Header Ads

Kisah Benar Jutawan Menang Tiket Loteri Hidup Tidak Bahagia

Wang hasil judi tidak berkat
Banyak para pemenang loteri ternyata hidupnya tidak menjadi bahagia,bahkan lebih menderita daripada sebelumnya Meskipun memenangi jutaan dolar akhirnyahabis jua.
Inilah peliknya duit judi.Berikut beberapa kisah pemenang loteri yang akhirnya jatuh bangkrup.

Evelyn Adams
Evelyn Adams memenangi loteri New Jersey sebanyak 2 kali (1985 dan 1986),berjumlah 5,4 juta dolar US,Sekarang duitnya telah habis dan dia tinggal di sebuah trailer Ketika duitnya melimpah,banyak orang
menginginkan duitnya,setiap orang mengemis kepadanya.Adams juga banyak menghabiskan wangnya untuk main mesin jackpot di Atlantic City.

William
William memenangi loteri Pennsylvania sebanyak 16,2 juta dolar US pada tahun 1988,Sekarang hidupnya bergantung dari jaminan sosial kerajaan,Ketika dia memenangi hadiah loteri,bekas kekasihnya
mengugutnya untuk minta bahagian Saudara lelakinya ditangkap polis keran mengupah pembunuh bayaran untuk membunuh William,agar saudaranya itu boleh memperolehi warisan hadiah loterinya
Saudara kandung yang lain memujuknya agar wang hadiah loteri dilaburkan pada bisnes kereta dan restoran,namun wang yang dilaburkan pada 2 bisnes tersebut tidak kembali,hubungan dengan saudaranya itu akhirnya menjadi tegang,Dalam setahun William memiliki hutang sebanyak 1 juta dolar US dan pernah dipenjarakan kerana mengacukan pistol di atas kepala seorang penagih hutang,William mengakui bahwa dia sangat  bodoh William akhirnya mengistiharkan dirinya bangkrup,Kini dia hidup dengan ditanggung oleh jaminan sosial sebanyak $450 per bulan dan mendapat kupon
makanan.“Ternyata hadiah loteri tidak berarti apa-apa bagi saya !”,katanya.

Suzanne
Suzanne memenangi lotre Virgina sebanyak 4,2 juta dolar US,pada tahun 1993 Sekarang dia terjerat hutang besar pada sebuah perusahaan yang meminjamkan wang kepadanya dengan jaminan wang hadiah
loterinya,Dia meminjam wang sebanyak $197.746,dengan perjanjian bahwa dia akan membayar secara ansuran hutangnya dari wang pembayaran tahunan hadiah loterinya hingga tahun 2006,Ketika peraturan baru membolehkan hadiah loteri diambil keseluruhannya,maka dia mengambil seluruh baki hadiahnya,namun hutangnya tidak dia bayar,Duitnya habis terkuras untuk membayar tagihan sebanyak $ 1 juta untuk kos perubatan menantu lelakinya yang sakit berkepanjangan,Perusahaan yang memberi hutang kepada Suzanne memenangi samannya terhadap Suzanne agar dia melunasi hutangnya,namun Suzanne sudah tidak memiliki aset (kekayaan) lagi!.

Janite
Janite memenangi hadiah sebanyak 18 juta dolar US pada tahun 1993,Janite sangat pemurah untuk memberi duit ke berbagai kalangan,seperti ke bidang politik,pendidikan dan sosial,Namun menurut laporan,7 tahun setelah memenangi hadiah loteri tersebut,Janite jatuh bangkrup,Saat itu dia hanya memiliki wang di
bank sebanyak $ 700 dan tidak memiliki wang tunai di tangannya.

Ken
Ken,seorang pemandu trak,memenangi hadiah loteri Michigan sebanyak 1 juta dolar US,Kemudian dia pindah ke California dan membuka kedai kereta terpakai bersama saudara lelakinya,Namun dalam waktu 5
tahun,perusahaanya bangkrup!,Sekarang dia kembali menjadi pemandu trak.

Sebuah keluarga memenangi hadiah loteri sebanyak 4,2 juta dolar US,Setelah itu mereka membeli sebuah rumah besar,melunasi seluruh hutang-hutang keluarganya.Seluruh keluarga hidup dalam satu rumah
dengan kemudahan kenderaan,makan dan lain-lainnya,Tujuh tahun kemudian,ketua keluarga bercerai,rumahnya dijual dan mereka membagi hasil wang loteri yang mereka perolehi bersama,Isterinya membeli rumah yang sangat kecil,Suaminya pindah bersama anak-anaknya.
Nampak tak,wang hasil judi itu sememangnya tidak berkat untuk di gunakan,hindari judi dan berusaha dengan kudrat untuk berjaya di dalam kehidupan.

Sumber:Oh Pilihanku

\

No comments

Powered by Blogger.