Header Ads

Kisah Benar Sabar Seorang Isteri

Episod kali ini memaparkan kisah Aisya (bukan nama sebenar) yang menghadapi dugaan di awal perkahwinan dengan jejaka pilihan ibu bapanya,mari kita baca suara hati dari Aisya.

apa perasaan seorang wanita takkala baru seminggu di ijabkabulkan dengan ikatan yang sah namun,tergantung di awal melayari bahtera? sungguh sakit!sungguh pedih..walaupun suami ku bukan lah dari pilihan hatiku sendiri namun ku cuba untuk belajar jadi yang terbaik..namun bagaimana harus aku dapat "masa untuk belajar itu"?sedangkan seminggu selepas kami berkahwin dia telah meninggalkan ku,pulang? ya memang ada dia pulang tapi hanya sebentar cuma,rumah yang kami diami ini tak ubah seperti tempat persinggahannya dan bukan syurga dunia buatnya..daku hanya bersabar dan merintih di dalam hati,tiada perkataan marah ku lepaskan kerna bagiku aku hanya impikan syurga di akhirat kelak..

hinggalah di suatu masa dulu,.hatiku bagai di robek robek sewaktu terserempak suami ku dengan seorang gadis,serang??itu bukan sifatku..aku tidak mahu mengaibkan suamiku sendiri biar hati telah terluka..bukan sekali namun berkali kali dan setiap kali aku terserempak suamiku dengan gadis lain,aku hanya mampu menyorokkan diri..Apa kah salahnya diri ini..hingga dia berbuat begitu..namun daku redha dengan dugaan ini..persoalannya sampai bilakah semua ini harus berlaku?

kerna dia suamiku yang sah,di manakah tanggungjawabnya sebagai seorang suami?

hari hari yang ku lalui penuh kebuntuan memikirkan cara bagaimana untuk kami dapat bahagia..

Takdir Allah swt yang maha kuasa,suamiku telah terlibat dalam kemalangan maka keajaiban ini telah berlaku,satu keajaiban yang amat ku nantikan..sebagai isteri walau apa jua keadaanya daku tetap ikhlas menjaga nya..

Suatu Malam yang indah..yang akan menjadi sejarah buat diri ku..ketika aku terjaga di tengah malam tiba tiba ku lihat suami ku tiada di sisiku lantas ketika mahu menoleh ke sebelah kanan..

Alangkah sejuknya hatiku melihat suami ku sedang berzikir, selesai berzikir suamiku datang ke sisiku..mengucup dahiku dengan air mata terpancar di kelopak matanya.."maafkan abang aisya..abang berdosa,..maafkan abang..."itulah kata kata keramat dari suamiku..yang membuatkan hidup ku menjadi ceria dan bahagia,syukur Alhamdulillah Yaa Allah..di sebalik kekuatan hati ini..di sebalik kesabaran menempuhi ujian ini akhirnya Kau berikan Rahmatmu berlipat kali ganda..

Abang..Aisya janji akan jadi seorang isteri yang solehah dan terbaik buat abang..Bimbinglah aisya agar Syurga itu Pasti buat kita..

Begitulah luahan suara hati Aisya yang menyangkakan bahawa perkahwinan itu bakal berakhir namun atas kesabaran nya dan percaya pada Qada dan Qadar Allah swt,segalanya terbalas.

kepada aisya admin sentiasa doakan agar kamu suami isteri bahagia dunia dan akhirat kelak inshaAllah..

No comments

Powered by Blogger.