Header Ads

Fakta Menarik

1.Sebanyak empat juta orang menghadiri upacara pengebumian bekas Presiden Mesir,  Gamal Abdel Nasser pada 1970.

2.  Sebanyak 600,000 orang mati dalam kejadian gempa bumi yang melanda Tangshan, China, pada 28,Julai l976.

3.  Sebanyak 23 juta orang mati dalam kejadian Black Death di Eropah sejak 1347 hingga 1351.



4. Andrew Johnson (1808-1875) yang menjadi Presiden AS pada 1865-1869 tidak pernah mendapat pendidikan formal, sebaliknya belajar daripada isterinya semasa beliau berusia 17 tahun.

5. Emanuel Lasker (1868-1941) yang berbangsa Jerman merupakan jaguh catur dunia yang tidak ada tolok bandingnya. Dia menjuarai permainan itu selama 27 tahun dari 1894 hingga 1921.

6. Kemalangan kapal terbang yang pertama telah berlaku berhampiran Hull, England, pada 24 Ogos 1931.        
7. Orang yang pertama sekali mati akibat kemalangan kapal terbang ialah Lt. Thomas E. Selfridge (wargaAS), pada 1908.

8. Labah-labah betina selalunya akan membunuh dan memakan pasangannya selepas mereka mengawan.

9.  Tidak ada bulan mengambang penuh pada Februari 1866

10. Pada tahun 762 Sebelum Masihi, Li Po, seorang penyair terkenal China cuba mencium bayang-bayang bulan yang terbias di sungai. Bagaimanapun dia terjatuh dan mati lemas.

11. Angkasawan wanita pertama yang berjaya mengelilingi bumi ialah Valentina Tereshkova (USSR), pada 1963.

12. Dalam satu majlis, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy telah menuturkan 327 patah perkataan seminit.

13. Joshua Slocum adalah orang pertama berjaya belayar mengelilingi bumi dengan menggunakan sebelah tangan. Joshua melakukannya dengan kapal layar kecilnya, Spray, dari 1895 hingga 1898.  
                         
14. Calama yang terletak diPadang Pasir Atacama, Chile, adalah tempat terkering di dunia. Sejak 400 tahun lalu, tidak ada setitik hujan pun gugur di kawasan tersebut.

15. Penduduk Finland memanggil negara mereka sebagai Suomi.


No comments

Powered by Blogger.