Header Ads

Sesalan Seorang Playboy

Bekas Playboy Terima Hidayah 

Pembunuh Hati Dan Cinta,ia sesuai untuk di gelarkan kepada Manusia bergelar "PLAYBOY"Bukan hanya ada playboy tetapi Playgirl pun wujud di muka bumi ini,dan untuk artikel kali ini OhPilihanku ingin berkongsi kepada anda sebuah kisah benar "SESALAN SEORANG PLAYBOY".




Sekadar gambar Hiasan





Kisah ini di ceritakan sendiri oleh Joe,28 (Bukan Nama Sebenar),yang telah menceritakan detik hitam dalam hidup yang telah di lalui sepanjang bergelar Playboy,kita ikuti kisahnya bersama.


"Ketika aku berusia 18 tahun,selepas tamat SPM,aku yang merupakan anak sulung,mengambil keputusan untuk tidak sambung belajar,sebaliknya aku mengikut teman-teman ku yang lain untuk berhijrah ke ibukota dan bekerja,.

Tiba di ibukota,nasib aku sangat baik sekali apabila aku di terima bekerja di sebuah syarikat makanan segera,entah bagaimana setelah beberapa lama aku bekerja di situ,aku mula berasa bosan  di tambah wang gaji yang tidak mencukupi,.

Sehinggalah aku bertemu dengan "Nazif" teman baru yang ku kenali sewaktu aku melepak di sebuah pusat membeli belah,sewaktu itu aku sangat kagum dengan beliau,kerana mengikut  pandangan aku,nazif bukan calang-calang orang,pada waktu itu aku fikirkan bahawa mungkin nazif adalah dari golongan berada.

Namun setelah sekian lama mengenali nazif baru aku tahu tentang kegiatan nazif,rupanya nazif juga bukan anak orang senang,apa yang dia lakukan sehingga boleh memiliki apa saja yang di mahukan??

Suatu hari,Nazif telah memberitahu segala-galanya tentang bagaimana dia boleh mendapatkan wang tanpa perlu bekerja keras,..

"Kau kerja keras macam mana sekali pun,entah kan berapa puluh tahun boleh hidup senang,.cuba kau lihat aku,baru enam bulan duduk di ibu kota aku sudah hidup mewah tanpa perlu bekerja keras sehingga lah sekarang,..kau tak nak hidup mewah macam aku ??" -kata kata dari nazif ini masih terngiang-ngiang lagi di telinga ku.

Suatu hari Nazif memperkenalkan aku kepada beberapa orang perempuan,dan yang penting kesemua perempuan tersebut memang mempunyai wang yang banyak dan hanya inginkan keseronokkan,.

Oleh kerana aku sudah merasa seronok melakukan hal itu,di tambah wang masuk ke poket tidak henti-hentinya,maka aku menjadi bertambah tamak,kali ini aku bukan saja menerima perempuan yang di perkenalkan oleh nazif sabaliknya aku sudah pandai untuk memainkan peranan bagi menambat hati insan-insan bergelar wanita,.ya,.wanita,.mereka adalah sasaran ku.

Aku sedaya upaya membuatkan mereka jatu hati dan cair dengan ku,dalam masa yang sama,aku mengikis wang mereka,Dan hidup aku menjadi bertambah senang!

Aku tidak ingat berapa ramai mangsa yang telah aku cairkan serta kikis,kerana bagi aku,.hanyalah WANG dan itu adalah matlamat aku untuk hidup senang,.

Di jadikan cerita,salah seorang perempuan yang aku permainkan itu telah mengandung,lalui perempuan itu mnemui aku bersama keluarganya,.yang mendesak supaya aku bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku,.

Maka nak tak nak aku Terpaksa juga berkahwin dengan mangsa yang telah aku mengandungkan itu,sehinggalah bayi itu di lahirkan,aku tetap tidak berubah,aku tinggalkan kan isteri serta anak kecil ku demi wanita lain untuk kepentingan wang!

Isteri ku Sue(bukan nama sebenar)telah dapat menghidu kegiatan ku,bermula dari itu lah aku dan dia sering bertengkar berpanjangan,.sehingga aku membuat keputusan untuk  keluar dari rumah kami,.

walaupun aku boleh di katakan zalim dan curang tetapi aku tetap pulang sekejap-sekejap untuk memberi wang perbelanjaan kepada Sue isteriku dan anak kami,.

Malang Menimpa apabila aku secara tiba-tiba jatuh sakit!secara mendadak,sehingga kan para doktor yang merawatku pun tidak dapat mengesan penyakit misteri yang ku alami waktu itu.

Oleh kerana tubuh badan ku tidak bermaya akibat penyakit misteri itu,aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah isteri ku,setibanya aku di rumah itu aku melihat pagar serta rumah berkunci,bingung juga aku di buatnya,di mana isteri yang aku tinggalkan dulu berada ?

