Header Ads

Puak Sentinel Ini Sungguh Garang Dan Tidak Suka Dunia Luar!


Pulau North Sentinel , pulau kecil yang terletak di Teluk Banggala adalah pulau yang paling terpencil dan berbahaya untuk pelancongan,Bukan tanpa sebab,penduduk asli di sana tidak suka dengan pendatang.



Puak sentinel sangat agresif
Suku sentinel marah jika ada pendatang atau penceroboh masuk ke pulau mereka

bahkan mereka tidak takut untuk membunuh sesiapa saja(orang luar) yang datang kesana,Teluk Banggala terbentang luas dari wilayah India dan Myanmar, Di sana terdapat Kepulauan Andaman yang posisinya tak jauh dari Pulau Sumatera.

Salah satu pulau dari sekitar 572 pulau di sana adalah North Sentinel Island yang penduduk aslinya tertutup dari dunia luar.

Bahkan, berita News Australia pada Isnin(6/1/2014) menyebut North Sentinel Island sebagai salah satu pulau paling terpencil di dunia.

Alasan terbesarnya adalah penduduk pulau itu sendiri,iaitu Suku Sentinel,Suku Sentinel telah menetap di sana selama ribuan tahun.

Mereka masih hidup dengan cara.tradisional dan justeru menutup diri dari peradaban dunia luar,Tidak hanya itu,rupanya suku Sentinel juga tidak suka dengan para pendatang.

suku Sentinel pasti akan mengusir.pendatang yang datang,kerana bagi mereka,pendatang tidak sesekali di terima berada di pulau mereka.

Buktinya, peristiwa yang dialami tentara.Angkatan Laut India pada 2004 Saat itu, terjadi bencana tsunami dahsyat yang menerpa Samudera Hindia, termasuk North Sentinel Island dan juga Aceh di Indonesia.

Saat itu, tentara Angkatan Laut India mengirimkan bantuan berupa makanan dari atas helikopter. Tapi ternyata, suku Sentinel yang berada di tepian pantai justeru memanah dan menombak helikopter yang sedang terbang itu, Para tentera yang ingin memberi bantuan dan bertemu dengan mereka terpaksa kembali pulang.

sebelum itu, masih banyak kisah tentang suku Sentinel,Pada 1967, pemerintah India ingin mendata dan melakukan kontak dengan suku Sentinel.

Tetapi mereka selalu diserang oleh busur dan anak panah di dalam hutan yang membawa maksud puak sentinel tidak mahu menerima mereka atau apa saja bantuan.

Pada tahun 1974, seorang sutradara filem yang mengambil gambar North Sentinel Island juga terkena panah di bahagian pahanya.

Lalu pada tahun 1980, sebuah lembaga dari pemerintah India memberikan bantuan dan mereka meletakannya di pantai Saat meninggalkan pantai, keluarlah suku Sentinel dan menyerang kapal dengan anak panah.

Yang lebih menganaskan, sebuah peristiwa berlaku pada  tahun 1896 yang terjadi kepada seorang narapidana. Kapalnya tak sengaja terdampar di North Sentinel Island dan tubuhnya ditemukan banyak anak panah, serta kepalanya putus.

Peristiwa terakhir, terjadi pada tahun 2006 Di  saat dua nelayan sedang memancing di sana. Mereka ditemukan meninggal  dan dibunuh oleh suku Sentinel.

Pemerintah India yang Pada awalnya ingin menjalin hubungan dan mendata masyarakat North Sentinel Island,harus  mengalah,. Segala daya telah dilakukan, namun suku Sentinel juga terus melakukan perlawanan seolah olah tidak mahu kenal dan disentuh oleh negara lain.

Padahal, North Sentinel Island termasuk pulau yang paling rawan terkena tsunami,Hingga kini diperkirakan ada 50-250 orang Sentinel yang tinggal di sana.

North Sentinel Island sendiri memiliki tekstur pantai yang dipenuhi oleh karang, Pantai yang mengelilingi pulau ini memiliki pasir putih.

Tak hanya itu, lautan di sekitar pulaunya juga biru jernih dan banyak terumbu karang di bawah lautannya.

Sebenarnya, ramai pelancong mahu ke North Sentinel Island dan bertemu dengan suku Sentinel untuk mempelajari kebudayannya,tetapi kalau Anda sayang nyawa, lebih baik fikir semasak-masaknya untuk ke pulau sentinel,kerana puak sentinel akan mengusir atau membunuh sesiapa jua yang berani ke pulau mereka.

Sumber : Oh Pilihanku






No comments

Powered by Blogger.