Header Ads

Kisah Benar!Sampai Hati Kau Kata Mak Syaitan!

Kisah Anak Derhaka Bahagian Pertama


Kasihnya Ibu Membawa ke Syurga,Jasa Dan Pengorbanan Mereka terhadap anak tidak dapat di nilai dengan seluruh kekayaan dan kemewahan di dunia ini,dan di dunia ini mungkin ada ibu di luar sana yang berkecil hati dengan anak sendiri,namun siapalah yang mahu mendengar LUAHAN HATI SAYU SEORANG IBU .

Sebelum ini OhPilihanku ada menyiarkan artikel AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU,ANAK DI TARIK NIKMAT KEMEWAHAN  Sebagaimana yang telah di ceritakan kepada OhPilihanku.



Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga


Dan episod kali ini,Lagi Kisah Benar Anak Derhaka Di pertontonkan buat anda semua,Sungguh tersentap hati kami apabila mendengar luahan hati seorang ibu,mari kita ikuti kisah ini,.

"Mak,man nak balik kejap ni ada hal nak bincang dengan mak,."ujar man di hujung talian sewaktu menghubungi Ibunya Mak Zarah di kampung.

"Baliklah nak,kau pun dah lama tak balik,nanti mak masak makanan kegemaran kau ya,."jawab mak zarah dengan penuh perasaan gembira,kerana dia sendiri sudah lama benar merindukan satu-satunya anak lelaki tunggal hasil perkongsian hidup dengan Arwah Suaminya yang telah meninggal beberapa tahun sudah.

Setibanya Man Di Kampung,...

"mak,man ada hajat ni,.man nak pinjam duit,man nak berniagalah,.man kerja sampai bila-bila pun mak tahulah hidup di kotaraya besar dengan gaji man yang kecil,sampaikan man sendiri tak dapat bagi mak duit,." ujar man memulakan perbualan dengan mak zarah setibanya dia di kampung setelah selesai makan pada tengah hari itu.

''elok juga tu man,.tapi kau nak berniaga di mana?dekat pekan tu pun dah membangun,ada banyak kedai yang kau boleh sewa,mak tiada masalah kalau nak bagi modal pun,sebab sepanjang kau takde,kau tak hubungi mak,mak ada banyak simpan duit,dengan wang pencen arwah ayah kau lagi tak berusik,.berapa modal kau perlukan?" soal mak zarah

"Alhamdulillah mak,.tapi man fikir mahu berniaga di ibukota kerana ruang berniaga di sana lagi bagus mak,bila dah maju nanti,man dukung mak bawa pergi ibukota,kita tinggal terus di sana,.man perlukan dalam RM30 Ribu je untuk perniagaan Dobi kecil-kecilan,tapi man yakin sambutan amat menggalakkan sebab di sana mana mereka ada masa nak cuci baju",.jawab man panjang lebar bagi meyakinkan ibunya."

"InshaAllah ada rezeki untuk man,mak boleh usahakan tapi man kena lah janji pada mak yang man akan buat betul-betul,.mak tuntut janji man nak dukung mak bawa tinggal di ibukota nanti,.hehe,."ujar mak zarah,di wajahnya terlahir rasa bahagia,apalagi yang boleh membahagiakan hidupnya selain dari dapat melihat anak teruna nya gembira.

5 Bulan Berlalu selepas Mak Zarah memberikan wang modal bagi anaknya Man membuka perniagaan Dobi,satu khabar berita pun dia tak terima dari man,di fikirnya positif,mungkin anaknya terlalu sibuk,maklum saja man baru nak memulakan perniagaan,maka lapang sedikit hatinya.

"Assalamualaikum mak zarah,..."sapa Mak ani  ketika mak zarah sedang membeli lauk di pasar

"waalaikumsalam,.oh,..ani,..beli lauk ya,."mak zarah menjawab salam mak ani,mereka berjiran namun jarang bertemu kerana mak ani bekerja sebagai operator sebuah kilang berdekatan.

"beli lauk untuk anak menantu ke tu,.'' usik mak ani,manakala mak zarah sedikit terkejut dengan perkataan menantu yang di tuturkan oleh mak ani.

"ish kau ni ani,.ada ada saja,.anak aku man tu kat k.l sekarang baru mula berniaga,."balas mak zarah sambil membelek-belek sayur di hadapannya.

