Header Ads

KISAH REALITI KEDAI BUTIK DI SIHIR PENIAGA BERHASAD DENGKI

Hasad Dengki Sesama Peniaga Sanggup Menggunakan Khidmat Bomoh!


Kisah Realiti Kehidupan yang bakal di kongsikan kepada anda semua sebentar lagi adalah kisah yang baru saja berlaku,Hasad Dengki adalah musuh kepada para peniaga yang mana peniaga boleh cemburu apabila melihat kedai kedai yang lain maju,maka hasad dengki itu di balas dengan perbuatan khurafat iaitu dengan menggunakan Khidmat Bomoh!

Bomoh Menggunakan syaitan Bagi melakukan kerja pembomohan -sekadar Foto Hiasan


Kisah Realiti Kedai Butik Di Sihir Peniaga Lain ini di ceritakan sendiri oleh Puan S (bukan Nama Sebenar),menurut puan S,beliau sudah berniaga cukup lama dan sambutan pelanggan terhadap butiknya amat bagus dari semasa ke semasa.

Puan S  Hanya berbekalkan Harga yang terbaik di samping ramah melayan para pelanggan yang berkunjung ke butiknya,bukan setakat itu saja,ada warga singapura sanggup turun ke Butik Puan S semata-mata untuk berurusniaga dengan puan S yang katanya amat mudah dan selesa berurusniaga dengan puan S.

Kisahnya terjadi beberapa minggu sudah apabila ramai pelanggan tidak nampak kedai puan S,padahal puan S membuka kedai tersebut hari hari,dek kerana pelanggan melihat kedai puan s tutup  maka jualan di kedai puan s semakin merosot 

Paling mengejutkan apabila ada pelanggan tetap  yang bertemu dengan puan S di tempat lain bertanya... Amboi...lama tak buka kedai?bila buka lagi ?akak nak ambil stok..
Dari situ puan S berasa seakan ada sesuatu yang tidak kena,atas nasihat orang yang arif tentang ini,puan S di maklum kan bahawa kedainya telah di tabur dengan Tanah Kubur bagi mengaburi mata orang lain dan atas sebab itu ramai orang menyangka yang kedainya seakan tidak di buka.

Keji dan Kejam sungguh ya perbuatan peniaga lain yang cuba membunuh rezeki puan S,dan sudah jelas tentu sekali motifnya adalah hasad dengki,bagi ohpilihanku jika kita mahu berniaga,berniagalah dengan seikhlas hati jangan sesekali tanamkan perasaan hasad dengki terhadap sesama peniaga.

Jika kita berniaga tetapi tidak ikhlas,pasti rezeki oun susah mahy masuk,bila rezeki sendiri yang tidak masuk,maka cemburu melihat kedai lain yang maju,maka tergamak untuk membomohkan kedai yang maju tersebut.

Seram sekali melihat perbuatan  yang amat menjijikkan iaitu dengan mengunakan bomoh
Manusia sanggup lakukan apa saja demi mendapatkan sesuatu atau membuat sesuatu dengan cara mudah dan paling keji apabila sanggup menggunakan khidmat Bomoh.

Sumber : OhPilihanku

No comments

Powered by Blogger.