Header Ads

KISAH BINI TERLAMPAU TERIMA PADAH!

Cerita Duka Seorang Suami.

Apakah Peranan Seorang Isteri?Bukankah apabila telah bergelar seorang isteri harus Taat kepada suami,Melayan Suami,Mengurus Rumahtangga menjaga maruah suami,diri dan keluarga,menyenangkan hati suami serta sebagai pendorong dan pemberi motivasi kepada suami,

Namun Berlainan dengan "Kisah Bini Terlampau Terima Padah ! " ini,apabila memperlakukan suaminya dengan kejam dan zalim,mari kita ikuti kisah ini yang di ceritakan sendiri oleh seorang lelaki  yang mahu kisah hidupnya menjadi tauladan dan panduan buat semua.



"Nama ku Johan,Seorang duda tiada anak,Arwah isteriku meninggal dunia kira-kira Sembilan tahun lalu,walaupun ia telah lama,namun segalanya tetap sentiasa bermain di fikiran,kaangkala aku terbayang-bayangkan saat itu,.tetapi sebagai suami dan manusia biasa,aku sudah lama memaafkan serta mengampuni isteriku walaupun di bibirnya tidak pernah menuturkan perkataan maaf,.Seikhlas hati ini,aku memaafkan serta mengampuni segala dosa-dosanya terhadapku.


Sewaktu di alam percintaan,semuanya baik-baik sahaja tanpa sebarang masalh melanda,ya!kami bercinta dan berkahwin atas dasar suka sama suka,sehinggalah usia perkahwinan kami menjejak ke usia 2 tahun segala galanya berubah!perubahan itu amat drastik sekali.

"Abang,malam ni saya tak balik,ada hal penting,.abang makan lah apa saja yang ada ya,." Nota yang di letak kan isteriku di atas meja ruang tamu rumah kami telah ku baca.
Tanpa sebarang prasangka,aku tidak mengesyaki apa-apa,mungkin isteriku benar-benar ada hal penting sehingga tidak sempat untuk menunggu aku pulang dari bekerja ataupun menghubungi ku terus melalui telefon.

Selepas 3 hari,isteriku pulang ke rumah,betapa aku merindui isteriku,Hanya Tuhan saja yang tahu,sewaktu itu isteriku tidak menunjukkan apa apa perlakuan yang pelik.

Seminggu kemudian,perkara yang sama berlaku lagi,kali ini jejak seminggu dia tidak pulang ke rumah,Bingung aku di buatnya,puas aku cuba menghubungi telefon bimbitnya namun di tolak,paling tidak pun isteriku menghantar pesanan,ada hal penting untuk di uruskan,dan apabila aku cuba bertanya lebih,isteriku mula memarahiku walaupun hanya dengan menggunakan mesej.

Kepulangan isteriku kali ini membawa sedikit perubahan apabila dia hanya banyak mendiamkan diri,kemesraan kami yang dulu tiba-tiba di rentap oleh sesuatu yang aku tak pasti,tetapi ia memberi kesan yang  mendalam terhadap emosiku.

Aku cuba berbincang dan memujuknya,mungkin dia perlukan bantuanku,tetapi aku di marahi sehingga ke tahap dia keluar rumah begitu saja tanpa memberitahuku.

Pernah aku cuba memberitahu ibu bapaku serta ibu bapa mertua ku untuk membantu perkahwinan kami yang seperti retak menanti belah,segala daya mereka usahakan,namun isteriku tetap tidak berubah,malah semakin teruk dan biadab!aku hanya mampu bersabar dan beristhigfar di dalam hati,.


Jiwaku semakin kacau,isteriku sudah tidak lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri!dia hanya tahu berdandan dan keluar serta balik lewat malam,aku terlalu sayangkan isteriku tetapi aku tidak mahu apa saja tindakan yang akan aku buat akan menyebabkan dia menuntut cerai,.aku tak sanggup untuk menceraikan wanita yang ku kahwini ini,..aku tidak sanggup!

Suatu hari,aku cuba mengekori isteriku,dari jauh aku melihat kelibat seorang lelaki bukan main mesra memeluk isteriku yang datang kepadanya,.Betapa hancurnya hatiku kala itu,.pecah berderai segala-galanya apabila kecurangan itu berlaku jua di hadapan mataku.


Aku gagal mengawal emosi sehingga aku mendatangi mereka,isteriku bagai tidak terkejut walau sedikitpun apabila melihat aku di situ,malah semakin erat dia memegang tangan lelaki yang tak ku kenali.

Aku cuba mengarahkan isteriku untuk pulang tetapi dia tetap ego dan berdegil sehingga dia sanggup mengarahkan lelaki yang bersamanya itu untuk memukul aku di depan khalayak ramai ketika itu.

Selepas ke klinik dan membuat laporan polis,aku pulang ke rumah dengan sejuta rasa kecewa yang tidak dapat aku gambarkan betapa sakitnya hati di khianati dengan kecurangan oleh satu satunya wanita yang aku cintai.


Hampir Lima bulan aku bersabar,suatu hari aku menerima panggilan yang meminta aku pergi ke suatu tempat,dengan segera aku ke sana walaupun badan ku lemah mungkin kerana kehilangan selera makan tetapi aku gagahi jua memandu kereta ke tempat yang pemanggil tadi beritahu.

Alangkah Terkejutnya aku apabila tiba di tempat itu,aku dapat tahu bahawa isteriku telah terlibat dalam kemalangan jalanraya ! waktu itu aku berasa dunia ku gelap sekali,tetapi,..aku sempat terlihat di dalam bangkai kereta yang kemalangan itu terdapat susuk badan lain selain isteriku ,puas ku amati susuk tubuh tersebut,tidak lama kemudian baru aku teringat yang mayat yang berada di sebelah isteriku itu adalah lelaki yang telah memukul aku sebelum ini !

Tak ku sangka,tak kuduga begini akhirnya episod perkahwinan kami,isteriku pergi tanpa aku di sisi,isteriku pergi tanpa sempat memohon kemaafan dan keampunan dari suaminya ini,.jauh di sudut hati aku ketika itu tidak putus-putus aku  menyatakan kemaafan dan kemapunan terhadapnya,sehinggalah jenazahnya  di kebumikan tidak putus-putus ucapan memaafkan dan mengampunkan terbit dari dalam hati ini.


"Pesananku ku buat para isteri di luar sana,usah derhaka kepada suami,.ya,.mungkin arwah isteriku bertuah punyai suami  yang pemaaf dan sabar,tetapi bagaimana jika kalian mempunyai seorang suami yang sukar memaafkan?ajal menjemput tak siapa yang tahu,kita juga tidak tahu berapa lama kita bersama dengan suami,hargai mereka,jadilah isteri yang solehah jangan sampai pernah bergelar isteri derhaka,."

Begitulah pesanan dan kisah yang di kongsikan oleh beliau buat kita semua,.semoga kisah ini menjadi tauladan buat semua.

Sumber : OhPilihanku

1 comment:

Powered by Blogger.