Header Ads

Tips Jaga Suami Ketat-ketat,padat-padat!

Jaga Hati Suami Bukan Queen Control


Tentu saja seorang Isteri mendambakan suaminya memberikannya cukup kasih sayang,malah untuk mendapat kebahagiaan bersama suami bukannya payah,cuma perlu mengubah sedikit serta ikhlas sudah pasti suami cair 24 jam.

Mengubah sedikit bukan bermaksud Perlu menjalani pembedahan kecantikan ataupun bertemu dengan pawang Susuk semata mata mahu cantik di hadapan suami serta memenangi hatinya.
penulis percaya ramai di kalangan para isteri sentiasa berusaha untuk mengikat hati suami orang lain Masing-masing dan pelbagai cara di buat bagi menambahkan sayang kepada suami tercinta.

 Oh Pilihanku

tanpa berceloteh panjang penulis ingin kongsikan sedikit tetapi mempunyai banyak manfaat Tips menjaga Hati Suami Ketat-Ketat,Padat-Padat:
  • Menjaga makan minum suami sebaik-baiknya,masaklah makanan kegemarannya,jika perlu jangan segan bertanya kepada ibu mertua anda kerana dia lebih mengetahui tentang anaknya.
  • Menjaga perhubungan dengan Keluarga mertua,ingat bahawa suami akan bertambah sayang kepada anda jika anda ikhlas menunjukkan kasih sayang terhadap keluarganya.
  • Jangan abaikan penampilan diri,tidak perlu makeup 5 inci,cukup sekadar pemanis supaya suami tenang melihat wajah diri anda.
  • Jaga tutur bicara,jaga hatinya InshaAllah anda akan mendapat perkara yang sama juga.
  • kekalkan rasa Menghormati dengan suami,jangan sampai menengking-nengking dan tidak menghormati.
  • Menjaga keadaan rumah dalam keadaan selesa sementara suami keluar bekerja mencari nafkah jangan sampai rumah menjadi seperti kapal karam.
  • Berdoa kepada Allah swt hari-hari agar agar mendapat kebahagiaan di dalam rumahtangga anda.
  • Hindari dari berjumpa bomoh khurafat untuk mengikat hati suami yang pada akhirnya akan membinasakan segalanya dan Berdosa besar apabila melakukan hal seperti itu.
  • Sebagai isteri tidak perlu berahsia apa apa,apabila anda di ijabkabul bersama suami maka anda perlu ikhlas dan jujur dalam segala hal.
  • jangan main kayu 3,5,8 mahupun 10 sekali kantoi jangan pelik jika dapat lafaz cerai.
  • lelaki sukakan sifat keibuan jadi anda harus berusaha kearah itu,Jauhi Sifat GEDIK.



begitulah serba sedikit tips Menjaga Hati Suami Ketat-ketat,padat-padat.dan penulis mendoakan agar para isteri juga bakal bergelar isteri agar sentiasa ikhlas dalam kehidupan berumahtangga,sentiasa melakukan hal-hal yang di senangi oleh suami

semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat..Amin,.

Sumber : Oh Pilihanku

No comments

Powered by Blogger.