Header Ads

Seram!Makhluk Botak Menganggu Kanak Kanak Berusia 13 Tahun

Pernahkah anda berhadapan dengan peristiwa yang menyeramkan?kisah ini di ceritakan oleh seorang ibu yang menghadapi gangguan makhluk botak yang menganggu anak beliau.

Anak perempuan saya berusia 13 tahun. Baru mula tinggal di asrama. Dari hari mula alhamdulillah tiada masalah sehinggalah pada hujung Feb 2013 terjadi kes histeria di asramanya.

Anak saya terlibat sama. Jatuh pengsan dan ketakutan beberapa hari. Saya berusaha pulihkan dangan ayat2 suci dan minta bantuan seorang Ustaz yang selalu mengendalikan kes histeria. Alhamdulillah anak saya semakin pulih dan tiada masalah untuk kembali ke asrama.
sekadar foto hiasan

Setelah berbual dan berbincang dgn warden asrama, barulah saya dapat tahu yang asrama sekolah anak saya tu memang agak ‘keras’ kerana diihuni oleh ‘sekeluarga’ makhluk halus yang memang sejak dari dulu mendiami kawasan asrama tersebut. Kelibat ‘mereka’ selalu dilihat oleh pengawal dan penghuni asrama tersebut sehingga menjadi suatu kebiasaan pula bagi mereka.

Masalah saya sekarang, anak saya selalu mengadu yang dia didatangi makhluk berkepala botak mengganggu nya tidur. kadang2 setiap malam atau 2 3 malam sekali. Selalu kejutkan dia tidur, bila buka mata tersengih dihadapan dia. Anak saya tidak menjerit tetapi memandang dan terlihat makhluk tersebut kegelisahan direnung oleh anak saya.

Kata anak saya, benda itu masuk melalui pintu, keluar juga melalui pindu. Macam manusia pun ada, tapi kenapa mencangkung dan tersengih2 melompat di tepi katil pelajar. Trade mark nya ialah bermain batu batu kecil seperti anak2 manusia bermain batu seremban.

Ada dua lagi pelajar yang sama dorm yang nampak benda yang sama. Mereka menjerit ketakutan kerana nampak makhluk mendekati anak saya. Mujur tidak diapa apakan anak saya.  Ada juga pelajar yang dipegang..maklumlah anak2 gadis, kekadang tidur dalam keadaan agak seksi. Saya nasihatkan anak saya berpakaian elok ketika tidur sebagai seorang Islam.

Saya sebenarnya khuatir dan tertanya adakah anak saya telah dibukakan hijab kerana ada yang tidak dapat melihat kelibat makhluk tersebut tetapi dlm masa yg sama, anak saya dpt pula melihat. Saya risau pelajarannya terjejas kerana sering tidak cukup tidur kerana selalunya benda tersebut muncul lebih kurang setiap jam 3 pagi.

Dalam Kes Sebegini elok lah Ibu ini meminta nasihat dan pandangan dari Ustaz-ustaz yang mahir tentang perkara sebegini.

Sumber: OhPilihanku

No comments

Powered by Blogger.