Header Ads

KISAH LELAKI MALANG TIDAK SENGAJA MENGORAT ANAK SENDIRI

Kantoi Dengan Anak Bini !Sepandai-Pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua.


Topik Hot kali ini OhPilihanku Ingin berkongsi dengan anda semua tentang sebuah kisah Lelaki Malang Tidak Sengaja Mengorat Anak Sendiri,apa rasanya ya apabila termengorat anak sendiri?

Jadi Playboy yang ter kantoi adalah satu hal paling ngeri buat para playboy yang gemar memasang banyak awek!terutama yang sudah berkahwin,isteri elok melayan si suami tetapi suami sibuk mengorat perempuan lain,begitu hal yang terjadi kepada seorang lelaki yang di kenali sebagai Joe 48,yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak berusia 15 dan 22 tahun.

Joe bukan nama sebenar,amat menggemari laman sosial,selepas terjebak dengan keseronokkan mencari kenalan di laman sosial,walaupun sudah beristeri joe seringkali memberitahu kepada wanita wanita yang di kenalinya di laman sosial bahawa beliau masih lagi bujang,paling tidak pun Duda kematian isteri.

Entah berapa banyak mangsa penipuan beliau di laman sosial itu,suatu hari Joe yang keluar bekerja, tertinggal telefon bimbitnya di rumah,manakala anak gadisnya yang berusia 22 tahun kebetulan sedang cuti semester.

Rina 22,anak sulung joe membelek-belek telefon pintar milik bapanya sehingga dia terbuka aplikasi facebook,dan kebetulan bapanya log out laman tersebut.

Walaubagaimanapun Rina kelihatan terkejut apabila terbuka peti mesej facebook milik bapanya!naik terbuntang mata rina setelah terbaca mesej-mesej romantis dari bapanya kepada wanita-wanita yang berada di friendlist facebook bapanya itu.

Rina mendapat idea untuk mengenakan bapanya,berat sungguh rasa hatinya untuk memberitahu tentang kecurangan bapanya kepada ibu yang mungkin akan melukakan dia.

Rina bertindak membuka akaun facebook baru dan dia menambah bapanya sebagai teman di akaun facebook milik bapanya,setelah selesai rina meletak kan kembali telefon bimbit bapanya kembali.

Sehingga lah bapanya pulang,dengan tergocoh-gocoh bapanya mencari telefon bimbitnya yang tertinggal itu,tidak lama kemudian,bapa rina di lihat membelek-belek telefon tersebut sambil tersengih-sengih seorang diri,rina hanya memerhatikan saja gelagat bapanya.

Seminggu berlalu,Rina memainkan peranan sebagai gadis lain untuk menjerat bapanya sendiri sehinggalah membawa kepada pertemuan yang bakal mengejutkan bapanya sendiri!

Lokasi : The Summit Subang Jaya.
waktu : 8.30pm

Seperti yang di janjikan,Rina yang kelihatan agak berlainan akibat memakai rambut palsu telah tiba di tempat yang di janjikan dengan bapanya.

Apa yang menariknya,Joe langsung tidak perasan bahawa gadis yang ditemui itu adalah anak nya sendiri!apakah mata Joe sudah rabun atau teknik solekan yang dikenakan oleh anak nya itu berjaya mengaburi mata joe.

Dua Jam berlalu,Joe mengajak Rina untuk bersiar-siar di tasik permaisuri,setibanya mereka di sana,joe agak gelojoh apabila cuba memegang tangan Rina,Dalam hati Rina tidak sabar untuk kantoikan bapanya itu.

Rina bertanya kepada Joe tentang dirinya lebih mendalam,dan jawapan yang joe berikan amat memeranjatkan rina apabila joe memberitahu bahawa dia kini sudah menjadi duda kerana isterinya telah meninggal akibat kanser rahim.

Rina yang mendengar jawpan itu terus membuka rambut palsu yang dikenakannya tadi!

Ayah!! sampai hati ya ayah buat mak dan kami macam ni!! mak masih hidup ayah!! 
Joe yang mendengarkan kata kata itu di tambah baru perasan wajah anaknya rina hanya tergamam dan membisu seketika,.

Kalau ayah sayang kan mak dan kami,..Bertaubatlah ayah sebelum terlambat!!-ujar rina sambil kakinya melangkah pergi dari tempat itu.

Sekali lagi kata-kata rina anaknya membuatkannya tersentak dan tersedar dari perilakunya yang selama ini curang kepada isteri nya yang sentiasa setia sebagai isteri.

Bermula dari itu Joe bertaubat dan meninggalkan semua laman sosialnya hasil dari terkantoi dengan anaknya sendiri,.

Bagaimana rasanya terkantoi ya ?sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua,.hai la nasib badan seorang playboy yang telah terkantoi dengan anaknya sendiri.

Cara yang di guna pakai oleh Rina berjaya!selepas ini semoga akan ada lebih banyak Super Rina Untuk Mengantoikan bapa-bapa yang curang dengan isteri,.

Jangan jadi playboy :)



No comments

Powered by Blogger.