Header Ads

JANDA KAYA YANG DI TERIMA OLEH PARA WANITA UNTUK BERADA DI RUMAH



Benarkah Janda Kaya ini di terima oleh semua para wanita??kalau tak percaya lihat dialog di bawah ini:



Suami: "ayang,abang balik bawak janda kaya ya kejap lagi,."
Isteri: "cepat sikit abang ayang dah xsabar nak tunggu ni!" 
(Usah di tiru dialog ini ya,takut nanti terbang periuk belanga,.hehee,..)


Ini baru betul! Inilah "janda kaya yang di maksudkan @janda kaya


Janda kaya yang di maksudkan adalah sejenis pokok bunga,wah!tengok tajuk bukan main lagi ya,pernahkah anda mendengar serta melihat pokok bunga janda kaya ini?
Semasa admin kecil dahulu,admin masih ingat lagi pokok janda kaya ini,bunga nya sepanjang tahun,bila berbunga bukan main lebat lagi.



Sebagai info bersama,Pokok Janda kaya atau nama saintifiknya Merythrophylla merupakan merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai sudur yang merimbun dan lebat. Ia merupakan sejenis pokok yang sering dijadikan sebagai tanaman hiasan di kawasan bangunan pejabat atau sebagai pokok hiasan di kawasan taman.


Tahukah anda pokok janda kaya ini adalah tumbuhan renek yang mempunyai rimbunan bunga yang bersaiz besar dan daunya pula berwarna hijau tua berbentuk sedikit bujur lonjong serta mempunyai urat daun yang dapat dilihat dengan jelas.
Sifatnya yang sering berbunga lebat sepanjang tahun  menyebabkan ia di gelar “janda kaya”. 



Pokok bunga janda kaya juga terdapat pelbagai jenis nama dan warna:

1. Janda kaya Merah muda - Musaenda erythrophylla Dona Luz
2. Janda kaya Merah Darah - Musaenda erythrophylla ashantired
3. Janda kaya keputihan - Musaenda Queen sirikit
4. Janda kaya merah jingga - musaenda species orange
5. Janda kaya putih - Musaneda philippa ' aurorae'
6. Janda kaya luteula - musaenda luteula
7. Janda kaya dam puteri - musaenda glabra
8. Janda kaya frondosa - musaenda frondosa


Namun, yang paling berkesan sebagai ubat herba ialah musenda filippa yang berwarna putih Kegunaannya:

Akar : akarnya di rebus dan diminum untuk merawat demam kuning.

Bunga : Untuk merawat sakit telinga atau telinga bernanah. Ambil kelopaknya ya g berwarna putih tu, digulung dan     dimasukan ke dalam telinga.

Air rebusan bunga putih juga boleh direbus untuk merawat demam kuning.

Daun: air rebusan daunnya boleh dibuat losen di sapu pada kulit untuk meredakan sakit,bengkak dan juga boleh melembutkan kulit.

Daun serta akarnya yang direbus boleh diminum untuk merawat bisa patukan ular, disenteri,jangkitan paru2, sakit dada.

Kayu : ambil kulit kayu yang lembut. tumbuk hingga lumat, perah untuk mendapat cecairnya dan sapu pada kepala untuk merawat sakit kepala.

Spesis yang dikatakan berasal dari Filipina dan Ghana ini boleh dibiak melalui keratan batang dan tut.
Pokok ini sesuai ditanam kawasan yan menerima cahaya matahari penuh dan bersaliran baik.


Setiap rumah jika ada pokok ini kan bagus :) jom kempen tanam pokok!

Sumber : Oh Pilihanku

No comments

Powered by Blogger.