Header Ads

MISTERI JAM



 "MESKIPUN PARA PENGKAJI TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN HUBUNGAN ANTARA KUASA MINDA MANUSIA DENGAN JAM TETAPI SATU PERKARA YANG TIDAK DAPAT DISANGGAH IALAH WUJUDNYA SATU HUBUNGAN MISTIK ANTARA KEDUA-DUA OBJEK ITU.


" JAM selalu digunakan untuk menentukan waktu dan perjalanan masa. Penciptaan jam telah banyak membantu kehidupan manusia. Tanpa jam, kehidupan manusia bukan sahaja akan menjadi kelam kabut tetapi akan mengakibatkan seluruh aktiviti menjadi lumpuh. Jadi, hubungan antarajam dengan manusia amat rapat. Disebabkan rapatnya hubungan itu, maka sama ada disedari atau tidak kadang-kala jam menimbulkan semacam kemisterian kepada kehidupan ini. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa jam boleh mempengaruhi tingkah laku manusia. Malahan jam juga boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk menentukan masa seseorang itu meninggal dunia.

Jam yang dipakai oleh orang yang mengalami- kemalangan dan mati secara mengejut akan berhenti ketika kematian itu berlaku. Begitu juga dengan jam yang diletakkan di rumah turut menunjukkan fenomena yang sama apabila berlakunya kematian di dalam rumah berkenaan. Jam yang berhenti sejajar dengan kematian seseorang telah menjadi satu misteri yang menarik ramai pengkaji termasuk juga dalam kalangan para saintis.

Hal ini telah menimbulkan banyak persoalan sama ada jam itu berhenti secara kebetulan sahaja atau kerana ada unsur-unsur spirituil yang mempengaruhi pergerakan jam tersebut. Apakah ada penjelasan yang logik mengenai perihal tingkah laku jam itu? Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengungkap fenomena ini tetapi sehingga kini masih belum jawapan yang tepat yang dapat menjelaskan mengenai kejadian ini. Para pengkaji hanya boleh membuat hipotesis dan mengemukakan beberapa teori untuk menghuraikan misteri itu. Namun, teori yang dikemukakan itu belum dapat dibuktikan sepenuhnya dan terus menjadi suatu andaian yang menuntut kajian yang lebih mendalam.

 https://desertpeace.files.wordpress.com/2010/09/animated-clock.gif

Ada yang membuat andaian bahawa semasa berlakunya kemalangan, jam yang dipakai oleh mangsa mengalami kerosakan sehingga menyebabkannya berhenti berdetik. Jam itu mungkin terhantuk pada dinding kenderaan atau objek yang keras dan melanggar tubuh mangsa. Kemalangan yang membawa maut selalunya merupakan kemalangan yang serius. Dalam kemalangan itu selain mangsa mengalami kecederaan yang parah, mungkin jam yang dipakainya turut mengalami kerosakan yang teruk. Justeru, kerosakan yang dialami oleh jam adalah suatu perkara yang biasa. Penjelasan ini sekali pandang mernang logik dan berasas.

Namun, perlu diingatkan bahawa dalam kebanyakan kemalangan si mangsanya sebenarnya masih bernyawa. Mereka tidak meninggal dunia di tempat kemalangan tetapi dalam perjalanan ke hospital. Yang menghairankan ialah jam tidak berhenti bergerak sewaktu kemalangan berlaku tetapi sejurus selepas mangsa menghembuskan nafas yang terakhir.

Terdapat juga kes jam yang dipakai oleh mangsa terus berdetik selama buat beberapa mir-atau jam selepas mangsa mati. Jam itu aka" berhenti apabila mayat itu ditemui oleh orang ramai. Masa ketika jam itu berhenti selalunya dijadikan sebagai panduan oleh para pakar forensik untuk menentukan masa kematian itu berlaku. Walaupun ia tidak semestinya tepat tetapi selepas masa kematian itu berlaku dengan jam berhenti bergerak selalunya tidak terlalu jauh.

Oleh yang demikian, jam yang dipakai oleh mangsa termasuk mereka yang mati dibunuh biasanya akan digunakan sebagai fakta kes dalam perbicaraan yang didengar di mahkamah. Pada masa yang sama, ahli-ahli forensik mempunyai kaedah-kaedah lain untuk menentukan jangka waktu seseorang itu meninggal dunia, Teori lain pula mengaitkan jam yang berhenti itu dengan perubahan pada kuasa magnetik yang terdapat pada tubuh orang yang memakainya. Kuasa magnetik itu ada pada semua benda,Kuat atau lemahnya kuasa magnetik itu bergantung kepada saiz dan ketumpatan jisim sesuatu barang. Hams diingatkan bahawa jam adalah sejenis peralatan magnetik yang boleh digerakkan secara mekanikal atau elektronik.

