Disebalik Kehebatan Penciptaan Lebah
Mungkin kita sering mendengar daripada penceramah, misalnya semasa pengajian, bahawa perilaku lebah madu memberikan falsafah yang baik dalam membentuk akhlak manusia. Yang sering diungkap adalah tiga hal, iaitu: lebah memberikan madu yang baik, dengan cara yang baik iaitu tidak merosakkan bunga, malah membantu proses pendebungaan, dan lebah hanya memakan makanan yang baik baik sahaja (sari bunga). Tetapi ada hal lain dari lebah ini yang menarik dan memberikan pelajaran berharga bagi manusia.
Antaranya, lebah madu hidup berkumpulan dan mengeluarkan salah satu makanan paling sempurna di dunia, iaitu madu. Mereka menyimpan madu dalam sarang (kantung) yang mereka buat dalam betuk segi enam. Pernahkah kita terfikir, mengapa lebah membuat kantung madu dalam bentuk segi enam? Para ahli matematik mencari jawapan atas persoalan ini, clan setelah melakukan penghitungan yang panjang ditemukanlah jawapan yang menarik.
Rahsia Kantung Segi Enam
Kesimpulan mereka, cara terbaik untuk membangun gudang simpanan dengan kapasiti terbesar adalah dengan membuat dinding berbentuk segi enam. Andaikan lebah membuat sarang penyimpan tersebut dalam bentuk silinder atau seperti prisma segi tiga, maka akan terbentuk 'gap' [celah] antara kantung yang satu dengan yang lain, dan lebih sedikit madu tersimpan di dalamnya.
Walaupun kantung madu yang berbentuk segi tiga atau persegi biasa sahaja tentu ticlak menimbulkan celah, tapi di sini ahli matematik menyedari satu hal terpenting. Daripada semua bentuk geometri tersebut yang mempunyai sisi luar paling kecil adalah segi enam. Kerana alasan inilah walaupun bentuk ini menutup kawasan yang sama, material yang diperlukan segi enam lebih sedikit dibandingkan dengan bentuk segi yang lain atau segi tiga. Tegasnya suatu kantung segi enam adalah bentuk terbaik untuk mendapatkan kapasiti penyimpanan terbesar dengan bahan binaan dari lilin dalam jumlah yang minimum.
Membangun Sarang daripada yang Berbeza
Hal lain yang mengagumkan daripada lebah madu adalah kerjasama di antara mereka dalam membuat katung kantung madu ini. Apabila seseorang mengamati rumah lebah yang telah sempurna, mungkin dia berfikir bahawa rumah tersebut dibuat dengan cara melakukan pada satu arah atau satu blok. Padahal sebenarnya lebah-lebah memulai membuat rumahnya daripada arah atau blok yang berbeza-beta. Ratusan lebah membangun rumahnya dari tiga atau empat titik permulaan yang berbeza. Mereka meneruskan penyusunan binaan tersebut sehinggalah bertemu di tengah-tengah. Setelah selesai, tidak nampak wujudnya ketidakserasian ataupun tompok-tompok yang tidak selaras pada sarang tersebut. Manusia tentu tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa perhitungan geometri yang, rumit. Tetapi lebah dapat melakukannya dengan mudah.
Lebah juga cermat menyamakan besar sudut antara satu rongga dengan yang lainnya. Suatu rongga dengan rongga di belakangnya didirikan dengan kecondongan 13 darjah dari permukaan rata. Kecondongan ini mencegah agar madu tidak mengalir keluar atau tumpah. Di belahan bumi mana pun kita pergi, kita akan menemukan kejayaan lebah selalu mengaplikasikan disain arkitek yang luar biasa ini dengan sempurna. Mereka juga berjaya melakukannya pada bahagian-bahagian sarang yang paling dalam dan dalam keadaan gelap-gelita apabila sinar matahari tidak dapat memasuki sarang yang sedang dibina tersebut.
Adalah fakta yang sangat menarik di sini, lebah madu menunjukkan sifat yang luar biasa ini daripada Sejak mereka lahir lagi. Anak lebah tidak memerlukan masa untuk belajar atau mengamati struktur dan kecondongan katung-kantung madu mereka. Sejak pertama kali membuka mata, mereka telah memiliki kemampuan untuk melakukan tugas seumpama ini. Lalu siapakah yang mengajarkan pada lebah-lebah ini tentang seni dan reka bentuk sarang yang unik ini?
jawapan kepada pertanyaan ini boleti kita jumpai di dalam al-Quran. Allah mengungkapkan rahsia kemampuan yang dimiliki lebah madu sebagai berikut:
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:
Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu,
dan di tempat ternpat yang, dibuat oleh manusia" [Surah An-Nahl, ayat:68]
Rahsia perilaku luar biasa daripada lebah tersebut merupakan ilham atau wahyu yang diberikan oleh Allah kepada lebah. Dan hal itu berlaku kepada semua makhluk hidup, tidak hanya pada lebah.
Kandungan Madu Lebah
Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali lebih banyak daripada yang mereka perlukan. Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala perbuatan dengan penuh cermat dan teliti ini mengeluarkan madu secara berlebihan, adalah agar manusia dapat memperoleh manfaat daripada madu yang mengandungi ‘ubat bagi manusia' tersebut. Allah menyatakan tugas lebah ini dalam al-Quran:
"Dari perut lebah itu keluar minuman [madul yang bermacam macam
warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar
benar terdapat tanda [kebesaran Tuhanj bagi
orang-orang yang memikirkan."
[Surah An-Nahl,
ayat:
69]
Tahukah kita tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga yang kecil ini? Madu terbentuk daripada beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa Serta bahan mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin BI, B2, C, B6 dan B3 yang kandungannya berubah ubah mengikut kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dihirup oleh lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, yodium dan zink dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Madu Sebagai Ubat
Sebagaimana firman Allah SWT, madu adalah ‘ubat yang menyembuhkan bagi manusia'. Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang hertemu pada Persidangan Apikultur Sedunia [World Apiculture Conference] yang diadakan pada tanggal 20-26 September 1993 di China. Dalam persidangan tersebut dibincangkan pengubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis [getah lebah] dapat mengubati pelbagai penyakit. Seorang doktor asal Belanda mengatakan bahawa ia telah menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 dari 2094 pasakitnya dapat dipulihkan. Manakala seorang doktor yang berasal dari negara Poland juga mengatakan dalam persidangan tersebut bahawa getah lebah [bee resin] dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti bawasir, penyakit kulit, dan pelbagai penyakit lainnya.
Demikianlah kemajuan teknologi pelbagai kebesaran yang telah Allah SWT firman lebih 1400 tahun lalu di dalam al-Quran. Sesungguhnya terlalu banyak ilmu yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al- Quran telah dibuktikan kebenarannya oleh sains pada hari ini. (Sumber Filem Dokumentari Architech in Nature.?
Sumber : Majalah i, Disember 2008
Oleh: Ahmad Yani ABd. Manaf
Post a Comment