Header Ads

Bila Kesetiaan Di Balas Kecurangan,Sakitnya Tu Di Sini Di Dalam Hatiku

Teganya hatimu Permainkan cinta Sadisnya caramu Mengkhianati Cinta

Chewahh!!Entah berapa Kilo punya Jiwang KARAT ya anda mahu beri pada Artikel ini?Ini bukan sudah jiwang tapi Geram melihat mangsa-mangsa cinta atau dengan kata kasarnya HAMBA CINTA Yang setia sepenuh hati tetapi di balas dengan kecurangan tahap GABAN,kalau belum tahu apa itu Gaban Boleh Search Di Google nanti keluarlah Makhluk Animasi  paling macho di muka TV ya :)

Baiklah berbalik pada topik Sakitnya Tu Di Sini Di Dalam Hatiku Bila Kesetiaan Di Balas Kecurangan ini adalah musuh di alam percintaan,apabila kita sepenuh hati mencintai,menyayangi,setia bagai nak Rak (maaf bukan rak baju atau kasut) tiba-tiba kekasih membalas dengan kecurangan,kau rasa?

Itulah orang kata,bukan admin kata,Mulut ni kadang lebih manis dari gula,gula pun boleh jadi tawar bila masuk dalam mulut si mulut manis,dia punya janji,sampai sanggup setia kalau tak percaya,belah lah dada,dah kompomlah  kekasihnya tak kan sanggup nak belah dada orang suka suka,mau ke balai nanti.

JANJI!ini antara prkataan paling manis yang sering di dengar apabila sedang bercinta,abang janji,ayang janji,bersepah janji janji di tabur last-last janji tinggal janji ,tidak kira apapun janji yang penting orang yang di khianati dengan janji palsu pasti akan merasa Sakitnya Tu Di Sini Di Dalam Hatiku,..

Seperti artikel yang admin pernah tulis sebelum ini [ SETIA DI BALAS DENGAN KECURANGAN,MENGAPA HARUS DI TUNGGU LAGI ]
Memang amat menyakitkan apabila kekasih yang pada mulanya berjanji untuk sanggup sehidup semati,sanggup meredah lautan api,sanggup terjun dalam kawah gunung berapi,sanggup di belah dada bagi membuktikan betapa kasih dan cintanya kekasih terhadap kita.

Namun apabila di pertengahan jalan,kekasih mula berubah apabila Kerap menolak pelawaan untuk bertemu,menjadi panas baran,sudah tidak boleh bergurau,dan bermacam lagi perubahan yang di tunjukkan,kerana apa?kerana sudah ada insan lain di hatinya.

Setia Di Balas Dengan Kecurangan?Mengapa Harus Di Tunggu Lagi?Sila Angkat Kaki..Tidak perlu di tunggu lagi insan yang telah mengkhianati janji dan cinta yang di bina,tidak perlu bersedih jika kehilangan kekasih yang tidak menghargai diri kita,Sia sia untuk kita mengalirkan airmata hanya kerana untuk bersedih si dia sudah ada insan lain,

Kita tidak akan dapat apa apa apabila terpaksa bersedih di khianati,sedangkan si dia sudah bahagia dengan orang baru dalam hidupnya.



Apabila Lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding dengan kebahagiaan,tidak salah rasanya untuk kita melepaskan si dia,untuk apa bercinta jika hanya sekadar menyeksakan hati,Untuk apa hidup,jika hanya untuk bersama dengan insan yang salah dalam hidup kita.
Memang susah untuk kita melepaskan seseorang yang benar-benar kita sayang,Namun percayalah,Seseorang yang pernah berjanji tidak akan pernah Pergi dari hidup kita walau apapun yang berlaku,malah akan menjauhi kecurangan.

Jika Kekasih sudah ada insan lain,jika si dia sudah tidak semesra dulu,maka Biarkan si dia pergi dengan rela hati,Buka mata,Buka hati,insan yang benar-benar akan sayangkan kita pasti akan hadir,cuma masa saja yang menentukan,ingatlah,hidup ini satu pencarian,mencari yang terbaik antara yang terbaik,maka usah bersedih apabila di khianati dalam bercinta.

Nikmati hidup ini dengan kebahagiaan yang kita cari sendiri,cuba jauhi perkara yang boleh membuatkan kita berasa sakit,kecewa dan sebagainya,Hiduplah dengan hati yang kuat,sentiasa mendidik hati serta diri kita sendiri agar kekuatan itu akan datang dengan sendiri apabila di timpa musibah dalam bercinta .

Janji manusia sukar  untuk di tepati bagi yang tidak benar-benar ikhlas mahupun si mata keranjang,apabila sudah terpikat pada orang lain,maka segala janji-janji yang di sepahkan dengan mulut manis tu pasti akan meninggalkan kesan paling sakit untuk di kenang sepanjang hidup,nak tahu maksud Janji?bagi yang belum jelas tentang maksud JANJI Pada artikel lepas juga admin ada membicarakan tentang  [ MAKSUD JANJI ]

Jadi kepada yang jadi Hamba Cinta mahupun Mangsa Cinta,Apabila di khianati,sepatutnya kita lebih rasa gembira kerana insan yang bukan yang paling terbaik buat kita tidak hidup bersama kita,nikmatilah hidup ini dengan mencari rasa bahagia,usah di cari kesengsaraan,hidup ini cuma sekali,dan orang yang tergamak mengkhianati kita tidak akan merasa apa-apa sebaliknya akan merasa bahagia kerana sudah mendapat insan baru dan sudah pastinya si dia akan benar-benar menikmati perhubungan baru itu.

RUGI untuk kita keluarkan air mata pada insan insan yang sudah menzalimi hati serta perasaan kita,jangan bila di khianati,putus cinta mulalah mahu fikir nak cederakan diri,nak bunuh diri,kalau ada yang begini tolong panggil admin,admin mahu berjumpa insan insan yang mudah sangat putus asa ni,admi n mahu tunjal-tunjal kepalanya sambil berkata,Hidup ini satu pencarian,kita mencari yang paling terbaik antara yang terbaik,tidak guna mahu cederakan diri mahupun bunuh diri,hanya dapat dosa kerana menzalimi diri sendiri,Bersyukurlah Allah SWT beri kita satu Nyawa untuk kita nikmati keindahan hidup di Muka Bumi yang luas ini untuk kita mencari keindahan,penacarian itu sangat luas dan tidak perlu putus asa.

siapa tahu,selepas kecewa,tup-tup dapat kekasih yang lebih terbaik!tak ke rugi jika awal awal putus asa sudah bunuh diri?rugi tak?

Jadi sebelum Admin menghentikan jari dari menaip Artikel Santai untuk kali ini,Admin ingin berpesan beribu ribu kali bahawa 
Hidup ini satu pencarian,mencari yang terbaik antara yang terbaik,nikmati kebahagiaan yang kita cari sendiri,jauhi segala kesengsaraan jika ia menganggu kehidupanmu,.Chewahhh,.

Sumber : OhPilihanku

No comments

Powered by Blogger.