Header Ads

Apa Kaitannya Pohon Ghurqad Dengan Yahudi??


Gharqad (Lycium ) merupakan satu genus pokok yang mengandungi kira-kira 90 spesies yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika,Selain itu pokok ini juga banyak ditanam di Israel Kegunaan utamanya ialah sebagai tumbuhan perubatan.
Pohon Ghurqad


Dalam Islam
Nabi Muhammad bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam , inilah orang Yahudi di belakang saya,Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon
gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi(oleh sebab itu ia melindunginya)".


Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat,Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk
menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. 

Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pokok ini banyak di tanam di Israel kerana orang-orang Yahudi Israel lebih senang mencari perlindungan dari ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Muslim.


Sifat pohon Gharqad
1. Pohon ini mempunyai duri-duri keras, durinya pula beracun.  Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1-2 meter.

2. Akarnya mengeluarkan duri dan zaghab (bulu),khususnya pada bahagian hujung.

3. Daunnya berbentuk seperti sudu kecil, berwarna hijau segar, biasanya sekumpulan 3 daun dilengkapi dengan duri-duri di sampingnya.

4. Bunganya berwarna putih kebiru-biruan manakala buahnya berwarna merah bersaiz dengan biji buah Himsh, lebih kurang seperti itu.

5. Musim berbuah adalah pada musim bunga dan musim panas.

Buah Ghurqad



Nilai Perubatan Pohon Gharqad Manfaat perubatan pokok ini digunakan untuk merawat penyakit tidak boleh buang air dan buahnya bermanfaat untuk merawat penyakit usus besar dan untuk merawat penyakit kuning.

Pokok ini selalu berdaun di sepanjang musim,sedangkan pertumbuhannya mengalami pembaharuan pada selang antara bulan Mac-April.

Bunga Pohon Ghurqad

bunganya berbentuk buqiyyah (seperti terompet),dengan warna merah lembayung (violet) cerah,atau putih dengan lima daun, buahnya bulat dengan warna oren atau merah , lebih kecil daripada biji Himsh (dalam bahas Inggeris: chick-pea), buahnya boleh dimakan,tetapi rasanya masam seperti tomato.





Sumber : Oh Pilihanku

No comments

Powered by Blogger.