Header Ads

Wow!!Patung Beruang RM39 Ini Membuatkan Sepasang kekasih Mendapat Ratusan Ribu Ringgit


Di Cornwall,Britain,Bertuah Sekali Bagi Sepasang Kekasih apabila mereka sendiri tidak menyangka bahawa patung beruang yang dibeli dengan hanya RM39 sebenarnya mempunyai nilaian berharga ratusan ribu ringgit.

Pasangan kekasih dari Bude, Cornwell tidak menyangka patung beruang, Beanie Baby yang dibeli mereka di 'car boot sale' itu merupakan patung keluaran  terhad.

Ryan Flanaggan, 22,  yang juga bekas pengumpul percaya patung berkenaan bukanlah patung tahun 90-an yang biasa,sebaliknya ia adalah patung Beanie Baby Puteri Diana keluaran terhad yang kini berharga ratusan ribu ringgit ringgit.

Foto patung Beanie Baby Puteri Diana keluaran terhad


Selepas memastikan perkara itu, Ryan kembali semula ke tempat berkenaan pada hari berikutnya dan selepas memastikan ketulenannya, dia terus mendapatkannya.

Menurut laman web eBay patung itu kini bernilai RM243,000 dan hanya seratus ekor patung beruang sebegitu dibuat.

Patung beruang tersebut dibuat pada tahun 1997 selepas kematian Puteri Diana yang bertujuan untuk mengumpul dana Princess Of Wales Memorial Trust.

Sumber : Oh Pilihanku

No comments

Powered by Blogger.