Header Ads

Misteri Penemuan Crop Circle Yang Menggemparkan

Kita sering terbaca artikel mengenai Crop Circle Di ladang Gandum,Ladang Jagung dan sebagainya yang berlaku di permukaan Darat,Dan kali ini Crop Circle Telah di temui di dasar Lautan dekat Pulau Mon yang terletak di Negara Denmark.

Ada yang mengatakan bahawa ianya hasil dari perbuatan Alien,Bekas Bom dan sebagainya,yang pasti,para pelancong turut terkejut melihat crop circle yang berada di Pulau Mon.

Misteri Pembentukkan Cincin Biru Di Laut Denmark





Pulau Mon yang terletak di Laut Baltik menjadi tarikan Masyarakat setempat malah para pelancong dari luar untuk melihat eelgrass-seperti Rumput Laut ,yang berbentu cincin,terdapat beberapa buah bentuk cincin yang di temui dan pernah muncul sekitar 2008-2011.

Diameter Cincin ini di katakan  boleh mencapai 15 meter,maka tidak hairanlah jika ada yang berfikir hingga ke luar kotak pemikiran sehingga ada yang mengatakan bahawa ia adalah perbuatan alien,bekas bom dan sebagainya mengikut imaginasi mereka.

Namun,News.com pada 04  februari 2014 ,menyatakan Pakar Biologi Marianne Holmer dari University of Copenhagen mengatakan telah memecahkan misteri Crop Circle yang terdapat Di Pulau Mon Itu,dan jelasnya Crop Circle Yang terhasil itu tiada kena mengena dengan Alien Mahupun Bekas Bom.

Menurut mereka Pembentukkan Cincin itu adalah terhasil dari Radiasi yang muncul pada rumput laut ketika mati terkena racun,dan mereka mengkaji bahawa terdapat Kandungan Sulfida yang sangat tinggi dan telah menjadi rumput laut mati.

“Lumpur Laut ini tersangkut pada Rumput Laut dan di sebabkan kandungan lumpur yang tinggi dengan Sulfida Maka Rumput Laut ini pun mati.

Sumber : OhPilihanku

No comments

Powered by Blogger.