Tanda-Tanda Sahabat Anda Gilakan Kekasih Anda.
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi apabila sahabat anda tangkap Feeling dengan kekasih anda sendiri?
Mungkin Topik ini agak Kontroversi tetapi tidak usah ambil ringan kerana ini sebahagian dari Realiti Kehidupan yang boleh berlaku.
Topik ini telah di minta oleh seorang pembaca
yang sedang mengalami situasi sahabatnya tergila-gilakan kekasihnya.
Tanpa membuang masa penulis ingin kongsikan kepada anda Tanda-Tanda Kekasih Anda Gilakan Kekasih Anda:
- Apabila berbual dengan sahabat anda,sahabat anda pasti akan sentiasa menyebut-nyebut nama kekasih anda.
- Apabila anda keluar dengan kekasih anda bersama sahabat anda dia yang over malah menjelikkan apabila cuba menarik perhatian kekasih anda dengan pelbagai cara.
- Apabila sahabat anda tahu anda keluar dating dengan kekasih anda,tanpa mengajak sahabat anda pasti sahabat anda akan sentap dengan anda yang tidak mengajaknya bersama.
- Apabila berbual di telefon dengan sahabat anda,dia asyik bertanya tentang kekasih anda bukannya tentang diri anda.
- Sahabat anda akan teruja sekali apabila mendengar nama kekasih anda malah apabila kekasih anda datang kepada anda sahabat andalah orang yang paling gembira.
- Dan hal yang paling teruk apabila sahabat anda meminta nombor telefon atau mengambilnya secara diam tanpa anda mengetahui.
Begitulah Tanda-Tanda apabila sahabat anda gilakan kekasih anda.
penulis juga tidak mengerti mengapa ada manusia yang berperangai begini di dalam persahabatan.
Adakah ia boleh di kategorikan sebagai seorang sahabat??
sebagai insan biasa kita tidak dapat membaca isi hati insan lain melaiankan apabila ianya berlaku serta situasi yang kurang menyenangkan ini berlaku pada diri kita sendiri.
Bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor tetapi pelik juga jika harus mencaras kekasih orang tanpa memikirkan perasaan insan lain hiduplah dengan akal bukan dengan Nafsu.
Sumber : OhPilihanku
Sumber : OhPilihanku
Post a Comment