Header Ads

Pengguna Wifi Perlu Tahu Perkara ini


Awas!Radiasi Wifi



Jangan terlalu obses untuk sentiasa ‘online’ hingga lupa kita terdedah kepada bahaya radiasi tanpa sedar. SHUHADA MANSOR Berkongsi kajian berkaitan.

Remaja seperti kita boleh dikatakan kumpulan pengguna media sosial paling aktif di seluruh dunia. Disebabkan itu juga, kita sanggup lakukan apa saja untuk sentiasa ‘online’. Menyedari keperluan ini, hotel dan kedai makan tidak terkecuali menyediakan kemudahan ini untuk menarik pelanggan khususnya remaja.



Ada yang percaya, kemungkinan radiasi daripada Wi-Fi ini tidak terlalu tinggi namun boleh menyebabkan sakit kepala, lesu bahkan sukar untuk bernafas. Bukan itu juga, ada yang bimbang kesan ini mampu mengakibatkan kanser dan gangguan saraf dalam jangka masa panjang.

Apa lagi bahaya radiasi?

Hasil kajian dijalankan Persatuan Perubatan Reproduktif Amerika pada 2010 mendapati, signal Wi-Fi secara tanpa sedar mampu mengganggu aktiviti otak terutama bagi perempuan.

Namun, sindrom intoleransi hipersensitiviti elektromagnetik (EHI) ini belum diakui secara sahih. Badan Perlindungan Kesihatan Amerika menyatakan tidak ada bukti kukuh yang dapat menghubung kait antara gangguan kesihatan dan peralatan elektronik meskipun ramai yang terasa kesannya.

Sementara itu, pengamal perubatan terkenal di Pusat Servis Kesihatan Nasional (NHS) England, Dr Andrew Tresidder mengakui kesan EHI ini belum disahkan dari segi perubatan. Namun katanya, dia menerima ramai pesakit yang mengeluh mengenai simptom EHI dalam kehidupan.

“Rasa sensitiviti elektromagnet ini adalah penyakit yang nyata. Sel tubuh sensitif dengan jenis gelombang tenaga seperti suara dan cahaya, justeru, tidak hairan jika sel tubuh juga sensitif terhadap tenaga lain seperti gelombang radio,” katanya.

Bukti pesakit

Wanita berusia 64 tahun, Mary Coales pernah ditemu ramah dailymail.uk, tahun lalu berkaitan hal ini kerana dia mengaku mulutnya terasa kebas jika dekat dengan pancaran Wi-Fi. Selain dibuktikan dengan rekod pemeriksaan kesihatan, dia percaya dirinya menderita simptom EHI.

“Seluruh hidup saya berubah. Saya harus cari jalan untuk menghindari radiasi Wi-Fi dan gelombang telefon. WiFi ada di mana-mana sekarang sehingga ia sukar bagi saya untuk menghindarinya. Bahkan lebih sukar untuk jauhkan diri daripada pengguna telefon pintar,” katanya.

Daripada rangkuman artikel ini, penulis tidak tahu sejauh mana kebenaran simptom EHI ini dan kesannya, namun ia bergantung kepada pandangan kita sendiri dan cara kita mengawal obses terhadap teklonogi.

Meskipun ia tiada kena-mengena dengan kesihatan, namun obsesi ini mampu dikaitkan dengan membuang masa.



No comments

Powered by Blogger.