkan kita pasti akan hadir,cuma masa saja yang menentukan,ingatlah,hidup ini satu pencarian,mencari yang terbaik antara yang terbaik,maka usah bersedih apabila di khianati dalam bercinta.

Nikmati hidup ini dengan kebahagiaan yang kita cari sendiri,cuba jauhi perkara yang boleh membuatkan kita berasa sakit,kecewa dan sebagainya,Hiduplah dengan hati yang kuat,sentiasa mendidik hati serta diri kita sendiri agar kekuatan itu akan datang dengan sendiri apabila di timpa musibah dalam bercinta .

Admin Doakan kalian Berbahagia Hendaknya,Ingat,Hidup adalah satu pencarian,cari yang terbaik antara yang terbaik.-sumber : OhPilihanku

No comments

Powered by Blogger.