Header Ads

Bercinta Sampai Tergadai Body?Cinta Atau Binasa?


Remaja zaman kini Kebanyakkan bercinta berlandaskan nafsu semata-mata,apakah mereka tahu Definasi Cinta dan perhubungan?malah ada yang tidak tahu batas batas dalam pergaulan dan perhubungan.

Umur masih muda,masing masing sudah miang mahu bercinta,benar cinta tak mengira usia,jika diri sendiri tidak matang dan tak mampu menjaga diri sendiri apatah lagi masih di tanggung oleh ibu bapa,bagaimana mahu bercinta?

http://ohpilihanku.blogspot.com
gadai body bukti cinta??


Bercinta Hingga Tergadai Body,.bukti cinta katanya,Sungguh murah sekali maruah mereka yang Bercinta berlandaskan Nafsu!bukti cinta bukan serah maruah dik oii..tapi bukti cinta kepada kekasih adalah ikatan perkahwinan dan menjaga pasangan dan zuriat sebaik mungkin bukan untuk dunia sahaja tetapi untuk akhirat juga.

Lihat saja Laman Sosial berapa ramai pasangan kekasih remaja yang bergambar berpelukkan malah ada yang sampai berciuman,jika ibu bapa anda melihat foto aksi sebegitu,panas  perut ibu mu dik mengandungkan kalian,bukan sejuk lagi..

Kenapa begitu mudah meletakkan maruah semurah itu?mula mula pegang tangan,lama lama pegang body akhirnya pegang baby!wow betapa mudahnya bercinta dan buat maksiat di zaman sekarang kan.

Itu belum lagi dah beranak kan anak orang yang lelaki lari tinggalkan awek,itu belum lagi di buang nya anak merata rata tempat,bukan nak cakap apa,binatang beranak pun jaga sampai besar tapi manusia?sudahlah buat maksiat,di bunuh dan di buangnya pula anak yang tidak berdosa.

Murahkan?maruah di zaman ini..

Lihat saja foto di atas (maaf imej di kaburkan) kalau lah ibu bapa mereka ini melihat perlakuan sebenar anak mereka apa agaknya yang berlaku?masuk wad sebab sakit jantung? Kena asthma?atau menangis siang malam dek perlakuan murahan anak anak.

Bercinta biar ada batasnya,selagi belum sah di ijabkabul usah murah kan maruah demi cinta,seseorang yang mencintai kita sepenuh hati pasti akan menjaga maruah pasangannya sehingga di ijabkabulkan.

Yang gadis tidakkah anda berfikir jika anda serahkan maruah anda lepada kekasih?adakah anda tahu dan yakin bahawa dia akan mengahwini anda?kerana Nafsu manusia boleh menjadi bodoh dan tidak dapat berfikir di kemudian hari selepas serah maruah apabila di tinggalkan menangis tak berlagu.

Yang lelaki pula,sanggup mengenepikan dosa demi nafsu,mungkin di dunia Lu Syok bro..tapi di akhirat nanti kau tunggu saja :) lihat syok tak syok perbuatan maksiat kalian atas dunia ni di bawa ke akhirat nanti.

Bercinta berlandaskan batas batas dan adab sehingga di ijabkabulkan  manisnya membawa hingga ke syurga kelak,pilihan di tangan anda,masa remaja memang nafsu melebihi akal fikiran kerana nafsu itu sangat murah untuk di hinggapi pada setiap manusia yang baru kenal dunia.

Pesanan sebelum mengakhiri artikel ini khas buat remaja di luar sana,usah bagi diskaun pada cinta anda,jadikan semahal yang boleh buat bakal pasangan anda yang sebenar-benarnya,jaga batas pergaulan dan perhubungan InshaAllah sejuk perut ibu yang mengandungkan kita,sejuk hati bapa yang menjaga dari tapak kaki kita sekecil duit 50 sen.

Sumber : Oh Pilihanku





No comments

Powered by Blogger.