Apabila berlakunya perubahan pada kuasa magnetik maka pergerakan jam itu akan turut mengalami gangguan. Sebarang bentuk gangguan kepada keseimbangan kuasa magnetik akan menyebabkan jam itu lambat-laun mengalami kerosakan atau terus berhenti. Jam tangan yang dipakai biasanya terletak berhampiran dengan denyutan nadi manusia. Sesetengah orang suka menyimpan jamnya di saku yang terletak berdekatan dengan jantung dan sistem urat saraf yang penting,Organ-organ dalaman itu menjadi pusat pancaran kuasa magnetik yang terdapat dalam diri manusia.

Apabila fungsi organ-organ itu terganggu atau tidak lagi berfungsi maka ia akan mempengaruhi kedudukan dan kuasa magnetik jam. Kecederaan pada tubuh hatta yang ringan sekalipun boleh mengakibatkan kuasa magnetik mengalami kemerosotan yang ketara.

Hal ini sekali gus akan menyebabkan kuasa magnetik yang ada di sekeliling jam hilang keseimbangan dan akhirnya akan berhenti bergerak apabila kuasa magnetik itu hilang selepas si mangsa sudah tidak bernyawa lagi. Kebanyakkan jam tangan automatik digerakkan oleh kuasa kinetik dan denyutan nadi. Apabila nadi berhenti bergerak maka jam itu juga akan berhenti dengan serta merta.

Penjelasan ini agak munasabah tetapi masih tidak mampu menjelaskan kenapa jam yang diletakkan dibahagian dinding atau meja juga akan berhenti berfungsi apabila berlakunya sesuatu kematian.

Jam yang diletakkan berhampiran dengan tempat perbaringan si mati didapati akan lebih cepat berhenti berbanding dengan jam yang diletakkan di bahagian rumah yang lain. Kajian mendapati orang yang sedang sakit suka merenung jam dan menghitung perjalanan waktu. Bunyi dan detikan jam mempunyai pengaruh yang besar terhadap minda dan jiwa mereka seolah-olah wujud satu hubungan spirituil yang rapat antara dirinya dengan jam berkenaan.

Renungan mata dan kuasa pemikiran merupakan pusat pancaran kuasa magnetik yang kuat. Pancaran yang dilakukan terus ke arah jam di rumah membolehkan kuasa magnetik yang disalurkan melalui renungan itu bersatu dengan kuasa magnetik yang berada di sekeliling jam itu.

Tatkala orang yang sedang sakit itu meninggal dunia, kuasa magnetik yang dibekalkan pada jam itu akan terhenti. Kesannya kuasa magnetik jam itu akan terganggu dan berada dalam keadaan yang tidak seimbang.

Akhirnya jam itu akan berhenti berdetik sejurus sebaik atau selepas kematian itu berlaku. Kajian mengenai perkaitan kuasa magnetik dengan kematian dan pergerakan jam nampaknya lebih diyakini berbanding dengan penjelasan lain yang cuba menghubungkan dengan kuasa spirituil.

Penjelasan itu lebih bersifat saintifik biarpun ia tidak dapat dibuktikan pada semua keadaan dan kematian. Namun, yang pasti ialah terdapat hubungan yang cukup rapat antara manusia dengan jam. Minda manusia amat berkuasa. la boleh mempengaruhi dan menentukan pergerakan jam.

Oleh sebab jam selalu dipakai dan digunakan, ia telah menjadi sebati dengan diri seseorang. Apabila tuan kepada jam itu meninggal, kuasa minda yang memastikan jam itu sentiasa bergerak mengikut waktunya tidak dapat lagi berfungsi. Jadi, jam itu turut akan kehilangan fungsinya. Meskipun para pengkaji tidak dapat membuktikan hubungan antara kuasa minda manusia dengan jam tetapi satu perkara yang tidak dapat disanggah ialah wujudnya satu hubungan mistik antara kedua-dua objek itu.

Hal ini membuktikan betapa alam ini masih diselubungi dengan seribu satu misteri dan kuasa yang tidak mampu dijawab oleh akal serta teknologi manusia.

 Misteri Jam Oleh : NGIAM CHEE HUA
 Petikan: Dewan Siswa Julai 2006

No comments

Powered by Blogger.