Header Ads

Anda Pasti Terkejut Dengan Kawah Misteri Ini

Masyarakat tempatannya menggelarnya The Door to Hell,Kawah terletak di tengah-tengah Gurun Karakum, kira-kira 260 kilometer di utara Ashgabat


SEKALI pandang, ia kelihatan seperti satu babak dramatik dalam filem sains fiksyen. Tetapi, lubang gergasi di Derweze, dekat wilayah Ahal, Turkmenistan ini sebenarnya adalah sebuah kawah yang telah terbakar sejak lebih 40 tahun lalu.

Di Katakan Kawah ini mempunyai kedalaman lebih 65 kaki dengan lebar lebih 70 meter.


Difahamkan, kawah itu terhasil pada tahun 1971 ketika jurutera Soviet menganggap mereka telah menemui sebuah rizab gas terbesar di dunia.

Bagi memulakan operasi penggerudian, jurutera menubuhkan sebuah pelantar penggerudian di kem berhampiran untuk menilai kuantiti rizab gas yang terdapat di tapak itu lapor Daily Mail.

Bagaimanapun, tanah di bawah pelantar penggerudian runtuh dan meninggalkan sebuah lubang yang besar. Bimbang lubang itu mungkin membebaskan gas beracun, jurutera bertindak membakarnya dan ia terus terbakar hingga ke hari ini.

Pada April 2010, Presiden Gurbanguly Berdimuhamedow melawat ke tapak berkenaan dan mengarahkan kawah itu ditutup. Namun, sehingga kini ia masih belum ditutup.

16 Julai tahun lalu, saluran National Geographic menyiarkan episod Die Trying menerusi tajuk Crater of Fire, di mana pengembara George Kourounis menjadi orang pertama menjejakkan kaki di bahagian bawah bagi mengumpul sampel mikroorganisma extremophile.

Sumber : OhPilihanku 

No comments

Powered by Blogger.