Header Ads

Misteri Kapal Berhantu: FLYING DUCTHMAN

Jika anda pernah menonton filem Pirates of the Caribbean 4: Dead Man’s Chest,pasti anda tahu tentang kapal hantu bernama Flying Dutchman,Ternyata,kapal hantu itu bukan hanya sekadar imaginasi.




Ada pelbagai versi cerita mengenai Flying Dutchman,Salah satunya adalah cerita yang berasal dari Belanda.

Dalam cerita tersebut,dikisahkan bahawa seorang kapten kapal asal Belanda bernama Van der Decken mencuba untuk mengharungi lautan menuju Indonesia pada abad ke-17.

Kapten tersebut berlayar dari Amsterdam bersama awak kapal menggunakan Flying Dutchman.

Sayangnya di tengah perjalanan, kapal Flying Dutchman menghadapi cuaca buruk yang sangat berbahaya bagi keselamatan seluruh awak kapal.

Van der Decken yang keras kepala meminta para awak kapal meneruskan perjalanan di tengah cuaca buruk.

Ia bahkan bertaruh tidak akan menyerah sampai bila-bila dan menentang Tuhan dengan mengatakan kalau dia tidak sampai ke tempat tujuan,maka dia dan para awak kapal akan terkutuk selamanya di lautan.

Keangkuhannya kemudian dikalahkan oleh ombak yang besar sehingga seluruh penghuni kapal Flying Dutchman pun dikutuk untuk mengarungi lautan selamanya.

Kisah Flying Dutchman ini kemudian tersebar ke seluruh negara.

Banyak orang yang bersaksi melihat kapal besar dan kosong mengarungi lautan dan menghilang tiba-tiba.

Bahkan berbagai kejadian misteri terjadi kepada orang-orang yang mengaku melihat Flying Dutchman berlayar.

Menurut Cerita,Sehingga kini kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka perlu mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka.

Bagi mengelak dari gangguan itu, mereka telah memakukan badam kuda di kapal mereka untuk perlindungan. Mengikut catatan seorang nakhoda kapal,The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope,Afrika.

Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang amat digeruni.

Malahan untuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal ini bukanlah hanya lagenda dan cerita rekaan banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Mulkzenberg.

Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencairn menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap ketika seolah ingin melanggar batu karang. Penampakan The Flying Dutchman kembali terlihat oleh awak kapal laut militer M.H.S Jubilee di dekat Cape Town di bulan agustus 1942.

Bahkan ada suatu catatan kisah tentang pelayaran Christoper Columbus ,waktu itu krew kapal Columbus melihat ada sebuah kapal terumbang-ambing dengan layar mengembang.

Setelah itu krew yang pertama melihat kapal berhantu tersebut telah menemui ajal tidak lama kemudian.



dan ini adalah merupakan antara beberapa kisah yang telah di rekodkan mengenai penampakan Kapal Hantu Flying Dutchman ini :

•1823 : Kapten Oweb,HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal puaka The Flying Dutchman.

•1835 : Sebuah kapal dagang British yang dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman,yang telah muncul secara tiba-tiba.Beberapa orang kelasinya dirasuk.Kapal misteri itu kemudiannya hilang tiba-tiba bersama anak kapal yang dirasuk.

•1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bachante termasuk King George V telah melihat sebuah kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya, salah seorang daripada anak kapal mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

•1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu , namun mereka berjaya menukar haluan bagi mengelak daripada bertembung dengan kapal puaka itu.

•1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu berpuaka itu di perairan.

•1939 : Beberapa orang pengunjung sebuah pantai terkejut melihat sebuah kapal usang yang muncul dari kabus tebal dan hilang dengan secara tiba-tiba.

•1941 : Seorang pengunjung di pantai Glencairn mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.

•1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

•1959 : Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal

apakah benar kisah ini?Wallahhualam,.

Sumber :Oh Pilihanku

No comments

Powered by Blogger.