Alasan Mengapa Doktor Pakai Baju Hijau Ketika Operasi Pembedahan
Mengapa ya mereka mengenakan pakaian serba hijau,atau pakaian berwarna hijau kebiruan?Kenapa tidak menggunakan baju berwarna putih seperti yang selalu di pakai oleh doktor atau pakaian berwarna lain??
Untuk pengetahuan anda hal ini adalah disebabkan oleh warna merah pada darah,tentu saja sewaku operasi pembedahan di jalankan para doktor akan melihat banyak darah.
Melihat warna merah yang terlalu lama dapat menyebabkan timbul halusinasi warna hijau saat seseorang mengalihkan pandangannya ke permukaan yang berwarna putih,
Terlalu lama melihat warna merah juga dapat menyebabkan kepekaan seseorang terhadap warna merah berkurang,Akibatnya,seseorang menjadi kurang jelas/fokus dalam melihat berbagai benda yang lain Hal ini tentu saja sangat rumit bagi para doktor kerana harus mengingati,
berbagai organ tubuh pesakitnya di saat pembedahan di lakukan Oleh kerana itulah,mereka mengenakan warna hijau kerana Warna hijau dapat membantu para doktor menyegarkan diri dari di dominasi warna merah yang mereka lihat dari darah.
Warna hijau dapat membantu “meneutralkan”warna merah kerana warna hijau merupakan lawan dari warna merah dalam roda warna,Terdapat informasi juga bahawa sebelum ini para doktor mengenakan baju berwarna putih sewaktu pembedahan,dengan alasan kebersihan.
Tetapi,beberapa doktor merasa terganggu konsentrasinya sewaktu mengenakan baju putih di sebabkan perkara yang di nyata kan di atas,Akhirnya,mereka memilih bahawa pakaian yang akan dikenakan doktor sewaktu pembedahan harus berwarna hijau,sudah jelaskan?mengapa para doktor mengenakan pakaian sewaktu pembedahan?
Sumber : OhPilihanku
Post a Comment