"wah,.untung kau ani,.man murah rezeki dapat buka perniagaan,.dapat pula menantu cantik,.hehe,."puji mak ani dan pujian itu sekali lagi  membuatkan mak zarah ingin bertanya tentang perkataan "menantu"

"Menantu apa pula ani,.kenapa tiba-tiba kau sebut menantu??" soal mak zarah ingin tahu

''Anak aku yang bekerja di kuala lumpur tu beritahu terjumpa man masa pergi pasaraya besar,haa,.dekat situlah si man perkenalkan isterinya,.ish,.tak kan lah kau tak tahu,.atau saja sorokkan ni zarah,..?" mak ani menyoal kembali mak zarah.

"Aku balik dulu ya ani,."mak zarah cepat-cepat melangkah ke luar dari pasar itu dan meninggalkan mak ani tanpa menjawab soalan yang di kemukakan oleh mak ani tadi,maka mak ani pun kehairanan.

Di Rumah,Mak Zarah cuba menghubungi man tetapi panggilan yang di buat telah di putuskan,.
 maka bertambah runsinglah mak zarah,malah sedikit kecewa jika benarlah anaknya itu telah berkahwin,kenapa tidak memberitahu dia ibunya.

Setahun berlalu,kelibat anaknya man masih tak muncul di kampung,.

"Bidin,.letakkan beg di belakang,kita bertolak sekarang ya,."arah mak zarah pada bidin,seorang pemuda kampung yang juga rakan sepermainan man semasa kecil,bidinlah yang banyak membantu mak zarah,di jenguknya mak zarah hampir setiap hari jika mak zarah perlukan apa-apa,.

"jom kita gerak,saya dah tak sabar nak jumpa man ni mak zarah,.lama benar tak jumpa man,tu saya ada bawakan ikan sembilang kegemaran man,sampai sana nanti mak zarah boleh lah masakkan,,.ye tak,.hehe,."ujar bidin sambil menghidupkan enjin kereta jenama Datsun Berwarna putih lusuh,Dan mereka berdua meneruskan perjalanan ke ibukota dengan harapan dan kerinduan.

"kalau ikutkan ,inilah tempatnya mak zarah,..tapi takde pun kelibat man,."kata man sambil kepalanya terjenguk-jenguk ke luar tingkap keretanya,.

"ish budak bertuah ni kan,.mana nya nak jumpa man,cuba kau keluar tanya orang dalam kedai dobi tu,."arah mak zarah ketika tibanya mereka di kedai dobi milik man setelah bertemu dengan anak mak ani untuk bertanyakan di mana kedai dobi man,maka azlan anak mak anilah yang memberikan alamat itu.

Tidak beberapa lama kemudian man yang telah masuk ke kedai dobi tersebut keluar kembali,tetapi kelibat anak mak zarah tidak juga ada bersama.

"mak zarah,pekerja man kata man di rumah,ni mereka ada beri alamat rumah man,jomla kita cari,."ujar man sewaktu tiba di keretanya kembali.

Lalu mereka mencari alamat rumah man seperti yang di beri oleh pekerja man.

 "Assalamualaikum,..man,..ooo,..man,..!!" Bidin memberi salam apabila sampai di alamat yang di carinya sementara mak zarah sibuk mengangkat barang barang yang di bawanya.

"HEYYY!! ,.Apa bising-bising depan rumah i ni????" tempik seorang perempuan cantik berkulit putih berambut perang setelah membuka pintu,.

"Maaf cik,.ini rumah Man ke ??",.soal bidin yang terkejut setelah di tengking oleh perempuan di dalam rumah banglo tiga tingkat itu.

"Ya!!,.ada apa ni?,.tu kereta buruk tu lain kali parking jauh sikit,buat malu je parking depan banglo ni!!,.ujar perempuan itu dengan nada kasar,Bidin hanya terdiam,manakala mak zarah hanya memerhatikan dari kereta,tetapi dia dapat mendengar dan melihat perbuatan perempuan muda itu,.

"kami nak jumpa man,saya bidin kawan sekampung bidin,dan di sana mak zarah,ibu kepada bidin,."jawab man memperkenalkan dirinya serta mak zarah.

"Hello,...please eh! family my husband sudah lama meninggal dunia,.kalau setakat datang ni nak minta sedekah,.cakap direct jelah tak payah nak menyamar! buat dosa je,...suara perempuan muda itu bertambah keras mungkin kerana marah dengan kedatangan bidin dan mak zarah.

 Di Sini :  BAHAGIAN KE DUA

Sumber : Oh Pilihanku


No comments

Powered by Blogger.