Header Ads

WOW!!Benarkah Pulau Oak Tersimpan Harta Karun?

Adakah HARTA KARUN benar-benar wujud?Rumor tentang harta karun ini kedengaran di Kanada.
Iaitu di Pulau Oak,Pulau seluas 57 hektar ini khabarnya menyimpan sejumlah emas dan perhiasan mewah lainnya.



Namun,para pencari harta karun tidak pernah pula menemukannya, malah ada diantara mereka ada yang menemui ajal sewaktu pencarian.

Kisah harta karun di Pulau Oak ini sudah wujud sejak dua abad lalu dan Rumor tersebut muncul dari sekelompok para remaja lelaki yang sedang berjalan-jalan pada tahun 1795.



Salah satunya adalah Daniel MC Ginnis,Khabarnya,mereka telah terlihat cahaya aneh di Pulau Oak,oleh kerana terkejut mereka pun menghampiri arah datangnya cahaya tersebut.

Dan Sesampainya mereka di sana, mereka telah menemukan sebuah lubang yang kelihatan baru digali.

Lubang yang ditutupi dinding tanah liat itu kemudian dibuka dan kembali digali oleh Daniel,salah seorang dari mereka,Setelah kedalaman 3 meter,mereka menemukan beberapa batang pohon oak yang diletakkan secara bersilangan.

Semakin jauh menggali,Daniel menemukan batu-batu terukir dengan kod yang aneh,Maksud kod tersebut adalah forty feet below two million pounds are buried (40 kaki di bawah sini ada 2 juta pound sterling terkubur).

Sayangnya,di ketika itu mereka hanya berjaya menggali hanya sedalam 6 meter sahaja.

Setelah Daniel dan kawan-kawannya serta beberapa orang yang tertarik untuk melakukan penggalian di Pulau Oak tersebut maka mereka memulakan kerja mengali lubang tersebut.

Namun,beberapa orang di antara mereka telah mengalami malapetaka,Kematian pertama dialami pada 1861,Sebuah pompa meledak dan membunuh salah seorang penggali.

Seorang mangsa bernama Maynard Kaizer juga dilaporkan mati kerana tali pengangkatnya
putus dan jatuh ke lubang harta karun pada 1897.

Robert Restall dan tiga rakannya menghirup asap beracun setelah jatuh ke dalam lubang pada 1965.

Walaupun banyak yang terkorban hingga ke saat ini harta karun di Pulau Oak masih belum di temui.

Beberapa orang percaya,tidak ada harta karun di lubang tersebut dan mereka merumuskan bahawa,Ini hanyalah sebuah trik bagi menyembunyikan benda-benda berharga tersebut dari para pencuri.

Mereka meyakini harta rahsia tersebut disembunyikan di tempat lain sekitar Pulau Oak dan bukannya tempat yang pernah di cari.

Bercakap soal harta karun memang tidak pernah habis tetapi tentu saja ia seronok untuk di dengari.

Sumber: Oh Pilihanku

No comments

Powered by Blogger.