Header Ads

Kerana Wang Anak Derhaka Kepada Ayah

Kepala Ayah Di Baling Batu Gara-Gara Wang!

Alangkah bahagianya Ibu Bapa yang memiliki zuriat yang taat kepada mereka,namun sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.

Untuk Artikel kali ini penulis  ingin berkongsi kisah "Kerana Wang  Anak Derhaka Pada Ayah" dan kisah ini bukan Rekaan tetapi ia adalah sebuah kisah benar yang berlaku di zaman ini.

Mustahil??ia Tidak mustahil kerana adakalanya manusia tekadang mengikut kata hati dan bukannya dari akal fikiran dalam melakukan sesuatu.

sumber foto:Enjin Carian Google

Dan Tidak mustahil jika Gelaran "Si Tenggang"masih boleh di guna pakai sehingga ke hari ini dan memulakan kisah ini,penulis terpaksa merahsiakan identiti mangsa serta anaknya kerana ia sudahpun melibatkan kes polis.

Kejadian ini berlaku sewaktu si anak pulang bercuti ke kampung halamannya,memang sudah agak lama si anak tidak pulang ke kampung kerana katanya bekerja di Ibukota,Namun yang peliknya hampir setiap bulan si anak menghubungi keluarganya untuk meminta wang maka keluarganya di kampung  tidak pernah menolak untuk memberi wang melalui kiriman wang kepada anaknya.

Berbalik kepada cerita si anak pulang ke kampung,semasa mula-mula pulang ke kampung si anak tidak menunjukkan apa-apa tingkah laku yang pelik,Dan selepas beberapa hari di kampung telah tercetus pergaduhan antara si anak dan Si ayah Gara-gara Wang!.

Pergaduhan tercetus apabila si ayah tidak dapat menunaikan permintaan wang dalam jumlah yang di mahukan maka,si anak Naik Hantu dan gagal mengawal emosi,sehingga Si Anak bertindak membaling batu dan Mengenai Kepala Si Ayah sehingga berdarah.

Lihatlah para pembaca sekalian,wajarkah si anak bertindak begitu terhadap orang tua nya sendiri yang telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang.

Usah Jadi Anak Derhaka,kunci Menuju Ke Neraka,IbuBapa bukanlah insan yang boleh kita buat sebagai musuh dalam apajua cara sekalipun,sedarlah bahawa siapa yang melahirkan kita??tentu Sekali Ibu,Siapa Yang bekerja keras mencukupkan keperluan kita sejak bayi lagi?Tentu sekali insan yang bergelar Ayah, jadi wajarkah kita hingga sanggup memperlakukan mereka sebagai musuh??

Tidak Takutkan akan Balasan Allah Swt Terhadap Anak yang menderhaka kepada kedua Orang Tuanya??tidak berbahagialah seorang insan bergelar anak jika Menderhaka kepada orang tuanya,penulis teringat Kisah Benar Akibat Derhaka Kepada Ibu Pemuda Di Tarik Kemewahan Dunia, bila bercerita tentang kisah Kerana Wang Anak Derhaka Kepada Ayah ini.

Kisah hari ini adalah satu dari seribu kisah yang Berlaku secara realiti,banyak kisah yang di paparkan tidak kira di majalah,di dada akhbar kalau kita dapat lihat ia sungguh mgejutkan apabila ada kisah Luahan Hati Sayu Seorang Ibu yang meluahkan rasa kecewa apabila di tinggalkan di Rumah Orang Tua dan pelbagai kisah yang menyedihkan mengenai Ibu Bapa Yang Di Zalimi.

Sayangilah IbuBapa Kita yang besar pengorbanan mereka terhadap kita selama ini,usah menjadi Anak Derhaka jaga setiap tutur bicara dan perbuatan,jaga maruah mereka dan pelihara keharmornian keluarga kita,pupuk nilai kasih sayang bersama mereka sebagaimana mereka  memberi sepenuh-penuh kasih sayang kepada kita selama ini.

Sebelum mengakhiri Artikel ini marilah sama-sama kita Berbuat kebaikan terhadap mereka,bahagiakan mereka ingatlah bahawa Ganjaran Besar Membahagiakan IbuBapa Sepanjang Hayat,usah sia siakan mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.


Sumber : Oh Pilihanku



No comments

Powered by Blogger.