Aku mengambil keputusan untuk mencari isteri serta anak ku di rumah orang tua nya di selangor,dan setibanya aku di sana,aku telah di maki hamun oleh ibu dan bapa mertua ku!

"Kau manusia Kejam!tak bertanggungjawab!!kau cari lah sampai hujung dunia sekalipun kau takkan dapat jumpa lagi isteri dan anak kau!!-begitulah kata-kata pedas yang keluar dari mulut ayah mertua ku,.

"tolonglah ayah,. saya mahu jumpa isteri dan anak saya,.saya mohon pada ayah,.maafkan saya,.."aku hanya mampu merayu dan merayu waktu itu agar aku dapat bertemu isteri serta anak kami,.

"Kau dah terlambat,..isteri dan anak kau telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya,.balik lah,.tak perlu kau cari lagi,.-ujar ayah mertuaku sambil menutup pintu rumahnya dengan kuat sekali,.

Aku merasakan duniku kini benar-benar gelap,sudahlah sakit secara tiba-tiba,isteri dan anak ku meninggal pun aku tidak tahu,.ah,.kejam nya aku ini,...

Aku pulang ke kampung halaman ku,di sana aku masih mempunyai ayah serta ibu ku,..setiba nya aku di kampung halaman aku di sapa oleh jiran tetanggaku di kampung,.

"Elok benar kau balik joe,.mak dan ayah kau meninggal dunia dulu pun kau tak balik,rumah mak ayah kau pun dah terbiar,kubur mereka pun sudah naik semak,." ujar Pak ya salah seorang jiran ku di kampung itu.

"APA??!!!!!!!,............Maaak,.....Ayah,..........",..aku tidak mampu berbicara lagi,alangkah terkejutnya aku apabila mendengar berita itu,.

Dalam keadaan sakit dan hidup bersendirian di tambah terpaksa tinggal di rumah terbiar itu,aku hanya mampu redha,mungkin ini balasan terhadap segala dosa-dosa yang pernah ku lakukan terhadap ibu,ayah,isteri serta anak ku,.

Sehinggalah aku benar-benar tidak berdaya lagi dengan kesakitan yang ku alami itu,suatu hari aku di datangi seorang lelaki tua yang mahu merawat aku,beliau ku panggil pak syeikh,aku sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa beliau mahu berjumpa,mencari dan merawat aku,.mungkin ada jiran tetangga yang telah memberitahu segalanya tentang aku lalu mendapat belas ehsan dari pak syeikh,.

Aku di bawa ke sebuah perkampungan di mana ia bukan di malaysia,tetapi di thailand,.di sana aku di rawat dan di jaga oleh  pak syeikh serta pembantunya,Alhamdulillah,dalam perkiraan aku kira-kira 5 bulan juga aku di rawat serta di jaga oleh pak syeikh serta pembantunya,membuatkan aku kembali sihat,.

Aku ingin ceritakan kepada kalian tentang sesuatu yang sangat dasyat,aku masih ingat lagi sewaktu aku di rawat,aku tertidur selepas senja,beberapa minit setelah aku tertidur,aku merasakan bahang panas yang mat luar biasa sekali,.mata ku amat berat untuk ku buka dan aku gagahkan jua untuk membuka mata sementara badanku berasa berasa panas bagai di salai-salai,.

Alangkah terkejutnya aku takkala dapat membuka mata,aku melihat julangan api yang besar di sekeliling ku,dalam kesamaran itu aku melihat susuk wajah ibu,ayah serta isteri dan anak ku,,.aku menjerit dan meminta tolong sekuat hati,.tetapi apabila aku memanggil nama mereka susuk wajah mereka hilang entah kemana,.api semakin besar menjulang ke udara dan sesekali ia bagai melibas-libas tubuh badan ku,..aku hanya mampu menjerit ketakutan dalam kesakitan yang amat perit sekali.

sehinggalah aku tidak sedarkan diri,..


Begitulah yang terjadi kepada aku,,.sehingga kini aku menyesali segala perbuatan yang telah aku lakukan selama ini,.berdosanya aku kepada orang tua ku kerana mengabaikan mereka,memberi wang haram hasil dari maksiat yang ku lakukan,.berdosanya aku kepada wanita wanita yang telah aku nodai serta mengikis wang mereka,.berdosanya aku terhadap isteri dan anakku akibat dari perbuatan aku yang sangat zalim,

Kini,.aku hanya mendekatkan diri pada Allah,semoga dosa-dosa lalu ku di ampuni Nya,.


Begitulah kisah tentang seorang pemuda bernama Joe yang yang kini telah berubah setelah mendapat ujian dan dugaan serta di beri hidayah,.

Semoga dengan kisah ini,maka dapat memberi kesedaran terhadap insan-insan sang pembunuh cinta agar tidak melakukan seperti hal ini,.atau berhenti dari melakukan perkara maksiat serta menzalimi insan lain,.
putaran roda kehidupan tidak selalu berada di atas,.beringatlah,.

Sumber : Oh Pilihanku







No comments

Powered by Blogger.