Header Ads

Hajar Aswad Dan Rahsia Besar

Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah,iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai.



Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril,Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat
dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah,baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.


Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Mencium



Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu 'Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:

“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat,Ia dapat melihat dan dapat berkata,Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap)atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran,sebagai mana diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.

Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya,Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada
bumbung dan pintu masuk,Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung.

setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai,ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit,tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. ,Nabi Ibrahim a.s.merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu,beliau menciumnya beberapa kali.

Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,"Dari mana kamu
dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah,Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Rahsia Besar Yang Tidak Kita Ketahui

1.Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur
dan barat,Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”

Dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih,tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah,ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2."Barangsiapa menunaikan ibadah haji,dan ia tak berbuat rafats dan fasik,maka ia kembali(suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).

3.Mencium hajar aswad pada saat Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan,Ia menjadi penyedut Dosa tanpa kita sedari,alangkah
beruntungnya orang yang telah menyentuh,mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahwa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi).
Ia berasal dari surga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke surga sebelum kiamat”.

Akhir kata,Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat,begitu juga dengan Ka’bah,ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.

Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam prosesi ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan“Aku tahu bahwa kau hanyalah batu,kalaulah bukan karena aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuh mu,maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam,scientis muslim, dan orang -orang yang pandai bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang picik sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah,sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya,Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (QS.An-Najm : 53 ) “

Allaaahu Akbar, Tiada Allah lagi Yang Berhak DiSembah Selain Allah dan Saya (Penulis) Bersaksi bahwa Muhammad Saw adalah Utusan Allah.
Muhammad hanyalah seorang Rasul,Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mulai Detik Ini mari kita mencuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad,mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan,minum,berpakaian,hingga tidurnya,sekalipun kita tidak
mengerti rahsia besar di sebaliknya.

Alangkah Berbahagia nya sekali bagi insan-insan yang telah dapat menunaikan Ibadah Haji ini,Buat Para Jemaah yang telah tiba ke Tanah Suci Makkah bagi menyempurnakan Ibadah Haji,kami mendoakan kalian Di beri kesihatan yang baik bagi menyempurnakan Ibadah Haji,semoga Selamat pergi dan kembali dalam menyempurnakan Ibadah ini.

Dan Buat kita semua,semoga kita berkesempatan menunaikan Ibadah Haji di masa akan datang,InshaAllah Penulis Doakan agar kita semua dapat menunaikan Ibadah Haji,semoga di murahkan rezeki di beri kesihatan yang baik serta di panjangkan umur,Amin,.


Sumber : Oh Pilihanku



No comments

Powered by Blogger.